matlamat pembangunan fizikal dalam Islam

By | August 8, 2012

Pembangunan dalam Islam mempunyai matlamat untuk membawa manusia ke arah hidup bertamadun, aman dan damai. Inilah manifestasi daripada ajaran Islam. Antara matlamat pembangunan fizikal dalam Islam tersebut adalah seperti berikut:

  1. Pembangunan Peribadi
    • Islam mengajar manusia ke arah membentuk watak dan sikap berdasarkan keagamaan dengan menjadikan Islam ‘satu cara hidup‘. Justeru, sekiranya seseorang yang benar-benar menghayati agama Islam, maka segala amalan yang dilakukannya tidak akan bercanggah dengan Islam. Dengan itu, pembangunan peribadi dapat meningkatkan lagi keupayaan manusia seterusnya boleh menyumbangkan tenaga dan buah fikiran yang bernas ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat, kerjaya dan terutamanya negara.
  2. Penghasilan Produk bermanfaat dan berguna
    • Produk berguna yang dimaksudkan ialah produk makanan dan benda-benda asasi lain seperti barangan keperluan harian. Sepekara yang paling dititikberatkan oleh Islam terhadap bahan-bahan keperluan ialah ia mesti mampu dibeli oleh orang miskin dan berpendapatan rendah. Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud : “(oleh itu) kekayaan ini janganlah hanya dikuasai oleh segelintir manusia…” (Surah Fussilat: 7)
  3. Peningkatan Kualiti Kehidupan
    • Islam mementingkan kesejahteraan sama ada dalam ekonomi, sosial mahupun politik. Kesejahteraan ini adalah gambaran kualiti kehidupan umat Islam. Kualiti kehidupan ini boleh dicapai dengan mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat, melaksanakan jaminan sosial kepada golongan kurang upaya dan pengagihan pendapatan yang adil dengan merapatkan jurang ketaksamaan dikalangan masyarakat.
  4. Pembagunan yang seimbang
    • Pembangunan yang ingin dilaksanakan haruslah seimbang tanpa bersyarat kepada sepadan (desa atau bandar), taraf hidup (miskin atau kaya) dan lain-lain. Tujuan supaya dapat mengelakkan ekonomi dualisme dan dapat mengeratkan perpaduan.
  5. Pembangunan Teknologi
    • Pembagunan teknologi juga sangat dititikberatkan dalam Islam. Teknologi yang dibangunkan itu mestilah bersesuaian denga persekitaran dan keperluan atau aspirasi negara Islam. Islam menggalakkan merekacipta, membaiki dan mengubahsuai teknologi yang ada kepada teknologi yang lebih canggih.
  6. Mengurangkan pergantungan dengan negara luar
    • Pergantungan dengan negara luar secara berlebihan boleh merugikan negara Islam. Oleh itu negara Islam perlu meningkatkan integrasi dengan dengan cara memperkuatkan ekonomi dan membebaskan diri daripada terus bergantung sepenuhnya kepada ekonomi yang dikuasai oleh Barat.

2 thoughts on “matlamat pembangunan fizikal dalam Islam

  1. wazy

    Artikel yang menarik,sejajar dengan teknologi yang semakin berkembang pesat ni,kita boleh amalkan matlamat-matlamat tersebut

    Reply
    1. hazlan Post author

      insya Allah, matlamat akan tercapai… mudah2an… amin

      Reply

Leave a Reply to hazlan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *