Antara 10 tabiat yang merosakkan otak

By | January 2, 2014

Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan  Selamat Tahun Baru 2014. Sempena permulaan tahun 2014 ini aku mulakan artikel yang bertajuk antara 10 tabiat yang merosakkan otak.

  1. Meninggalkan pengambilan sarapan di waktu pagi.
    • Apa yang berlaku jika tidak mengambil sarapan diwaktu pagi adalah paras kandungan gula dalam badan akan menjadi rendah dengan ini ianya boleh menyebabkan bekalan nutrisi pada sel otak akan berkurangan dan boleh mengakibatkan otak menjadi kurang aktif.
  2. Makan secara berlebihan.
    • Pembuluh darah pada otak akan terbeban ini boleh mengakibatkan kurangnya kekuatan mental pada otak.
  3. Merokok.
    • Sel-sel otak akan mula terjejas dan terbakar. Penyakit “Alzhemer” mudah terjangkit.
  4. Penggunaan gula secara berlebihan.
    • Gangguan penyerapan protein dan nutrisi dalam otak akan berlaku, oleh yang demikian perkembangan otak yang sihat akan terganggu.
  5. Pencemaran udara.
    • Bekalan oksigen adalah keperluan penting untuk otak akan berkurangan dan ini boleh menyebabkan otak akan menjadi tidak aktif.
  6. Tidur yang berlebihan.
    • Tidur yang agak panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
  7. Menutup muka semasa tidur.
    • Perlakuan ini boleh mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen. Akibatnya kerosakan otak boleh berlaku.
  8. Memaksa otak bekerja semasa tidak sihat.
    • Keberkesanan otak akan menjadi lemah dan mengakibatkan kerosakan sel-sel didalam otak.
  9. Kurangnya berimiginasi.
    • Untuk melatih dan mencerdaskan otak kita adalah dengan cara berimiginasi. Kurangnya berimiginasi menyebabkan tahap kecergasan dan keaktifan otak berkurangan.
  10. Kurang berfikir.
    • Selain berimiginasi adalah berfikir. Pemikiran melalui perbincangan yang membina dapat mencerdaskan otak kita jika kita melakukan sebaliknya iaitu kurang berfikir menyebabkan otak kita akan menjadi kurang aktif.

26 thoughts on “Antara 10 tabiat yang merosakkan otak

  1. Denaihati

    hari-hari kena berfikir supaya minda lebih cergas dan setiasa dapat berfikir dengan baik. jomlah kita baiki mana-mana amalan yang kurang baik jika ada.

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu bro… secara perlahan-lahan pun jika ada niat apa salahnya…

      Reply
  2. suri

    salam
    apa lhbar bro dna keluarga?

    selamat tahun baru. lama tak degar berita.

    agaknya..tutup muka masa tidur memang bahaya bab bayilah kalau dewasa apa kes hurm…mungkin silau kot.

    Reply
    1. hazlan Post author

      kami sekeluarga sihat jer suri… orang dewasa tu hahaha… ntahler ngengada jer kot…

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… pelan2 bro… ayat memang nampak senang tapi yang menanggung hanya sendiri yang tahu..

      Reply
    1. hazlan Post author

      tu la tu antara yang terpenting juga nampaknya… u r welcome bro…

      Reply
  3. zik

    tidor tak cukup, patutla… lagi satu kalau lampu dah terang sangat kalau tidor kat tempat lain, terpaksa lah tutup muka dengan selimut.. huhu

    Reply
    1. hazlan Post author

      insya Allah…jika ada niat yang baik pastinya akan dibalas dengan baik

      Reply
    1. hazlan Post author

      nak tinggal sekali gus lagi baik.. tapi ader orang tinggal secara perlahan-lahan..

      Reply
  4. hanari

    Terimakasih, semoga kita senantiasa bisa mengamalkan kebiasaan-kebiasaan yang baik untuk kesehatan.

    Reply

Leave a Reply to hanari Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *