Selamat Hari Malaysia

By | September 16, 2012

Selamat Hari Malaysia

Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia. Di bawah ini adalah aku sertakan sedikit fakta Hari Malaysia yang di ceduk terus tanpa di edit daripada akhbar harian metro.

Fakta Hari Malaysia:

  • Sarawak menjadi tuan rumah bagi sambutan Hari Malaysia pada tahun ini (2012)
  • Disambut untuk memperingati penubuhan Malaysia pada tarikh 16 September 1963
  • Menjadi bukti penyertaan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura (keluar pada tahun 1965), namun ianya ditangguhkan kepada 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama Hari Kemerdekaan yang ke-6
  • Pengisytiharan Hari Malaysia diumumkan pada 16 September pada tahun yang sama apabila berlakunya beberapa isu berkaitan bantahan daripada Indonesia dan Filipina terhadap pembentukan Malaysia
  • Pengisyiharan telah disempurnakan di Stadium Merdeka disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah serta 30,000 rakyat
  • Pada 9 Julai 1963, perjanjian penubuhan Malaysia dimeterai di London selepas Laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan menyatakan lebih 80% rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju dengan cadangan kemerdekaan melalui penggabungan bersama Persekutuan Tanah Melayu
pemasyhuran Malaysia

Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman membacakan Pemasyhuran Malaysia di Stadium Merdeka pada 16 September 1963. Pemayhuran tersebut berbunyi ” Dengan nama Allah Yang Maha pemurah Lagi Amat Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri Malaysia dengan persetujuan dan perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Yang teutama Yang Dipertuan Negara Singapura, Yang Terutama Yang Dipertuan Negara Sabah dan Yang Terutama Gabenor Sarawak dengan ini mengisytiharkan dan memasyhurkan bagi pihak umat Malaysia… akan kekal menjadi sebuah negara demokrasi yang merdeka lagi berdaulat serta berasaskan kebebasan dan keadilan”.

watikah pemasyhuran Malaysia

Watikah rasmi pemasyuran Malaysia yang dibaca oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada jam 6.00 petang 17 September 1963, iaitu sehari selepas pengisytiharan.

“Dirgahayu Tanah Airku”

8 thoughts on “Selamat Hari Malaysia

  1. Ali ridha

    singapura keluar dari malaysia, rugi betul.
    tapi nasib baik ada sabah dan sarawak.
    kita ni dulu dipanggil nusantara.mana ada negara
    masa tu.semua ni mainan penjajah.

    Selamat Hari Malaysia.

    Reply
    1. hazlan Post author

      aku pun pelik gak pasal apa di panggil negara… cuba baca watikah tulisan jawi tu…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *