apa itu kod QR

By | September 10, 2012

Secara Umum, ramai yang telah  mengetahui tentang fungsi kod bar, dimana ianya digunakan untuk menyimpan informasi tentang sesuatu produk atau maklumat pengenalan individu. Garisan selari berwarna hitam dan putih padanya yang mempunyai ruang serta lebar berbeza akan mewakili bacaan digit 0 dan 1.

Kandungannya pula boleh dibaca oleh alat pengimbas optik yang dilengkapi perisian pengesanan khas menerusi teknik pantulan cahaya. Perkembangan teknologi hari ini telah membawa evolusi terhadap pembangunan kod bar di mana generasi keduanya iaitu Kod 2D atau Kod QR telah pun diperkenalkan dan digunakan secara meluas.

Apa itu kod QR? Kod QR (QR code: Quick Response code) ianya merupakan generasi kedua kod bar dimana simbol perwakilan dua dimensi yang telah diperkenalkan oleh sebuah syarikat inovasi dari Jepun, Denso Wave pada tahun 1994. Kod QR berkebolehan menyimpan lebih banyak data dan maklumat berbanding kod bar biasa menerusi garisan mendatar dan menegaknya.

Di samping itu, Kod QR turut boleh di integrasikan bersama peranti telefon bimbit pintar secara mobiliti. Keunikan itu telah menjadikan implementasinya semakin diperluas untuk tujuan pengiklanan dan promosi sesuatu produk atau perkhidmatan.

Kini kita tidak lagi perlu menulis atau copy paste alamat pejabat, email,laman web atau sebagainya, hanya sekadar melakukan proses pengmengimbasan dan ia akan mengambil segala maklumat tadi. Korang juga boleh letakkan kod QR ini di akhbar, majalah, cermin kereta, baju dan pelbagai lagi lokasi yang boleh difikirkan menarik. Sebabnya,ia tidak memerlukan ruang yang luas jika dibandingkan dengan cara pautan konvensional yang menggunakan ayat dan perkataan. Kod QR boleh menjadi pintu kepada pengalaman interaktif besar yang meresap antara garisan dunia online dan offline.

Jom guna kod QR di:
qurify.com atau qrstuff.com
Windows Phone: windowsphone.com
Android: qrdroid.com atau android.com

21 thoughts on “apa itu kod QR

  1. zik

    teknologi yang ada sekarang nie ..memudahkan… kod qr ternyata bagi kasi senang….nak scan untuk handphone..

    Reply
  2. anif

    Memang memudahkan bila ada QR code ni terutamanya buat pemilik smartphone. Tak perlu nak taip URL.. 😀

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… betul tu.. cuma yg mudah tu jgn jadi kita malas dah leee…

      Reply
  3. malik

    “Kod QR boleh menjadi pintu kepada pengalaman interaktif besar yang meresap antara garisan dunia online dan offline.”

    haha..dalam surat khabar dah banyak dah iklan pakai QR CODE NI…memang strategi marketing terbaik la..hehe

    Reply
    1. hazlan Post author

      tu la tu tapi ader gak member guna smartphone tapi tak tau nak guna qr code ni… kena gak buat tutorial ni nanti nampak gayanya…

      Reply
    1. hazlan Post author

      u r welcome bro… aku tak pulak guna windows mobile.. tapi link kat bawah ni ada untuk windows.. cuba tengok boleh ke tidak…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *