apa itu HDTV

By | September 2, 2012

Apa itu HDTV? Televisyen definisi tinggi atau high-definition television (HDTV) ialah sejenis sistem penyiaran televisyen yang bercirikan peleraian yang jauh lebih tinggi dan menawarkan fungsi yang lebih fleksibel dan efisien.  berbanding format-format biasa (NTSC, SECAM,PAL).

hdtv

Walaupun adanya format HDTV analog awal yang pernah dipancarkan di Eropah dan Jepun,
HDTV biasanya dipancarkan secara digital, kerana penyiaran televisyen digital (DTV) memerlukan kelebaran jalur yang kurang jika menggunakan kemampatan video secukupnya. Televisyen definisi tinggi komersil pada awalnya telah dimajukan oleh Nippon Hoso Kyokai (NHK, Japan Broadcasting Corporation, dan diperkenalkan pada tahun 1969. Namun begitu, sistem itu tidak menguntungkan, sehinggalah akhir 1990-an dimana teknologi HDTV buat julung kalinya diperkenalkan di Amerika Syarikat oleh sekumpulan syarikat elektrik bergelar Perikatan Besar HDTV Digital (Digital HDTV Grand Alliance).

HDTV menghasilkan sekurang-kurangnya dua kali ganda peleraian linear televisyen definisi standard (SDTV), maka membolehkan lebih banyak perincian untuk dipaparkan berbanding televisyen analog atau DVD biasa.Tambahan pula, piawaian teknikal untuk penyiaran HDTV ini mampu mengendalikan paparan nisbah aspek 16:9 tanpa terpaksa mengalami letterboxing atau penegangan anarmorfik, maka meningkatkan lagi keberkesanan peleraian untuk kandungan yang sedemikian, ertinya paparan skrin akan menghasilkan ketajaman gambar, gerakan akan menjadi lancar, memberikan kesan warna yang cantik dan realistik juga mutu bunyian yang terbaik, dengan adanya kelebihan ini ianya membenarkan pelbagai perkakasan input lain untuk bekerjasama, contohnya seperti dari komponen video ke DVI atau HDMI.

jadual leraian hdtv

Jadual ini memaparkan jumlah leraian piksel mengufuk dan menegak melalui saiz petak.

Untuk menonton siaran HDTV, para penonton haruslah melakukan penaiktarafan tv mereka. Penambahan nisbah aspek yang baru akan menyebabkan kekeliruan pengguna jika paparan mereka dibolehkan satu atau lebih nisbah tetapi perlu beralih ke nisbah yang betul dan tepat oleh pengguna itu sendiri

2 thoughts on “apa itu HDTV

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *