Tahun baru Masehi 2012 yang baru tiba sedang kita lalui. Begitu pantas masa yang kita lalui. Bila di kenangkan adakah kita telah berjaya meniti dan mengharungi cabaran atau matlamat kita yang lepas? Atau kita masih lagi di takuk yang sama? Atau sudah ada sedikit perubahan juga sudahkah kita bersedia untuk membuat tindakan bijak selepas ini dengan cabaran baru yang kian semakin menghimpit?

Dengan pelbagai soalan kendiri seperti di atas adalah tidak mustahil jika setiap dari kita sentiasa berfikir dan inginkannya sebagai perubahan diri dari yang kurang baik kepada baik juga yang baik kepada lebih baik. Haruslah kita sentiasa peka dan bersedia untuk menghadapi cabaran masa depan bagi memastikan kejayaan dapat dicapai dalam segala aspek baik di dalam ekonomi, politik dan sosial dengan melakukan transformasi, perubahan atau di dalam Islam dikenali sebagai Islah yang bermaksud perubahan ke arah kehidupan atau keadaan yang lebih baik. Proses islah pada asasnya terdapat 2 aspek:

Al-islah al-insan : Transformasi kehidupan manusia

  • Manusia sebagai alat yang boleh mengubah juga mencipta sesuatu perubahan atau pembaikan adalah membina kualiti kemanusiaan.
  • Pada asasnya kehidupan hari ini adalah perlu lebih baik daripada semalam dan kehidupan hari esok perlu lebih baik daripada hari ini. Jika berkeadaan statik atau jumud, ini bermakna telah berlaku kemunduran dan kita tidak segera baiki ia akan terus menular menjadi bertambah buruk dan menuju kearah kehancuran atau kebinasaan.

Al-islah al-manhaj: Tranformasi sistem kehidupan manusia

  • Sistem kehidupan manusia berdasarkan fikrah manusia dimana manusia ini adalah makhluk sosial yang sentiasa dan perlu kepada saling berkomunikasi dan berinteraksi antara sesama mereka. Dengan ini manusia memerlukan peraturansebagai sebuah sistem yang mampu mengatur kehidupannya supaya lebih baik dan sempurna.
  • Untuk hidup yang berperaturan dan bersistem memerlukan kepimpinan yang mampu menguruskan manusia kearah tujuan juga jalan yang lebih baik dan ini perlu terus dimantapkan dengan pelbagai aspek pengukuhan dalam sistem kehidupan dan peraturan

Dalam kita berusaha membina sistem kehidupan yang lebih baik untuk menghadapai cabaran 2012, marilah sama-sama kita tanamkan semangat baru dan sentiasa berazam menjadi individu yang bersedia melakukan perubahan yang lebih baik dan mudah-mudahan ianya berkesan serta tercapai dengan jayanya, lantas kita akan menjadi insan yang berguna. Insya Allah.

Saranan Rasullullah SAW: “Ibda’ binafsika”

Bermaksud: “Mulakan daripada diri kamu sendiri”

Tagged with:
 
About The Author

hazlan

Blog ini ditulis kebanyakannya adalah perkongsian berkenaan Teknologi Maklumat, Networking, Software, Hardware, Web Development, Graphic Designer, Programming, Kreativiti, Motivasi dan Inovasi. Biasanya aku praktikkannya dahulu baru aku publishkan di sini untuk perkongsian. Janganlah segan silu atau teragak – agak untuk mengeluarkan apa sahaja pendapat, buah fikiran dan idea masing2. Terima kasih banyak2 atas segala keperihatinan dan sokongan selama ini.

14 Responses to menghadapi cabaran 2012

  1. lunaticg says:

    Salam.
    Tahun 2012 saya akan jadi ayah. Suatu perubahan besar berbanding tahun-tahun sebelumnya.
    lunaticg´s last [type] ..100 dollars watermelon note for auction

    • hazlan says:

      wah tahniah2… deliver bulan berapa tu… insya Allah aku pun mendapat cahaya mata yang ketiga tahun ni.. semoga segalanya selamat…

  2. akubiomed says:

    Terasa masa cepat berlalu pergi dan terasa macam masa sangat suntuk untuk melakukan perkara yang dihajati. Harap ada waktu untuk bekalan di alam yang kekal.
    akubiomed´s last [type] ..Seksa meninggalkan solat

  3. wazy says:

    Terima kasih di atas perkongsian ini bro,memang banyak cabaran untuk kita tempuh dalam 2012 ini
    wazy´s last [type] ..Dapatkan Karikatur Di Mycartoonnizz

  4. suri says:

    salam.
    tahun baru semua yg baru tapi hati tetap pada takuk yang lama payah gak tu huhu..

    paling baik biar selari dg ilmu dan amalan baru kita hdp rasa aman dan bersyarikat.

    • hazlan says:

      salam suri, ditakuk lama ni memang menakutkan betul…. sokongan banyak pihak juga perlu agar keselarian secara menyeluruh…

  5. wawa says:

    terima kasih cikgu!!!!=]
    wawa´s last [type] ..tiga

  6. titan says:

    setiap hari ada cabarannya. hehe..
    titan´s last [type] ..Iklan banyak, iklan sikit.

  7. Nine says:

    “Mulakan daripada diri kamu sendiri” <– salam bro best ayat nih, lama tak on9 bz ek hari tu, selamat kembali :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge