apple ipad keynote

By | February 19, 2010

Steve Jobs, adalah pengasas dan orang paling berpengaruh dalam dunia teknologi apple,telah pun melancarkan satu lagi produk terbaru apple pada 27 januari 2010 yang lalu, bagi aku sungguh menarik, cantik, anggun dan bergaya dan sedap mata memandang. iPad adalah sesuatu ciptaan yang bakal merubah dunia teknologi pada masa depan.Ipad dicipta adalah untuk persaingan dalam pemasaran netbook.

Dengan fungsi touch skrin dan skrin seluas 9.7 -inc dengan berat 1.5 pounds.Ipad boleh dikatakan iPhone versi besar,dimana ia turut menggunakan sistem operasi iPhone yang dipertingkatkan keupayaanya.Jika anda mengaktifkan penulisan pada iPad, sebuah papan kekunci QWERTY akan muncul di skrin,membolehkan korang menaip dengan mudah dengan fungsi touch skrin.iPad menggunakan cip 1GHz Apple A4 dengan ruangan storan antara 16GB sehingga 64Gb, dan menyokong fungsi bluetooth dan wi-fi. Kadar penggunaaan bateri yang mampu bertahan selama 10 jam. Didatangkan dengan aplikasi asas seperti Safari, iPod, Maps, YouTube, iTunes Store, App Store dan macam2 lagi.

Korang boleh bayangkan dengan harga serendah USD 499 (kalau convert RM boleh tahan gak tu dan tak pasti cukainya pulak berapa),sudah pun boleh mampu milik.Dengan hasil dan ciptaan yang hebat ini apple memang patut dipuji dengan kesungguhan mereka yang memang berfikir secara luar biasa untuk menghasilkan sesuatu yang pantas,namun mampu menarik mata dan hati kita untuk “melihat sesuatu yang sedikit itu kadangkala lebih berharga daripada sesuatu yang banyak atau kompleks”itulah falsafah yang sentiasa dimainkan oleh apple sebelum ini.Jika korang perhatikan kesemua produk ciptaan mereka adalah ringkas dan mudah. Memang dipermudahkan untuk semua golongan pengguna yang menggunakannya adakah aku akan menghabiskan sejumlah wang saku untuk iPad? belum lagi rasanya, sebab aku nak merasa iPhone dan Mac dulu! Doa2kanlah erk….

Wah baik punya ayat, memang canggih manggih, namun kehebatan tu ada kekurangannya… antaranya kekurangan pada Apple ipad Keynote ini adalah tiada camera, tiada phone video yang sangat2 dinanti2kan oleh penggemar gajet, tiada HDMI, tiada flash (terkini: fungsi video menggunakan Action Script 3) kalau korang nak print out dokumen atau memindahkan tiada usb-port… dengan tidak adanya fungsi2 itu tadi apakah perasaan korang. nak beli atau tidak? Berbaloi ke? Harap2 apple akan membetulkan dan memberi feedback yang baik tentang perkara ni…

Peringatan:

1. Menurut Symantec pencarian istilah bagi ipad telah menjadi ancaman blackhat SEO dan phising. “Ini adalah jenis peluang yang selalu dimanfaatkan oleh para penipu dengan meracuni istilah2 pencarian dan kami juga menyatakan bahawa serangan spam dan phising yang berhubungkait dengan ipad akan berlaku terhadap konsumer bermula pada hari dan waktu2 seterusnya “, Symantec.

2. Jadi macamana agar tak terjebak dalam serangan ini? Tips dari Symantec:

  • Jauhkan dan hindari terus kepada pautan yang mencurigakan dalam email atau pesanan IM. Kemungkinan adalah palsu.
  • Jangan mudah terpengaruh daripada mana2 email yang tak masuk dek akal fikiran.
  • Pastikan supaya sistem operasi yang korang gunakan up-to-date dan gunakan paket software keselamatan yang lengkap.
  • Hapuskan kesemua spam di dalam email korang…

sumber :http://www.ipadinsider.com

<object width=”425″ height=”344″><param name=”movie”

value=”http://www.youtube.com/v/1ZS8HqOGTbA&color1=0xb1b1b1&color2=0xcfcfcf&hl=en_US&feature=player_embedded&fs=1″></param><param name=”allowFullScreen”

value=”true”></param><param name=”allowScriptAccess” value=”always”></param><embed

src=”http://www.youtube.com/v/1ZS8HqOGTbA&color1=0xb1b1b1&color2=0xcfcfcf&hl=en_US&feature=player_embedded&fs=1″ type=”application/x-shockwave-flash”

allowfullscreen=”true” allowScriptAccess=”always” width=”425″ height=”344″></embed></object>

26 thoughts on “apple ipad keynote

    1. hazlan Post author

      huhuhuhu idea menarik tu…. rezeki lebih nanti ok gak tu kot…. hahahahah amin…

      Reply
    1. hazlan Post author

      dah ada.. kekadang orang malaysia sendiri saja yang perasan… contohnya Datuk Lat kartunis tanahair… sebut je nama dia kat mana2 negara insya-Allah pasti orang kenal dia….

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… aku pun nak balajarlah jugak mencari idea yang pelik2

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu.. tu la tu…. risiko di curi dan dirompak adalah paling ditakuti…

      Reply
    1. hazlan Post author

      beli2…. tak dapat beli dapat pegang, tekan2 sikit pun jadilaaa..

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu nak buat boleh je… tapi aku lebih suka dengan usaha dan titik peluh sendiri… baru ada thrill… huhuhuhu… lagipun nanti kalau kantoi sapo la nak kasi makan family aku tu…. seram siut

      Reply
    1. hazlan Post author

      hahahahha… aku pun samalah gak… kalau diikutkan ati mau tak makan anak2 aku kang…. tak pe pelan2 kayuh maybe lain masa kita merasa… amin

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… aku pernah rasa mac ngan iphone tapi orang punyer ler, sendiri punyer tu biloooo lah nak sampai… hajat memang adooo huhuhuhu

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *