Ingin tahu mengenai USB 3.0

By | March 26, 2013

usb3_05_fullDalam tempoh masa selama 14 tahun yang lalu Universal Serial Bus (USB) adalah salah satu peranti tetap bagi penyambungan alatan perkomputeran. Tidak kiralah sama ada ianya digunakan bersama penyambungan fizikal untuk pemindahan data diantara peranti seperti external Hard Disc, kamera, tetikus (mouse), printer ataupun scanner namun secara amnya kesemua itu menggunakan kabel USB.

Sejak tahun 1993 teknologi USB ini dibangunkan. Definasi  pertama untuk versi ini adalah USB 1.0 dan mula diperkenalkan pada tahun 1996. Permulaannya, kadar pemindahan data adalah rendah sekitar 1.2Mbits/s itu hanyalah untuk penyaluran keybord dan mouse dan dengan pemindahan kelajuan data penuh adalah sekitar 12Mbits/s.

Versi kedua yang telah diguna pakai agak  lama adalah versi USB 2.0 , teknologi kedua ini telah dibangunkan pada tahun 2001 dengan mengetengahkan lonjakan kadar pemindahan kelajuan penuh data sehingga  480 Mbits/s. Selapas daripada itu wujud pula generasi terbaru dikenali sebagai USB 3.0 atau dikenali sebagai  Super Speed USB telah mula dipasarkan pada tahun 2010 sehinggalah hari ini. Jadi apa yang boleh kita harapkan dengan generasi baru USB 3.0 ini? Bagaimana ianya memberikan kesan kepada kita?

Apa itu USB 3.0? Ingin tahu mengenai USB 3.0? Di bawah ini adalah spesifikasinya:

Dengan pelbagai perubahan yang telah dilaksanakan bagi memenuhi permintaan untuk meningkat kejituan proses pemindahan data yang boleh digunakan oleh pelbagai peranti luaran, berikut adalah  gambaran teknologi generasi terbaru USB:

  • Kadar Pemindahan
    • Dengan kaedah kelajuan tinggi terkini USB 3.0 menyediakan kadar pemindahan realistik sekitar 3.2 Mbits/s atau 3.2 Gbits/s.  Teori kadar isyarat adalah sekitar 4.8 Gbits/s.
  • Pemindahan data
    • USB 3.0 memperkenalkan rangkaian pemindahan data penuh. 2 daripada 5 lorong adalah dikhaskan untuk  tugasan menghantar data, manakala pasangan yang lain adalah dikhususkan untuk menerima data. Jadi USB 3.0 boleh membaca dan menulis data secara serentak pada tahap kelajuan yang maksima. Berbeza dengan versi USB sebelum ini yang tidak menyediakan sokongan pemindahan data dwi-arah.
  • Kuasa
    • Bebanan unit telahpun ditingkatkan kepada 150mA dan peranti luaran yang configurasikan boleh menarik sehingga enam bebanan unit dan mula bertambah sehingga kepada 900 mA.  Kuasa ini melebih sebanyak 80% daripada USB 2.0 dimana pelbagai jenis peranti dapat digunakan secara serentak dalam hub tunggal. Disamping itu penjimatan tenaga juga berlaku oleh kerana voltan untuk pengoperasian ini menurun daripada 4.4V (usb versi lama) kepada 4V.
  • Pengurusan Kuasa
    • USB 3.0 memberikan kuasa pautan peranti lain begitu stabil ketika di dalam proses pemindahan data. Ini kerana ianya mempunyai set tambahan pada struktur penyambungannya.
  • Keserasian
    • Bagi perkakasan komputer baru yang menyokong USB 3.0 masih lagi dapat menggunakan sokongan USB 2.0  akan tetapi peranti yang menyokong USB 3.0 tidak dapat menyokong USB 2.0. Sebagai contoh, dengan USB 3.0, anda boleh memindahkan fail 10 GB dari komputer anda ke cakera luaran kira-kira dalam 25 saat sahaja. Dengan USB 2.0 ini akan mengambil masa lebih daripada lima minit.

USB2vs3

Ketidakbaikan
Aku terdorong untuk memberitahu bahawa tidak ada ketidakbaikan, tetapi itu tidak benar.

  • Kabel
    • Panjang kabel yang menyokong USB 3.0 dikurangkan sebanyak 3 meter berbanding dengan lima meter pada USB 2.0. Walaubagaimanapun, menggunakan hub sebagai sambungan boleh digunakan sepanjang 18 meter panjang.
  •  Had Laju
    • Tidak semua peranti dapat menggunakan kadar peningkatan kelajuan dalam USB 3.0. Sebagai contoh cakera keras magnetik adalah dihadkan dengan penggunaan RPM dengan ini masing- masing ada arahan kelajuannya tersendiri.

Korang telah pun tahu Apa itu USB 3.0.  Ingin tahu mengenai USB 3.0 dengan lebih lanjut bolehlah terus lawati laman sesawang wikipedia: http://ms.wikipedia.org/wiki/USB

27 thoughts on “Ingin tahu mengenai USB 3.0

    1. hazlan Post author

      betul tu… rata2 banyak perkakasan yang da mula guna usb 3.0 ni.. terutamanya external hd.

      Reply
  1. chii

    nampak mcm simple je..chii yakin.ramai yg x berapa tau pasal benda ni..mmg sakit sgt kalau usb tidak boleh berfungsi . kalau satu..still ada backup yg lain..kalau semua usb port rosak..aduhaii.mmg susah kerja..mcm yg berlaku pd laptop adik chii

    Reply
    1. hazlan Post author

      USB port built-in.. kena hantar kat org elektronik untuk repair kalau tak satu motherboard kena tukar…

      Reply
  2. jal

    usb 3.0 entah lah belum pernah guna lagi, tapi member2yang dah guna, dorang kata memang terbaik usb 3.0 ni

    Reply
    1. hazlan Post author

      ramai juga yang dah mengakui kelajuannya… termasuklah aku…

      Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu bro… banyak yang masih guna USB 2.0.. gadget keluaran yang terbaru pun masih ada lagi guna usb 2.0 yang tertentu jer guna usb 3.0…

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… benda yang amat diperlukan zaman sekarang

      Reply
  3. fiezaradzi

    yelah, macam laptop lama2.. mmg tak de lagi speed ni kan.. silap2 yg USB 2.0 pun susah.. haha..

    tapi kalau de yg 3.0 ni, mmg laju lah..

    Reply
    1. hazlan Post author

      janji boleh guna dulu kan bro… yang advance2 kemudian2 pun tak per…

      Reply

Leave a Reply to zik Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *