perasaan gemuruh jejaskan penampilan

By | April 9, 2012

perasaan gemuruhKerisauan melampau mampu mengundang ketidakstabilan sistem peredaran darah menyebabkan seseorang itu  mudah mengalami masalah darah gemuruh. Darah gemuruh boleh berlaku terhadap semua peringkat umur dan sering terjadi kepada seseorang yang tidak dapat menahan ketakutan atau keinginan untuk melakukan sesuatu.

Kebiasaanya, darah gemuruh boleh dirasakan dengan debaran yang kuat di bahagian jantung.  Kebanyakan mengalami situasi begini terdiri golongan yang sering dilanda perasaan takut dengan sesuatu seperti menghadiri temuduga, menduduki ujian, menyertai pertandingan, temujanji dan sebagainya.

Darah gemuruh adalah perasaan yang tidak dapat dikwal oleh minda dan ada juga berpeluh-peluh menahan debaran gemuruh di dada. Sekiranya tidak dikawal atau dibendung ia boleh menyebabkan pelbagai risiko seperti:

  • Pitam
  • Sawan
  • Tekanan darah tinggi
  • Murung

Seseorang yang terlalu membiarkan perasaan gemuruh juga akan menyebabkan pertuturan dan pergerakan kelihatan kaku serta gementar sekaligus perasaan gemuruh jejaskan penampilan diri seseorang.

Bahkan, kebanyakan orang yang mengalami perasaan gemuruh, sering mengalihkan perhatian agar tidak mengganggu fikiran. Mereka berpendapat, dengan cara ini dapat mengurangi perasaan gemuruh. Bagaimanapun, hal sedemikian tidak mampu melenyapkan terus perasaan gemuruh.

Oleh itu, jika tidak ditangani dengan baik berkemungkinan ia mampu menjadikan seseorang itu sentiasa bersikap rendah diri, berfikiran negatif, mengalami tekanan perasaan hingga membaw masalah emosi tidak stabil seperti kemurungan, kesedihan dan panas baran.

Persedian dalam sebarang kemungkinan perlu ada dalam mengawal keadaan setiap yang dilakukan agar apa pun terjadi dapat diterima dengan tenang dan redha. Sekurang-kurangnya dengan cara begini dapat menghilangkan rasa gemuruh walaupun ia sukar dilakukan. Dengan persoalan yang tiada jawapanlah yang banyak mendatangkan kegemuruhan kerana tiada daya untuk mengawal emosi. Justeru itu, kita haruslah berlapang dada dan menerima sebarang risiko dalam sesuatu kehidupan.  Insya Allah akan datang aku sambung bagaimana cara untuk mengatasi masalah perasaan  gemuruh.

12 thoughts on “perasaan gemuruh jejaskan penampilan

    1. hazlan Post author

      tak normal pulak rasanya kalau tak ada perasaan gemuruh tu kan… huhuhu

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhuhu.. cam gemuruh dengan awek jer ni bro… huhuhu gurau2

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… kena lalui banyak kali baru boleh kurangkan perasaan tu rasanya…

      Reply
  1. eims

    Jangan fikir banyak pasal sesuatu perkara tu & “just do it” 😉

    ataupun..

    pepatah ni pun buleh dikaitkan juga
    “alah bisa tegal biasa” 🙂

    Reply
  2. AyieBlog

    Assalamualaikum, yeep perasaan gemurah tidak boleh lari, jika kita selalu berhadapan dengan orang ramai, masih ada juga perasaan gemuroh itu, seperti saya sendiri kali pertama dj di salah sebuat radio online, kali pertama berdj agak gemuruh,bila dah lama and biasa dengan suanasa berdj, maka hilang sedikit gemuruhnya .. :).

    Reply
    1. hazlan Post author

      normal tu ayie… setiap manusia mesti ada rasa gemuruh… barulah mencabar yer tak? huhuhuhu

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *