2 idea inovasi untuk produk perniagaan

By | March 20, 2014

Di sini aku memilih 2  idea inovasi  untuk produk perniagaan sebagai menambah aspirasi kepada bakal usahawan. Ianya diambil secara rawak di sekitar perkembangan inovasi beberapa negara di seluruh dunia. Diharapkan dengan adanya konsep-konsep yang di tonjolkan ini akan mencetuskan pelbagai idea dalam inovasi di masa yang akan datang.

1. Di negara Sweden: Topi keledar basikal halimunan.

Perdebatan yang berterusan dan tiada kesudahan mengenai topi kaledar biasa sama ada ianya benar-benar melindungi si pemakai mencetuskan idea inovasi dengan terciptanya topi kaledar yang diberi nama Hovding ini. Bagaimana ianya berfungsi? Pada dasarnya ia adalah beg udara dan disimpan di bahagian leher penunggang ketika berbasikal. Sekiranya berlaku kemalangan, beg udara ini akan diaktifkan dengan meliputi kawasan yang lebih besar disekeliling kepala. Lihat video di bawah ini.

Mungkin akan datang penunggang motosikal juga boleh memakainya. Siapa tahu kan? Kini ianya telahpun dijual secara online. Berminat untuk membelinya?

Maklumat lanjut boleh layari: http://www.hovding.com/en/how_it_works

2. Di Negara Finland: Membayar barangan hanya dengan menggunakan wajah.

uniqulIdea ini adalah sesuatu yang diluar kotak minda kita. Dimana idea membeli belah dengan teknologi digital tidak terhad kepada pembelian melalui talian sahaja. Syarikat yang berpengkalan di Finland ini melancarkan pembelian berbentuk fizikal yang diberi nama Uniqul dengan mengitiraf wajah pembeli secara automatik dengan memuatkan butiran pembayaran pelanggan hanya selama 5 saat sahaja.

Idea ini tercetus apabila syarikat OptimEyes di UK membangunkan iklan digital yang mengumpul maklumat tentang demografi perasan pembeli, dan di Rusia, syarikat Synqera mewujudkan platform emosi mengesan pembeli bahawa tawaran diskaun bergantung kepada perasaan mereka.

Maklumat lanjut boleh layari: http://uniqul.com

11 thoughts on “2 idea inovasi untuk produk perniagaan

    1. hazlan Post author

      huhuhu tapi duit dalam bank pun kena banyak gak kot… huhuhuhu

      Reply
    1. hazlan Post author

      kat Malaysia masih belum ada yang berani nak buat untuk cucuk modal kot…

      Reply
    1. hazlan Post author

      insya Allah… mudah-mudahan… semoga cik amal juga dimurahkan rezeki…aminnnn

      Reply
  1. Cikgu Hairul

    1-kesian patung tu kena langgar. Hhehehehe
    2-macam2 cara kan orang nak memanipulasi pengguna. Alasan untuk kemudahan pengguna tu wayang je. Yang pasti pengiklan dan industri mahu keuntungan berlipat kali ganda dengan kos paling minimum.

    Reply
  2. ijam

    x psti mcmana polisi/sistem kslamatan di finland ttg cara no 2 tu. mgkn ada risiko kselamatan jk dipraktikkan d ngara lain. org blh printout gmbr kndian talakn ke mesin scan. tau2 duit dlm akaun hilang.

    Reply

Leave a Reply to hazlan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *