cara memberi jawapan ketika ditemuduga

By | January 16, 2014

Proses ditemuduga adalah masa yang kritikal dalam mendapatkan pekerjaan. Ini kerana ianya adalah penentuan masa depan kita. Sebelum ini aku pernah kongsikan beberapa tips mengenai proses temuduga iaitu panduan menghadapi temuduga.  dan cara mengatasi perasaan gemuruh lebih-lebih lagi ketika ditemuduga.

temudugaHari ini aku kongsikan beberapa tips yang paling umum iaitu cara memberi jawapan ketika ditemuduga. Harapan aku agar ianya berguna dan membantu pada sesiapa sahaja untuk mempersiapkan diri dengan sebaiknya samada dari segi fizikal mahupun mental. Antara soalan-soalan daripada pengalaman aku sendiri ketika ditemuduga dan menemuduga yang sangat biasa akan diajukan oleh penemuduga dan cara memberi jawapan adalah seperti yang berikut:

  1. Ceritakan tentang diri kita.
    • Ini adalah soalan yang biasa iaitu sebagai pembuka kata. Seeloknya jangan leka ketika memberi jawapan. Titik beratkan empat perkara penting iaitu tentang tahun-tahun akhir, pendidikan, pengalaman kerja yang terdahulu dan pengalaman kerja semasa.
  2. Pengatahuan mengenai syarikat.
    • Patikan untuk jawapan ini kita telah meluangkan masa untuk menyelidk beberapa maklumat syarikat ataupun organisasi tersebut. Tunjukkan keinginan kita untuk mempelajari lebih banyak tentang organisasi atau syarikat tersebut. Elak atau jauhkan dengan memberi jawapan yang negatif. Ceritakan mengenai produk atau perkhidmatan, keuntungan, reputasi, pandangan masyarakat, objektif, masaalah, gaya pengurusan, kakitangan, sejarah dan falsafah organisasi.
  3. Sumbangan yang dapat diberikan lain daripada yang lain.
    • Sebut dan tonjolkan prestasi dan pencapaian kerjaya yang telah kita capai dan perolehi. Sebut juga kemampuan sendiri untuk menarik minat dan perhatian untuk penemuduga juga nyatakan bagaimana ianya telah dilakukan.
  4. Buktikan keinginan dalam pekerjaan.
    • Jawapan adalah yang berkaitan dengan peluang yang ditawarkan oleh organisasi ataupun syarikat. Nyatakan kepada penemuduga sekiranya ingin memberikan sumbangan dan dikenali di dalam organisasi dimasa akan datang. Jauhkan jawapan yang mempersoalkan kestabilan kewangan peribadi.
  5. Bidang kerja jawatan yang dipohon.
    • Memberikan jawapan yang ringkas dan berkaitan tugas dan tanggungjawab jawatan yang dipohon. Pastikan tahu mengenai jawatan tersebut sebelum jawapan diberi.
  6. Tempoh masa bersama organisasi.
    • Memberitahu dengan berharap yang kita sangat berminat untuk bersama organisasi atau syarikat tersebut juga mahu bersama-sama menghadapi segala kesukaran, dugaan dan mencapai matlamat bersama.
  7. Terlalu berpengalaman di dalam profail resume dan diminta memberikan pendapat.
    • Biasanya soalan ini adalah sesuatu yang sukar untuk dijawab. Bagi penemuduga ini adalah soalan perangkap. Cara yang terbaik bagi menjawab soalan ini ialah menyatakan kita memerlukan masa untuk mengenali organisasi atau syarikat dengan lebih jauh sebelum menjadi cekap untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi.
  8. Kenapa meninggalkan kerja sebelum ini.
    • Jawablah soalan ini secara jujur, ringkas dan jelas. Termasuklah kes jika kita dipecat. Sebaiknya jangan disebut tentang konflik peribadi. Jangkakan bahawa penemuduga akan mula bertanya dengan pelbagai soalan tentang masalah ini. Jangan sampai beremosi.
  9. Kenapa tidak mendapatkan pekerjaan yang lebih baik di usia sekarang.
    • Satu lagi soalan perangkap daripada penemuduga. Hanya perlu kita nyatakan kepada penemuduga bahawa inilah kerana kita memohon jawatan di organisasi tersebut. Jangan bersikap defensif.
  10. Gaji yang diinginkan.
    • Sebutkan had angka misalnya RM 1800 hingga RM 2300, yang diyakini merupakan gaji yang sesuai untuk diri sendiri atau kemukakan soalan kepada penemuduga berapa had gaji yang akan diberikan untuk jawatan tersebut? Jika soalan ini diajukan di awal proses temuduga. Sebaiknya elakkan dengan bertanya yang kita ingin tahu berapa banyak tanggungjawab yang akan dipegang? Sebelum menjawab soalan gaji ini, dengan tegas nyatakan bahawa pentingkan pekerjaan dan bukan menjual standard sendiri.
  11. Matlamat jangka panjang.
    • Untuk menjawab soalan ini teliti organisasi atau syarikat tersebut dan ketahui perancangan dan matlamat mereka. Jawapan hendaklah seiring dengan matlamat dan objektif organisasi.

41 thoughts on “cara memberi jawapan ketika ditemuduga

  1. suri

    pengalaman saya temuduga 2x spa buat saya teringat. harap part ini akan dapat membatu saya lagi. rindunya nak kerja semula hur…

    Reply
    1. hazlan Post author

      sekarang SOHO sepenuh masa yer suri? rezeki di mana-mana insya Allah

      Reply
  2. suri

    kerja sekarang banyak soalan tak jangkakan.terkadang ada gak soalan sekitkan hati.saya pernah di temuduga tapi di malukan sungguh-sungguh tak akan mudah melupakan bila waktu temuduga itu orang jatuhkan air muka kita. pangkat yang temuduga saya 2 bos di syarikat itu san satu darinya pekerja amat saya kenali dengan bos tempat lama saya berkerja.

    psst.. entri blog terbitkan 2009 lagi teirngat blog saya cahayacinta.com terbitkan tahun saya tapi bulan december 2009. sayang semua entri tak dapat di selamatkan seperti yang di harapkan.

    Reply
    1. hazlan Post author

      pernah juga waktu aku temuduga… kena psiko…nak menangis nak menjawab rasanya… peh teringat-ingat sampai sekarang… syukur dapat juga kerja tu…

      Reply
  3. fyna

    perkongsian yang bagus terutama untuk persediaan bagi yang akan pergi temuduga.

    lagi satu pastikan persiapan untuk bahasa tambahan. fyna pernah pergi temudaga. tetapi penemudaga ingin penggunaan bahasa inggeris sepenuhnya.

    Reply
    1. hazlan Post author

      aku pernah gak kena cam gini… tapi main tabur jer pasal english aku ader kureng skit bila bab2 susun ayat waktu temuduga… apapun pengalaman mencuba tu mendewasakan kita… dapat tak keje tu fyna?

      Reply
  4. Dulu Lain Sekarang Lain

    Lain org lain caranya. Masa kawe buat interview dulu, kawe prefer straight to the point dan tanya psl jawatan yg dipohon, i.e knowledge mengenai kerja itu dan mcm mana nak troubleshoot certain problems..

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu lain orang memang lain caranya… macam aku ada tambahan mintak yang nak keje tu buat sikit praktikal… macam sambung network cable, share network printer atau lain2…

      Reply
  5. hafizmd

    Boleh kata dgn tips ni, dah boleh senyum masuk temuduga…moga2 bermanfaat buat mereka yg akan hadir temuduga

    Reply
    1. hazlan Post author

      insya Allah… mudah-mudahan di manfaatkan oleh sesiapa pun..

      Reply
  6. Hafizul

    Terima kasih bro kongsikan..yang penting jawapan yang diberikan itu menjawab soalan dan kita yakin dengannya..hehe

    Reply
    1. hazlan Post author

      tu yang jadi sesat-sesat sampai banyak kali kena cari kerja…

      Reply
    1. hazlan Post author

      sama-sama semoga bermanfaat dan dimanfaatkan… insya Allah

      Reply
  7. akubiomed

    Saya pernah menjadi panel temduga. Pengamatan calon-calon temuduga kurang bersedia. Mungkin gugup pertama kali di temuduga. Adalah penting untuk panel temuduga mengurangkan ketegangan dengan ‘warm up session’ seperti sesi memperkenalkan diri. Pernah suatu ketika ada calon tidak tahu jawatan yang dipohon.

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… “desperet” nak koje gamaknya calon tu… sampai gugup sgt

      Reply
  8. Bahrain

    terima kasih di atas tips-tips yang diberikan. Tinggal beberapa hari sahaja lagi nak pergi temu duga ni. hehe

    Reply
  9. cik amal

    tengs untuk tips ni 🙂

    semoga blog ni dimurahkan rezekiii…aamiiin
    amal singgah sini.. selamat malam…
    jemput singgah blog amal

    Reply
    1. hazlan Post author

      u r welcome.. terima kasih menyinggah… mudah-mudahan jika dikehendaki oleh Nya… insya Allah

      Reply
  10. Dja@Sishaza

    Yang penting jawab mengikut kehendak soalan, jawab apa yang ditanya …bukan sekadar apa yang kita tahu. Silap2 kantoi dari awal2 lagi

    Reply
  11. missa

    Thanks utk entri yg baik ini.. sy sedang mempersiapkan diri utk hadapi temuduga lagi 3 hari. Mohon kawan2 doakan kejayaan saya. Hanya allah mampu membalasnya.amin

    Reply
  12. NUR

    terima kasih entri..info yang bermanfaat..pernah teremosi masa temuduga dulu sebab dia tanya kenapa dibehentikan kerja.sedih tapi masa itu baru 19 tahun..jadi ini salah satunya saya tidak diserap masuk..terima kasih sangat2..moga entri mendapat pahala dari maklumat ini..Insya ALLAH Amin..

    Reply
  13. Fiqah

    Entri yg sangat sangat membantu en Hazlan ^_^ terima kasih..hanya Allah yg dpt membalasnya…

    Reply
  14. Lynda

    smlm 23/11 sy pergi interview spa sebagai pustawan, tak tahu mcm mana ketika ahli panel bertnyakan apa harapan awak terhadap pekerjaan ini? ya allah saya teremosioanal dan menangis depan ahliu panel, ya llah malunya..sbb tiba2 sy rasa sebak teringatkan kedua arwah ibu bapa saya dan harapan sy yg sngt2 bertugas di sector awam utk ikut jejak arwah bapa, abg dan adik beradik yg lain di mana semuanya bekerja di sector awam ,kecuali sy yg tidak bernasib baik…tak tau lah dpt ke tidak , saya takut markah sy di potong sbb menangis ketika di interview di sector kerajaan..sy tak boleh kawal perasaan sedih, sbb tiba2 hati rasa sayu plk

    Reply
    1. hazlan Post author

      itu adalah perasaan gugup di bawah sedar… markah mungkin tak akan di potong tetapi yang di tambah adalah pada kelakuan mungkin di letakkan pada tidak berupaya pada cabaran (itu kalau aku jadi panel) tapi pengambilan bergantung juga pada permintaan.. sekiranya banyak permintaan di perlukan insya Allah ada rezeki awak tu nanti akan di panggil mudah2an… amin.

      Reply

Leave a Reply to Bahrain Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *