Salam Maulidur Rasul 2010

Salam Maulidur Rasul buat rakan2 sekalian,

Alhamdulillah, segala puji dan puja kita rafaakkan kepada Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita, Selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul, penunjuk jalan al-haq dan daie sepanjang jalan.

Tanggal 26 Februari,2010, kita menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah Saw. Keputeraan Rasulullah dan pengutusan baginda kepada kita merupakan satu nikmat kubra buat umat sejagat. Ini kerana kelahiran baginda memberikan petanda risalah dan penyelamat umat dari dibelenggu arus jahiliyah.

Saban tahun kita menyambut dan mengenang kelahiran baginda SAW. Namun harus kita bertanya kepada benak fikiran kita sejauh mana kita telah mencontohi dan mengimplimentasi pusaka peninggalan baginda SAW di dalam kehidupan kita. Saban tahun juga bermakna Rasulullah SAW semakin jauh dari kita. Namun spirit dan ruh perjuangan baginda tetap membara dalam sanubari kita.

Marilah kita menggali semula mutiara keindahan hidup baginda SAW. Mari kita susuri dan teladani qudwah dakwah dan perjuangan baginda bagi kita memacu semula gerakan pencerahan dan pembangunan semula satu nahdah (peradaban). Biarpun jasad baginda jauh beribu-ribu batu, namun jiwa,perjuangan baginda tetap mekar dan dekat di hati kita.

Hazlan a.k.a Mancai

Related Posts with Thumbnails

No related posts.

About hazlan

Blog ini ditulis oleh aku sendiri dan bidang aku adalah di dalam arena Teknologi dan Maklumat, Networking, Software, Hardware, Web Developer, Graphic Designer, Programmer adalah sikit2 dan bla..bla..bla yang seangkatan denganya.Janganlah segan dan teragak – agak untuk mengeluarkan apa sahaja pendapat dan idea masing2 kat blog aku ini. Terima kasih banyak2 untuk semua.
This entry was posted in Whatever and tagged . Bookmark the permalink.

16 Responses to Salam Maulidur Rasul 2010

  1. Salam ke atas Junjungan Manusia Teragung Nabi Muhammad SAW.

    Marilah kita sama2 berselawat dan mengamalkan sunnahnya.

    • hazlan says:

      tu la tu.. kadang2 manusia mudah terlupa.. termasuk aku jugak… mari kita sama2 lakukannya… mdah2an akan diberkati

  2. safar says:

    contohilah Rasul kita.jangan pergi benda yang tak elok.

  3. zik says:

    Selamat beramal… :-)

  4. zuwairiaiman says:

    mcm kenal template ni.. bro mcm kenal ni.. sirius.. aku pun pakai template ni gak untuk salah satu blog bos aku..
    zuwairiaiman´s last blog ..Bio Aura Product code 101 My ComLuv Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled