waspada menggunakan aplikasi FTP

By | January 29, 2014

Terkini aku kongsikan sedikit informasi berkenaan penggunaan File-Transfer Protocol (FTP). Telah ada versi pengondam yang berniat jahat untuk mencuri data ketika kita menggunakan aplikasi tersebut.

Filezilla adalah diantara salah satu versi aplikasi sumber terbuka FTP yang popular di laman maya. Namun aplikasi ini telah ada penduanya. Versi pendua yang berniat jahat ini telah diubahsuai walaupun pada fizikalnya ia kelihatan seperti yang sebenar (fail asal), namun sebenarnya telah pun diubah dan dimasukkan kod tambahan dengan niat untuk mencuri data kemasukan yang dilakukan oleh pengguna. Data ini akan dihantar ke pelayan yang telah disediakan oleh pereka tadi untuk pengumpulan maklumat terutamanya kata pengguna dan kod rahsia pengguna. Untuk memastikan ianya yang sebenar, pada aplikasi filezilla korang lihat pada bahagian help kemudian klik about dan lihat gambar di bawah untuk memastikan perbezaan adakah ianya yang original ataupun sebaliknya.

Sumber daripada AVAST

Sumber daripada AVAST

Cara yang baik untuk mengelakkan anasir ini adalah dengan memuat turun hanya daripada laman web aplikasi sebenar iaitu www.filezila-project.org  atau  laman web yang dipercayai sahaja. Elakkan menggunakan custom downloders atau perisian yang mengandungi adware dan tidak memasang aplikasi yang mencurigakan. Jadi sama-sama kita waspada menggunakan aplikasi FTP. Tidak sahaja pada aplikasi filezilla namun apa juga aplikasi yang lain.

40 thoughts on “waspada menggunakan aplikasi FTP

    1. hazlan Post author

      malware sukar kita kesan kalau dah masuk kat dalam pc…. sebaiknya check satu persatu software2 yg kita gunakan… kalau kurang jelas google jer bagaimana caranya… mungkin ada aplikasi yang ok tapi ada aplikasi yang telah dijangkiti atau aplikasi pendua kita gunakan selama ni. Hati2 erk suri…

      Reply
  1. Juan

    sebenarnya kalau bebetul nak selamat memang kalau boleh downloa direct dari website sebenar

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu.. tapi kesian pada orang yg baru nak blaja kekadang agak kurang faham selok belok ni…

      Reply
  2. Dulu Lain Sekarang Lain

    Benar tu, sebaiknya kita muat turun dari laman web developer itu sendiri. Muat turun benda-benda cam ni dari 3rd party website mmg boleh mengundang masaalah di masa depan. Thanks for sharing. Kawe tak pakai FileZilla. Dari dulu dah selesa dgn ALFTP.

    Reply
    1. hazlan Post author

      rata2 bagitau fake ni dapat dikenal pasti baru lagi… tapi dah wujud tak tau bila…

      Reply
  3. TehR

    memang kena banyak hati2 ni

    aku pula tak pernah guna filezilla
    sebenarnya aku tak reti nak guna

    Reply
    1. hazlan Post author

      oh bukan.. ini berkenaan pc ker server… tak kiralah wordpress,joomla atau lain2 fail… kata laluan untuk akses ke server tu yang dicurinya…

      Reply
  4. Jasa Memperbaiki Website Error

    malware susah banget kita kesan kalau dah masuk kat dalam pc…. sebaiknya check satu persatu software2 yg kita gunakan… kalau kurang jelas google jer bagaimana caranya… mungkin ada aplikasi yang ok tapi ada aplikasi yang telah dijangkiti atau aplikasi pendua kita gunakan selama ni. turnuwun baget infonya..

    Reply
  5. Pingback: Waspada Menggunakan Aplikasi FTP

Leave a Reply to hazlan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *