Apa sahaja masalah insya Allah ada jalan penyelesaiannya. Antara beberapa kaedah mengurus tekanan diri yang boleh diamalkan untuk mengurangkan tekanan antaranya ialah :
– Bersikap realistik dalam kerjaya atau tanggungjawab
– Sedari kekuatan dan kelemahan diri
– Hendaklah sentiasa berfikiran dan bersifat positif
– Merancang dengan teliti dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau tanggungjawab
– Melaksanakan kerja mengikut keutamaan
– Membahagi masa dengan teratur dan bijak dalam kehidupan juga adalah perlu
– Mempertingkatkan kemahiran diri untuk menyelesaikan masalah
– Bersikap menerima dalam perubahan dengan sikap yang wajar
– Sentiasa mengamalkan cara berkomunikasi dengan berkesan
– Semangat bermasyarakat sentiasa disemai
– Membawa diri kearah cara hidup yang sihat
Perkara yang diterakan di atas adalah cara bagaimana untuk mengawal diri. Nampak mudah tetapi bagi melakukannya haruslah ada semangat dalam diri sendiri ataupun sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya orang – orang disekeliling kita. Apapun bagi yang beragama Islam untuk menambah baik potensi menguruskan tekanan diri selain yang aku sampaikan seperti di atas hendaklah kita:
- Sentiasa membiasakan diri kita dalam keadaaan berwuduk agar jiwa kita akan sentiasa tenang dalam apa keadaan sekalipun.
- Perbanyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran, lebih baik terjemahannya sekali. Insya Allah kita akan memporeli ganjarannya.
- Melakukan solat sunat dengan kerap agar dapat memperolehi ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
- Sentiasa berdoa kepada Allah. Insya Allah akan dimakbulkan doa kita jika kita ikhlas.
- Hendaklah bersangka baik dengan Allah dan percaya setiap kejadian mesti ada hikmahnya.
- Menghargai kebolehan diri dan memulakan hidup dengan ceria.
- Cintai diri sendiri.
Tekanan diri ini bukanlah tidak baik dan tidak perlu dalam kehidupan, sebenarnya ia juga perlu wujud dalam diri, ini penting agar kita dapat menyesuaikan diri dan mempertingkatkan lagi potensi dalam diri bagi mencapai sesuatu kehendak ataupun cita-cita . Jom mulakan kehidupan kita dengan ceria dan sentiasa penuh dengan senyuman.Insya Allah.
salam…
harap admin dan sekeluarga sihat hendaknya..
ya bila pengurusan diri tidak dapat di urus maka berbagai hal boleh terjadi. itu kita nak elakkan.takut2 ada kes yang tidak diingini berlaku.
pendekat yang paling hampir dengan kita dekatkan diri padaNYA.
ya setuju sangat tu suri… alhamdulillah kami sekeluarga sihat2 walafiat
banyak bersabar dan ingat Allah selalu. rajin buat solat taubat, solat sunat moga2 hati akan sentiasa lembut dan akur dg setiap dugaan yang d berikan.
aik..tadi dh send komen 3x tpi tak der plk..
test2..test..
oh.. komen biasanya keluar lepas admin approve atau mungkin ada error nie… kena check.. terima kasih suri bagitau…
tekanan dapat diatasi jika tahu caranya…caranya bacalah entri di atas.
baca.. cuba.. dan pratikkan… insya Allah
jika yakin boleh berjaya punya…
insya Allah…
Jadikanlah sholat dan sabar sebagai penolong – QS02 (153)
entry di atas hanya pendorong sahaja…
Salam,
Betul tu belajar urus tekanan mengikut cara agama kita…. ingat selalu pd Al-Waliyy( yg Maha Menolong ), insyaallah selamat 🙂
yup… aku setuju tu Dja
mudahan dengan langkah-langkah 1~7 dapat mengurus tekanan diri denga baik. dengan kehidupan yg mencabar sekarang yg semestinya ada tekanan.
insya Allah… dengan harapan agar di redhai oleh-Nya
Terima kasih atas tips yang diberikan..hehe
sama-sama semoga bermanfaat… insya Allah
InsyaAllah..saya nak amalkan satu dua perkara..hehe
mudah-mudahan berjaya bro… insya Allah
Jangan lah fikirkan masalah hari esok, cukupla dengan masalah hari ini.
berjaya menghadapi tekanan itulah sebenarnya punca kejayaan
yup betul tu bro…
orang yang normal memang ada merasai tekanan dalam hidup mereka..tekanan yang diurus dengan baik boleh ditukar menjadi sumber motivasi.
motivasi diri untuk merealisasikan sesebuah kejayaan…
Point nombor 1 hingga 7 tu berguna,terima kasih untuk perkongsian mengurus tekanan diri ini bro
sama2 harap2 ianya membantu pada sesiapa sahaja…
banyak kan senyum dalam hidup kurangkan gula dalam minuman..hahaha 🙂
terlebih gula penyakit pun datang…
tekanan memang boleh diatasi.cuma tekanan
kalau disebab terkena buatan orang.itu kena
amalkan membaca ayat al-quran dan sentiasa
dalam keadaan wuduk.
tekanan daripada hasad dengki yang payah nie…
Teknik2 ni mmg terbukti mampu mengurangkan rasa tekanan yg kita lalui setiap hari
InshaAllah
Terima kasih bro berkongsi
sama2.. bergantung pada individu… insya Allah sekiranya dibuat bersungguh akan berjaya kelak
aku kena banyak bersabar nih. haha
sabar bro sabar…
Biasanya tekanan itu timbul akibat kegagalan kita mengurus diri dengan sebaik mungkin. Sifat ingatkan sesuatu tanpa memikirkan implikasi seperti menghabiskan gaji utk entertainment dsb mengundang tekanan buat diri sendiri. My 5 cents 😀
betul juga tu.. lain orang lain citarasa dan caranya…
dalam hidup ni mmg byk tekanan, yg penting bagaimana cara kita menghadapinya.. bagus ni, boleh buat panduan bagi yg de tekanan
berikanlah kat sapa2 pun untuk dimanfaatkan.. jika diizinkannya… insya Allah…
Salam bro.
Owh suka baca ni. Selalu gak tekanan bila mai masalah.
salam kembali… lama menyepi… huhuhu… harap ianya dapat membantu pada sesiapa juga… insya Allah
mcm chii sndiri..selain mndgr lagu2 versi intrument..chii suka dgr zikir terapi, surah yaasin n ayat2 ruqyah…mmg boleh mengurangkn sedikit tekanan yg melanda..selain apa yg dikongsikan diatas 🙂
semoga segalanya di permudahkan… insya Allah
buat je blogwalking kira dapat relief juga nanti..
gud idea…
tipsnya sangat berguna sekali,semoga kita seallu bisa mengendalikan diri