Cara mengatasi perasaan gemuruh

By | July 1, 2012

Cara mengatasi perasaan gemuruh adalah bermula dengan:

1.  Lakukan pernafasan sehingga 30 kali iaitu pastikan nafas yang disedut hingga ke pusat dan tahan selama 7 saat dan hembuskannya semula. Untuk memastikan nafas disedut secara mendalam, cuba gunakan tangan kanan dan pegang dibahagian dada dan tangan kiri di bahagian pusat. jika kedua-dua tangan terasa bergerak, maka kita telahpun berjaya melakukannya.

2.  Persediaan dan latihan amat diperlukan. Jika kita takut untuk berucap atau menghadiri sesi temuduga persediaan apa sahaja isi atau bahan yang berkenaan perlulah dibuat. kemudian, kita boleh berlatih berseorangan di hadapan cermin. Pastikan kita tersenyum apabila berhadapan dengan penemuduga ataupun khalayak ramai. Jangan terlalu memikirkan mereka, hanya memberikan tumpuan pada diri sendiri dan mewujudkan sangkaan negatif pada diri kita.

Sebenarnya mereka lebih berminat supaya kita dapat menyampaikan secara yang baik ikut kemampuan kita. Berapa banyak masa yang kita perlu gunakan untuk bersedia? Peraturan yang utama ialah gunakan seberapa masa yang diberi. Jika kita diberi masa 2 bulan, jangan tunggu sehingga minggu terakhir. Jika kita diberi semalaman, sama juga, lakukanlah yang terbaik!

3. Rasa gemuruh makin dilawan akan menerima kesannya. Jadi kita perlu terima dalam keadaan tenang kerana ini cara anggota kita untuk berinteraksi supaya kita mampu lakukannya yang terbaik . Anggapkan rasa gemuruh sebagai ‘kawan’ dan bukannya musuh kita. Dengan cara ini kita akan lebih memudahkan untuk mengawal perasaan tersebut.

4.  Sematkan perkataan positif dalam diri kita bahawa kita yakin kita pasti dapat melakukannya. Lakukan berulang-ulang dengan penuh emosi dan percayakan diri sendiri.

5. Hubungan mata adalah memainkan peranan amat penting dalam mempengaruhi tingkat keyakinan kita. Elakkan dari bercakap dengan keadaan yang menunduk dan juga tiada hubungan mata.

6. Berwuduk dan berselawat
Air dapat menyejukkan perasaan. Insya’Allah jika kita niatkan didalam hati perkara yang baik mesti kita dibantu olehNYA. Perbanyakanlah berselawat dan beristigfar. Tanamkan niat supaya tidak gemuruh semasa melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan perasaan gemuruh.

7. Motivasikan diri sendiri
Belajar mendisplinkan diri, motivasikan diri, yakinkan diri sendiri dalam melakukan sesuatu perkara. Belajar jadi orang yang berfikiran positif. Jangan sentiasa melihat kelemahan diri, malah lihat juga kelebihan diri sendiri.

8. Gambaran minda secara berulan kali perlu dilakukan supaya kita menyampaikan mesej kepada minda bawah sedar. Bayangkan kita dapat melakukan perkara yang kita takuti dengan jayanya. Kita dapat laksanakan secara hebat dan orang lain berasa kagum pada kita. Kesannya apabila kita melakukan pada masa sebenar, kesan secara otomatis akan berlaku tanpa kita sedari.

9. Teknik doa adalah paling berkesan seperti:

Doa Nabi Musa AS:


Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku;

(Surah Taha : 25 -27 )

10. Katakan pada diri kita bahawa apa sahaja yang kita lakukan dan walaupun apa sahaja kesilapan kita bersedia untuk menanggungnya atau reda menerimanya. Cara ini menjadikan minda kita tidak tertekan dan rasa santai yang menyebabkan kita boleh melakukan dengan lebih baik.

11. Cuba hipnosis. Hipnosis ialah keadaan separa sedar yang membuatkan seseorang akan tenang (fizikal dan mental) hingga membolehkan dia membuat perubahan kelakuan seperti dikehendakinya. Kaedah hipnosis telah diiktiraf sebagai sebahagian rawatan alternatif untuk membantu pesakit menyelesaikan masalah pada diri mereka sendiri. Kaedah ini bukan bertujuan mengambil alih rawatan moden, sebaliknya melengkapkan kaedah rawatan sedia ada bagi kebaikan pesakit.

menghilangkan perasaan gemuruh

Ia sebagai rawatan alternatif asalkan mereka yakin dan percaya dengan cara yang dipilih. Yang paling penting kaedah hipnoterapi tidak menggunakan sebarang ubatan dan tiada kesan sampingan. Kesan hipnoterapi ini juga berbeza antara individu. Ada yang memerlukan hanya lima jam untuk menampakkan keberkesanan, bergantung kepada tahap ketenangan masing-masing.

Hipnosis juga boleh dilakukan sendiri dengan berbaring di katil dan rehatkan semua otot serta lapangkan fikiran. Kaedah hipnosis sendiri ini jika diamalkan selama 21 hari boleh membantu memupuk sifat positif, keyakinan dan keupayaan diri. Apabila mahir, ia boleh dilakukan di mana saja, termasuk ketika menunggu kenderaan awam supaya kita sentiasa tenang.

5 thoughts on “Cara mengatasi perasaan gemuruh

  1. Rina

    Akhir2 ini saya serinng uring2an dan tidak bisa tidur malam dengan mudah seperti biasa karena adanya masalah pada pekerjaan saya
    terima kasih, postingannya sangat bermanfaat 🙂

    Reply

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *