Kasut Buatan Tempatan

By | March 3, 2026

Kasut buatan tempatan atau kasut jenama tempatan buatan air tangan rakyat Malaysia yang tidak kurang hebat kualitinya daripada jenama-jenama terkenal antarabangsa, Malah di antaranya telahpun menembusi pasaran-pasaran antarabangsa. Pereka jenama ini sentiasa mengekalkan komitmen terhadap kualiti dan trend masa kini dengan memastikan setiap pasang dihasilkan untuk bertahan lama. Sama ada mencari sesuatu yang kasual, formal, atau yang dapat mencipta impak yang mampu memenuhi keperluan semasa.

Berikut  adalah antara senarai jenama-jenama tersebut:

  1. Dr.Cardin : Jenama kasut tempatan Malaysia yang ditubuhkan lebih kurang 50 tahun lalu, bermula sebagai perniagaan keluarga dan kini berkembang dengan lebih 120 cawangan. jenama ini melalui penjenamaan semula (rebranding) untuk menyasarkan Gen-Z dengan rekaan sneakers dan kasual yang lebih trendy.Dikenali sebagai jenama lokal yang berkualiti, mampu milik, dan bergaya. Laman sesawang mereka: https://www.drcardin.com
  2. Sniika : Muhammad Bakri Yusrizal memulakan Sniika pada tahun 2017 dengan modal kecil. Pembaharuan dan perubahan di buat pada tahun 2019, rekabentuk yang mengangkat unsur seni budaya Melayu, kini telah berkembang melebihi jenama — ia merupakan satu ekspresi, satu wadah yang menggabungkan unsur berbentuk tradisi dan urban dan gaya. Jom kesana: https://sniika.com
  3. Makez : Pemilik dan pengasas Kasut Makerz adalah Azwan Islam, beliau dikenali sebagai Bos Wan dan Khairel pengasas bersama. menurutnya, jenama ini diasaskan pada tahun 2020 bertamakan penggabungan elemen budaya Malaysia dengan reka bentuk sneakers moden. Setiap reka bentuk menawarkan ketahanan dan keselesaan untuk gaya hidup aktif. Jejak mereka di: https://www.makerzmove.com
  4. Swyv : SWYV berdaftar dengan MyIPO – jenama SWYV sebuah jenama tempatan Malaysia yang telah mencipta nama dalam dunia kasut untuk fesyen dan sukan. SWYV bukan sekadar kasut, ini langkah berani anak Malaysia! Buatan local dengan gaya global. Jejak laman sesawangnya di: https://swyvfootwear.com
  5. Saukas : Pengasas jenama kasut Saukaz, Tuan Ikmal Aliff Mustafa dengan trademark “Sneaker anak tempatan untuk anak tempatan” daripada peniaga di pasar malam kepada perniagaan kasut “sneaker”. Saukass Ia bukan Hanya Sekadar Kasut Tapi Sebuah Jalan Cerita. Lawat laman sesawang mereka di: https://www.saukass.com
  6. Sidez : Sidez ialah jenama kasut dan selipar (slides) lokal Malaysia yang semakin meningkat naik, terkenal dengan keselesaan dan reka bentuk trendy. Di asaskan pada November 2022 oleh Nor Azmi atau dikenali juga sebagai Sir Azmi. Bermula dengan produk selipar popular, Sidez melancarkan kasut pertama, SS01, pada Disember 2024 yang menampilkan reka bentuk bulky dan teknologi kusyen tambahan, serta disokong oleh usahawan dari Sarawak, Muhammad Zulfadli bin Muhammad Zaihan atau lebih dikenali sebagai Pale pemilik jenama SOVO. Aku tak jumpa laman sesawang mereka namun ada di media social tiktok: https://www.tiktok.com/@sidez.co
  7. Voltra: Pengasas Voltra Pro, jenama kasut larian tempatan yang terkenal dengan teknologi carbon plate, ialah Fahmi Fabilah. Beliau juga merupakan pengasas kepada jenama Abstrax dan aktif dalam membangunkan industri kasut larian tempatan, termasuk model seperti Voltra JET dan ALEV. World Athletics telah menerima permohonan Voltra untuk menyenaraikan kasut mereka di bawah peraturan kelulusan kasut rasmi di Bawah badan induk olahraga dunia itu yang berkuat kuasa sejak 1 Januari 2022.Langkah ini menandakan permulaan penting buat Voltra Pro dalam usaha mendapatkan pengiktirafan antarabangsa, selain membuka jalan untuk kasut rekaan tempatan bersaing di pentas global sekaligus selari dengan semangat Voltra yang mahu terus berdiri teguh bersama para pelari. Laman sesawang: https://voltrapro.com
  8. Woltage: Woltage Global Empire, telah diasaskan pada 2024 oleh Ridzuan Leman. Menggabungkan reka bentuk inovatif dengan keghairahan untuk keperibadian, jenama ini dengan lancar merapatkan jurang antara fesyen dan gaya berbagai fungsi.pengasas percaya bahawa kasut adalah lebih daripada sekadar kasut, Woltage menyusun koleksi yang disesuaikan untuk peminat fesyen dan pelbagai acara istimewa, memastikan setiap pasangan menjadi kenyataan ekspresi untuk keperibadian. Dengan tumpuan yang tidak berbelah bahagi, setiap ciptaan merangkumi ketelitian, menawarkan sipemakai menggabungkan keunikan antara kemewahan dan kepraktisan. Boleh lawati laman sesawang mereka di https://woltageglobal.my
  9. Footlink:Medical health footwear” Maklumat awam, Footlink merupakan jenama kasut kesihatan/ortopedik buatan Malaysia yang dibangun dan diilhamkan melalui rundingan bersama podiatris, fisioterapis, dan jururawat penjagaan diabetes. En. Ahmad Shahir disebut dalam perasmian outlet awal jenama ini.

Jenis Produk: Kasut kesihatan (orthopedic footwear) yang memberi tumpuan kepada penjagaan kaki dan keselesaan.

Pembangunan: Dibangunkan dengan kerjasama profesional kesihatan (podiatris, fisioterapis, ahli kiropraktik).

Status: Jenama tempatan yang semakin dikenali, sering digunakan untuk tujuan kesihatan (contoh: di IJN)

Jenama ini sering dikaitkan dengan usaha mengurangkan sakit kaki dan menyediakan kasut yang menyokong kesihatan kaki secara menyeluruh. Mereka percaya bahawa keselesaan, gaya, dan kesihatan kaki harus seiring. Misinya adalah untuk menghasilkan kasut yang bukan sahaja kelihatan hebat tetapi juga menyokong dan melindungi kaki tanpa kompromi. Lawati laman sesawangnya di: https://www.footlinkonline.com

  1. Tomaz: Sejarah Tomaz adalah salah satu kisah kejayaan “lokal” yang paling ikonik di Malaysia, bermula daripada sebuah kiosk kecil sehingga menjadi empayar gaya hidup.

Berikut adalah kronologi dan fakta menarik tentang sejarah kasut Tomaz:

Jenama ini diasaskan oleh Thomas Teoh (Teoh Chee Hoe) pada tahun 2009. Thomas Teoh asalnya bekerja dalam bidang jualan sebelum memulakan Tomaz. Pengalaman beliau dalam memahami kehendak pelanggan adalah kunci utama kenapa rekaan Tomaz sentiasa “kena” dengan selera Malaysia dan Asia Tenggara.

Modal Permulaan: Beliau memulakan perniagaan dengan modal yang sangat kecil, iaitu sekitar RM5,000 sahaja.

Lokasi Pertama: Kedai pertama mereka bukanlah butik mewah, tetapi sebuah kiosk kecil di Subang Parade, Selangor.

Tomaz sangat dikenali dengan rekaan Moccasins dan Loafers. Mereka berjaya mempopularkan trend kasut tanpa tali yang berwarna-warni dan selesa untuk lelaki Malaysia.

    • Mereka tidak hanya fokus pada gaya formal, tetapi juga gaya smart casual yang boleh dipakai ke majlis kahwin mahupun ke pejabat.

Kini, Tomaz mempunyai puluhan cawangan di pusat beli-belah terkemuka di seluruh Malaysia. Jengah laman sesawang mereka di: https://tomaz.my

Antara kasut yang direka khas hanya untuk golongan para wanita adalah seperti berikut:

  1. Nelissa Hilman: Jenama terkemuka untuk kasut wanita, daripada kasut tumit tinggi hingga flat yang klasik. Nelissa Hilman lebih kepada seni pertukangan (craftsmanship) dan estetika moden. Nelissa Hilman bukanlah bermula dalam bidang fesyen. Beliau sebenarnya adalah lulusan Kejuruteraan Kimia (Chemical Engineering). beliau mengasaskan label Nelissa Hilman pada tahun 2012. Hari ini, Nelissa Hilman bukan sahaja menjual kasut (sandals, heels, flats), tetapi juga telah berkembang kepada kategori pakaian (ready-to-wear) dan aksesori. Jenama ini dianggap sebagai simbol wanita Malaysia yang sofistikated dan berkerjaya. Laman sesawang: https://www.nelissahilman.com
  2. Kulet: Kasut untuk golongan Wanita. Jenama ini diasaskan pada tahun 2016 oleh dua sahabat baik yang mempunyai latar belakang dalam dunia fesyen dan perniagaan:
    • Julie Anne Kang
    • Aina Syahirah

Mereka memulakan Kulet dengan visi untuk mengisi kekosongan dalam pasaran kasut Malaysia—iaitu kasut yang berkualiti tinggi, minimalis, dan mempunyai tona warna yang sesuai dengan kulit orang Asia. Kulet terkenal dengan moto mereka: Effortless, Timeless, and Essential.” Identiti jenama Minimalis, Tona Neutral, Inklusif. Mereka pernah memenangi anugerah berprestij seperti Harper’s Bazaar Next Gen Fashion Award. Laman sesawang kulet: https://www.kulet.co

  1. Saoi: Pereka menerbitkan kehendak para gadis feminin yang bergaya serta suka memberi kenyataan. rekaan sangat berani dengan perincian menarik. Jenama Saoi (sebutan: Say-wee) adalah antara “bintang muda” yang paling bersinar dalam industri fesyen dan kasut tempatan Malaysia buat masa ini. Jika Nelissa Hilman dan Kulet adalah perintis, Saoi pula adalah penggerak gelombang baru yang sangat dominan di media sosial. Jenama ini diasaskan oleh Wan Nur Syaira (lebih dikenali sebagai Syaira) pada awal 2020 dan 2021. Identiti jenama adalah Chic, Moden, Everyday Luxury. Syaira bukan sekadar pemilik, beliau adalah “wajah” jenama itu. Orang membeli bukan sahaja kerana kasutnya, tetapi kerana mahukan gaya hidup yang dibawa oleh Syaira. Laman sesawang mereka di: https://saoi-shop.com
  2. Shals: cool girls yang menghargai minimalisme. koleksi kasutnya yang elegan dan berwarna neutral, direka khusus untuk individu moden yang mementingkan gaya. Jenama ini diasaskan pada tahun 2011 oleh dua beradik, Shalma Ainaa dan Shalma Eliana.
    • Nama Jenama:SHALS” diambil daripada gabungan nama keluarga mereka, Shalma.
    • Latar Belakang: Shalma Ainaa, yang juga seorang pengacara TV dan personaliti media sosial terkenal, merupakan tunjang utama di sebalik visi kreatif jenama ini. Beliau memulakan SHALS sebagai perniagaan kecil secara dalam talian pada tahun 2011, ketika trend e-dagang baru sahaja bermula di Malaysia.

Terkenal dengan rekaan kasut yang edgy, berani, dan mempunyai karakter yang kuat. SHALS adalah antara jenama tempatan terawal yang mempopularkan kasut jenis mules, pointed flats, dan chunky heels dengan warna-warna yang unik (bukan sekadar hitam atau coklat). Mari nikmati di: https://www.shals.com.my

  1. Machino: Rekaan dirasakan chic dan mementingkan keselesaan. Jenama Machino adalah salah satu jenama kasut tempatan Malaysia yang paling unik kerana mereka berjaya mencipta identiti visual yang sangat ikonik melalui motif bunga. Jenama ini diasaskan oleh Raja Nadia pada tahun 2020, tepat ketika dunia sedang berdepan dengan pandemik. Jika anda melihat kasut dengan hiasan bunga besar di bahagian atas, kemungkinan besar itu adalah Machino. Ciri khas Adalah bermotif Bunga 3D (Hana) & Tapak Empuk. Jejak laman sesawang mereka di: https://machino.com.my
  2. Lewré : Jenama Lewré merupakan salah satu kisah kejayaan paling membanggakan dalam industri fesyen Malaysia. Ia bukan sekadar jenama kasut, tetapi simbol ketekunan dan kemahiran pertukangan (craftsmanship) tempatan yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

Berikut adalah kronologi dan sejarah perkembangan jenama ini:

Nama “Lewré” diambil daripada nama keluarga pengasasnya sendiri. Sejak awal, jenama ini memfokuskan kepada tiga elemen utama Keaanggunan, Keselesaan dan Kualiti. Lewré bukan sahaja kukuh di Malaysia, malah telah mengeksport produk mereka ke lebih 20 buah negara, termasuk pasaran di Timur Tengah, Eropah, dan Asia Tenggara. Jenama ini kerap menyertai pameran fesyen antarabangsa seperti di London dan Paris untuk memartabatkan kualiti buatan Malaysia. Dato’ Lewre Lew juga mempunyai hubungan rapat dengan pereka kasut lagenda dunia kelahiran Malaysia, Prof. Datuk Jimmy Choo, yang turut memberi inspirasi dalam perjalanan seni beliau. Laman sesawang untuk di lawati: https://tricialew.com

Kasut edisi terhad, vintaj, sangat jarang di temui dan hangat di pasaran:

  1. Aliph: Janama kegilaan anak muda berjiwa rockers sejati pada suatu ketika dulu yang telah lama bertapak di Malaysia, jenama ini pernah terkubur namun telah di keluarkan semula untuk para peminat tegar dengan edisi yang amat terhad. Aliph terkenal dengan rekaan yang tebal, tapak yang tahan lasak, dan warna yang kontras. Beberapa model yang masih disebut-sebut sehingga hari ini ialah:
    • Aliph Search: Model high-cut dengan pilihan warna putih, hitam, atau perak.
    • Aliph GTO: Kasut yang lebih kasual namun tetap mengekalkan estetika “retro-sport”.
    • Aliph Terrano: Sering digunakan untuk aktiviti yang lebih lasak.

lawati laman sosial: https://www.instagram.com/aliph.official

  1. Fung Keong: Sejarah yang begitu Panjang, Sama seperti jenama kasut Aliph yang telah lama terkubur namun lesen di berikan oleh Syarikat Fung Keong kepada Syarikat tempatan lain untuk di keluarkan semula hanya untuk peminatnya yang tersendiri.

Lawati laman sesawang: https://fsneakers.com/

Senarai di atas adalah sebilangan jenama-jenama yang telah dikenali ramai, setakat yang berjaya aku kumpulkan di awal tahun 2026, sebenarnya banyak lagi jenama-jenama lokal yang lain belum di senaraikan. Namun yang membuatkan jenama-jenama ini terlihat lebih istimewa adalah semangat dan keupayaan mereka membuktikan berdiri sama tinggi dengan jenama antarabangsa. Mereka telah menguasai seni menggabungkan tradisi dengan inovasi, menghasilkan kasut yang memenuhi piawaian tertinggi dari segi keselesaan, ketahanan, dan gaya walaupun dengan pelbagai rintangan terpaksa di hadapi. Semoga mereka semakin berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *