sifat eksekutif muslim

By | July 17, 2012

sifat eksekutif muslim

Kejayaan sesebuah organisasi, institusi mahupun negara, sangat bergantung rapat kepada barisan eksekutif atau pemimpin. Islam telah menggariskan beberapa panduan untuk menjadi seorang eksekutif atau pemimpin yang baik. Diantara sifat eksekutif muslim yang ada pada setiap diri atau pemimpin adalah:

  1. Amanah
    • Tugas dan tanggungjawab kepimpinan adalah amanah Allah yang perlu dipikul oleh seseorang yang dilantik. Seseorang pemimpin yang amanah dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin berpandukan ajaran Islam. Pemimpin yang beramanah tidak akan menggunakan statusnya sebagai ketua atau tujuan kepentingan diri dan menyalahgunakan kuasa dengan sewenangnya. Amanah dan tanggungjawab ini tidak akan terlaksana tanpa ada pemimpin yang berwibawa dan berkelayakan untuk memimpin. Memberi tugas kepimpinan kepada orang yang tidak layak akan memporak-perandakan sesuatu organisasi. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati manat-amanat yang diamanahkan kepadamu, sedang kamu mengatahui.” (Al-Anfal: 27)
  2. Ikhlas
    • Ketua atau pemimpin hendaklah melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya dengan hati yang ikhlas. Al-Quran sendiri mengajar supaya seseorang itu menjadikan pekerjaan yang dilakukan seperti ibadat dan penuh ikhlas. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Katakanlah lagi: ‘Hanya Allah saja yang aku sembah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agamaku’.” (Al-Zumar: 14)
  3. Bertanggungjawab
    • Seorang eksekutif yang baik haruslah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang keputusan atau tindakan yang diambilnya kerana dia akan dipertanggungjawabkan bukan sahaja di dunia malah di akhirat kelak. Firma Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan  sesungguhnay manusia itu hanya memperolehi apa yang diusahakannya, dan bahawa hasil usahanya itu kelak akan dilihatnya, kemudian diberikan kepadanya balasan yang cukup.” (Al-Najm: 39-41)
  4. Dedikasi
    • Eksekutif muslim juga perlulah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya denga penuh dedikasi. Komitmen dan kesungguhan dalam melaksanakan sesuatu tugasan atau tanggungjawab yang diberi akan menjadikan seseorang pemimpin itu lebih berkemahiran dan berkebolehan. Nabi sendiri ada mengatakan bahawa Allah sangat suka pada seseorang yang tekun dalam mengerjakan sesuatu pekerjaan sehingga dia mahir dalam sesuatu bidang itu.
  5. Bersyukur
    • Eksekutif muslim yang bersyukur akan selalu berusaha agar dirinya menjadi teladan yang baik bagi orang lain terutama mereka yang dipimpinnya. Dia juga akan melaksanakan setiap tanggungjawab dengan sepenuh hati. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepada-Nya.” (Al-Baqarah: 172)
  6. Wasatiyyah (Bersederhana)
    • Wasatiyyah atau sikap bersederhana merupakan salah satu daripada ajaran yang diterapkan oleh ajaran Islam kepasa umat Islam seluruhnya yang merangkumi segenap aspek kehidupan kita. Tidak terlalu melampau dan tidak pula terlalu mengambil mudah akan sesuatu perkara atau urusan. Sebagai seorang eksekutif, setiap keputusan atau tindakan haruslah berpandukan pada asas kesederhanaan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Allah menghendaki untuk kamu kemudahan dan tidak menginginkan kesukaran…” (Al-Baqarah: 185)
  7. Istiqamah
    • Nabi s.a.w mengajar umatnya agar istiqamah dalam melakukan sebarang pekerjaan. Allah menyukai orang yang rajin dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Pemimpin yang istiqamah dalam melaksanakan tanggungjawab akan menjadikan dirinya seorang ketua yang mahir dan berkebolehan.
  8. Disiplin
    • Disiplin adalah suatu sistem tatacara mengurus diri yang betul dan pasti menatijahkan kejayaan dalam setiap urusan dan tindakan. Oleh itu, disiplin menjadi jurupandu untuk seseorang memperoleh kejayaan dalam kehidupan. Eksekutif muslim yang berdisiplin dapat merancang masa dengan bijak dan mengurus cita-cita yang jelas dan berupaya menterjemahkan matlamat yang ingin dicapai dengan perancangan yang teliti. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang di jalan-Nya (untuk membela agama-Nya) dalam barisan yang teratur bagaikan sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” (Al-saff: 4)
  9. Bersih
    • Kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman. Setiap tugas atau tanggungjawab yang dilakukan akan berjalan lancar sekiranya seseorang itu ikhlas dan bersih bermaksud bersih dari amalan penyalahgunaan kuasa dan amalan rasuah. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Tidak sama sesuatu yang buruk dengan yang baik walaupun mengkagumkan engkau banyaknya yang buruk, maka bertaqwalah kepada Allah, wahai orang yang mempunyai akal fikiran supaya kamu mencapai kejayaan.” (Surah Al-Maaidah: 100)
  10. Adil
    • Kepimpinan dan pentadbiran Islam adalah berdasarkan konsep dan prinsip keadilan yang sangat sesuai dengan fitrah. Nilai-nilai keadilan Islam ini bukan hanya dinikmati oleh orang Islam sahaja, bahkan bukan Islam. Oleh itu, seseorang yang dilantik sebagai pemimpin atau eksekutif hendaklah menjalankan tanggungjawab dengan penuh keadilan tanpa mengira agama dan bangsa. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Jika mereka (orang yahudi) datang kepadamu (untuk meminta putusan) maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka, atau berpalinglah daripada mereka… Dan jika kamu memutuskan perkara mereka maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka dengan adil, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil.” (Surah Al-Maaidah: 42)
  11. Bekerjasama
    • Islam sangat menggalakkan umatnya bekerjasama dan saling bantu membantu dalam setiap urusan dan pekerjaan. Ini kerana setiap tugasanatau bebanan akan menjadi ringan dan mudah dilaksanakan sekiranya dilakukan secara berkumpulan berbanding kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam membuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.” (Al-Maaidah: 2)

2 thoughts on “sifat eksekutif muslim

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *