Mengurus Tekanan Diri

By | May 8, 2013

Apa sahaja masalah insya Allah ada jalan penyelesaiannya. Antara beberapa kaedah mengurus tekanan diri yang boleh diamalkan untuk mengurangkan tekanan antaranya ialah :

–         Bersikap realistik dalam kerjaya atau tanggungjawab

–         Sedari kekuatan dan kelemahan diri

–         Hendaklah sentiasa berfikiran dan bersifat positif

–         Merancang dengan teliti dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau tanggungjawab

–         Melaksanakan kerja mengikut keutamaan

–         Membahagi masa dengan teratur dan bijak dalam kehidupan juga adalah perlu

–         Mempertingkatkan kemahiran diri untuk menyelesaikan masalah

–         Bersikap menerima dalam perubahan dengan sikap yang wajar

–         Sentiasa mengamalkan cara berkomunikasi dengan berkesan

–         Semangat bermasyarakat sentiasa disemai

–         Membawa diri kearah cara hidup yang sihat

Perkara yang diterakan di atas adalah cara bagaimana untuk mengawal diri. Nampak mudah tetapi bagi melakukannya haruslah ada semangat dalam diri sendiri ataupun sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya orang – orang disekeliling kita. Apapun bagi yang beragama Islam untuk menambah baik potensi menguruskan tekanan diri selain yang aku sampaikan seperti di atas hendaklah kita:

  1. Sentiasa membiasakan diri kita dalam keadaaan berwuduk agar jiwa kita akan sentiasa tenang dalam apa keadaan sekalipun.
  2. Perbanyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran, lebih baik terjemahannya sekali. Insya Allah kita akan memporeli ganjarannya.
  3. Melakukan solat sunat dengan kerap agar dapat memperolehi ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
  4. Sentiasa berdoa kepada Allah. Insya Allah akan dimakbulkan doa kita jika kita ikhlas.
  5. Hendaklah bersangka baik dengan Allah dan percaya setiap kejadian mesti ada hikmahnya.
  6. Menghargai kebolehan diri dan memulakan hidup dengan ceria.
  7. Cintai diri sendiri.

Tekanan diri ini bukanlah tidak baik dan tidak perlu dalam kehidupan, sebenarnya ia juga perlu wujud dalam diri, ini penting agar kita dapat menyesuaikan diri dan mempertingkatkan lagi potensi dalam diri bagi mencapai sesuatu kehendak ataupun cita-cita . Jom mulakan kehidupan kita dengan ceria dan sentiasa penuh dengan senyuman.Insya Allah.

44 thoughts on “Mengurus Tekanan Diri

  1. suri

    salam…

    harap admin dan sekeluarga sihat hendaknya..

    ya bila pengurusan diri tidak dapat di urus maka berbagai hal boleh terjadi. itu kita nak elakkan.takut2 ada kes yang tidak diingini berlaku.

    pendekat yang paling hampir dengan kita dekatkan diri padaNYA.

    Reply
    1. hazlan Post author

      ya setuju sangat tu suri… alhamdulillah kami sekeluarga sihat2 walafiat

      Reply
  2. suri

    banyak bersabar dan ingat Allah selalu. rajin buat solat taubat, solat sunat moga2 hati akan sentiasa lembut dan akur dg setiap dugaan yang d berikan.

    aik..tadi dh send komen 3x tpi tak der plk..

    test2..test..

    Reply
    1. hazlan Post author

      oh.. komen biasanya keluar lepas admin approve atau mungkin ada error nie… kena check.. terima kasih suri bagitau…

      Reply
    1. hazlan Post author

      baca.. cuba.. dan pratikkan… insya Allah

      Reply
    1. hazlan Post author

      entry di atas hanya pendorong sahaja…

      Reply
  3. Dja@SisHaza

    Salam,

    Betul tu belajar urus tekanan mengikut cara agama kita…. ingat selalu pd Al-Waliyy( yg Maha Menolong ), insyaallah selamat 🙂

    Reply
  4. Denaihati

    mudahan dengan langkah-langkah 1~7 dapat mengurus tekanan diri denga baik. dengan kehidupan yg mencabar sekarang yg semestinya ada tekanan.

    Reply
    1. hazlan Post author

      insya Allah… dengan harapan agar di redhai oleh-Nya

      Reply
    1. hazlan Post author

      sama-sama semoga bermanfaat… insya Allah

      Reply
  5. Joe

    Jangan lah fikirkan masalah hari esok, cukupla dengan masalah hari ini.

    Reply
  6. hanafi abdullah

    orang yang normal memang ada merasai tekanan dalam hidup mereka..tekanan yang diurus dengan baik boleh ditukar menjadi sumber motivasi.

    Reply
    1. hazlan Post author

      motivasi diri untuk merealisasikan sesebuah kejayaan…

      Reply
  7. wazy

    Point nombor 1 hingga 7 tu berguna,terima kasih untuk perkongsian mengurus tekanan diri ini bro

    Reply
    1. hazlan Post author

      sama2 harap2 ianya membantu pada sesiapa sahaja…

      Reply
  8. cik nasirah

    tekanan memang boleh diatasi.cuma tekanan
    kalau disebab terkena buatan orang.itu kena
    amalkan membaca ayat al-quran dan sentiasa
    dalam keadaan wuduk.

    Reply
    1. hazlan Post author

      tekanan daripada hasad dengki yang payah nie…

      Reply
  9. hafizmd

    Teknik2 ni mmg terbukti mampu mengurangkan rasa tekanan yg kita lalui setiap hari

    InshaAllah

    Terima kasih bro berkongsi

    Reply
    1. hazlan Post author

      sama2.. bergantung pada individu… insya Allah sekiranya dibuat bersungguh akan berjaya kelak

      Reply
  10. Dulu Lain Sekarang Lain

    Biasanya tekanan itu timbul akibat kegagalan kita mengurus diri dengan sebaik mungkin. Sifat ingatkan sesuatu tanpa memikirkan implikasi seperti menghabiskan gaji utk entertainment dsb mengundang tekanan buat diri sendiri. My 5 cents 😀

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul juga tu.. lain orang lain citarasa dan caranya…

      Reply
  11. fiezaradzi

    dalam hidup ni mmg byk tekanan, yg penting bagaimana cara kita menghadapinya.. bagus ni, boleh buat panduan bagi yg de tekanan

    Reply
    1. hazlan Post author

      berikanlah kat sapa2 pun untuk dimanfaatkan.. jika diizinkannya… insya Allah…

      Reply
  12. Nine

    Salam bro.

    Owh suka baca ni. Selalu gak tekanan bila mai masalah.

    Reply
    1. hazlan Post author

      salam kembali… lama menyepi… huhuhu… harap ianya dapat membantu pada sesiapa juga… insya Allah

      Reply
  13. chii

    mcm chii sndiri..selain mndgr lagu2 versi intrument..chii suka dgr zikir terapi, surah yaasin n ayat2 ruqyah…mmg boleh mengurangkn sedikit tekanan yg melanda..selain apa yg dikongsikan diatas 🙂

    Reply
    1. hazlan Post author

      semoga segalanya di permudahkan… insya Allah

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *