Apa itu API?

By | March 20, 2013

APIApa itu API? API adalah singkatan daripada Application Programming Interface di mana ia adalah  satu arahan bahasa pengaturcaraaan dalam pembuatan perisian, protocol, struktur data yang standard untuk mengakses aplikasi web dengan menggunakan perisian aplikasi web. Para pembangun aplikasi akan mencipta atau mengeluarkan API untuk diguna dan dipakai oleh umum agar penginteraksian perkongsian dapat dijalankan dengan terancang dan mudah.

Antara contoh, Seperti yang telah diketahui ramai Butang “Like”  yang digunakan oleh Facebook untuk memudahkan perhubungan dan data dikongsikan secara terus di alam maya adalah melalui penggunaan fungsi API. Begitu juga Google dengan fungsi google plus, google analytic atau WordPress dengan antispamnya dan pelbagai lagi contoh-contoh lainya.

Penciptaan dan pembangunan API adalah untuk menghubungkan diantara aplikasi dengan aplikasi yang lain. Bukanlah digunakan antara aplikasi dengan penguna. Penggunaan API adalah agar diantara aplikasi dengan aplikasi yang berlainan dapat dihubungkan supaya maklumat dikongsi antara satu sama lain tanpa perlu melalui proses penterjemahan atau pengubahsuaian kod pengaturcaraan semula. Ia menerangkan bahawa API adalah pintu kepada laluan informasi yang ingin diperolehi dari pelbagai sumber dari luar.

Menurut bro parasolx yang berkongsi contoh terdekat mengenai API yang telah dimuatkan di dalam portalnya kripkornstudios.com.my, API ini banyak digunakan dalam aplikasi berasaskan laman web berbanding perisian yang dipasang di operasi sistem komputer kerana maklumat yang dihasilkan menerusi internet setiap masa akan dikemas kini. Contohnya seperti Drupal, API yang disediakan oleh satu modul A boleh digunakan fungsinya oleh modul B tanpa perlu modul B menulis kembali kod aturcara yang sama. Sekiranya berlaku perubahan API dalam modul A, modul B hanya perlu kemas kini kod panggilan API yang digunakan sebelum ini sahaja tanpa perlu mengubah semula keseluruhan kodnya.

Bagaimana API ini berfungsi?

Fungsi dan prosesnya adalah secara berinteraksi adalah melalui medium internet. Pendataan maklumat yang dihantar dan diterima adalah melaui proses dalam satu format protocol penghantaran maklumat yang dikenali sebagai XML (Extended Markup Language). Didalam XML ini adalah hanya maklumat data tertentu sahaja berbanding jika menggunakan format lain dimana ianya bergantung juga kepada jenis API yang dibina.

Maklumat seperti menentukan lokasi penghantaran, penerima dan maklumat yang akan diproses. Contoh yang terdekat adalah penghantaran maklumat dari laman wordpress ke facebook yang memerlukan kata kunci “key identification” perlu dimuatkan agar setiap penghantaran dan penerimaan data dalam bentuk XML itu tadi diproses dengan betul dan tepat.

Selain daripada bahasa aturcara XML, beberapa protokol sokongan lain digunakan bagi membolehkan perkhidmatan ini dijalankan iaitu:

–          SOAP (Simple Object Access Protocol): SOAP adalah bertanggung jawab untuk mengkodkan maklumat ke bentuk XML agar ianya dapat difahami dan boleh dibaca oleh perisian aplikasi jaringan yang lain.

–          UDDI (Universal Description, Discovery and Integration): Mempunyai fungsi seperti “Yellow Pages” dimana pengumpulan dan pemprosesan pelbagai maklumat API melalui sistem direktori XML agar pelbagai perkhidmatan dapat berhubung dan berkomunikasi.

Kelebihan API

Ada beberapa kelebihan API yang menguntungkan dan boleh dimanfaatkan penggunaannya terutama bagi golongan pembangun, perniagaan dan pembekal perisian itu sendiri:

–          Pemaju dapat mempercepatkan proses pembangunan aplikasi dengan mudah melalui proses mengintegrasikan alat kawalan dan system.

–          Dapat menguntungka syarikat kerana tidak perlu membayar untuk beberapa aplikasi perisian yang berbeza dan peranti keras untuk membuat aplikasi semuanya berfungsi.

–          Dengan mengintegrasikan fungsi persidangan ke aplikasi yang sedia ada, syarikat tidak harus melatih kakitangan IT atau pekerja tentang bagaimana mengurus dan menggunakan perisian baru.

–          Syarikat yang melepaskan API membolehkan pelanggan atau pengguna mereka mengakses perkhidmatan perhubungan dalam kaedah baru, cara yang lebih cekap, meningkatkan pengenalan jenama dan sentiasa menerima kesetiaan pelanggan.

32 thoughts on “Apa itu API?

  1. suri

    ada guna unsur ini dlm wordpress saya rasa…huhu..

    “Akismet is almost ready. You must enter your Akismet API key for it to work”

    ker lain apa yang saya paham tu menyimpang dari yg bro sampaikan huhuu..

    Reply
    1. hazlan Post author

      Itulah API.. cumer letak Key sahaja… script asal dah built in dalam wordpress…

      Reply
  2. suri

    Akismet is almost ready. You must enter your Akismet API key for it to work. ini ada jumpa kt wordpress,adakah ia berkaitan dg entri kt atas tu huhu..

    Reply
      1. suri

        ho..sy baru faham ;)selalu kita kena isi no Api dlm wordpress.

        bro pakai hosting apa ya? dh lama ker guna?

        Reply
        1. hazlan Post author

          huhuhu…. betul2… oh aku dok guna hosting datakl… dah guna sejak blog ni dibuat… bermula akhir tahun 2009 sampai le sekarang…

          Reply
    1. hazlan Post author

      Terima kasih menyinggah.. harap dapat manfaatnya…

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhuhu… janji ada sangkut sikit2 tu kira ok gak laa…

      Reply
  3. chii

    dulu ada gak blaja ttg ni..tp disebabkan da lama tinggalkan..so da lupa…terima kasih ye utk perkongsian ilmu

    Reply
    1. hazlan Post author

      Adalah perlu jika ingin berkomunikasi antara satu dengan yang lain…

      Reply
    1. hazlan Post author

      hehehe… tak paham tak apa… janji pernah tau…

      Reply
    1. hazlan Post author

      insya Allah jika ada masanya kelak… atau sesiapa yang terbaca komen ini boleh memberikan pendapat korang…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *