personaliti kerjaya

By | February 28, 2012

Pengukuran personaliti kerjaya? Bagaimana ianya ditentukan?
personaliti kerjaya
1. Kesenian (Artistic)

Mereka yang berada di kelompok ini memiliki kebolehan kesenian, sangat kreatif dan berinovasi. Juga mempunyai kebolehan intusi dimana suka bekerja di dalam situasi tidak atau kurang berstruktur. Dalam ertika “bebas” kerana tidak minat dan tidak suka bekerja di dalam keadaan yang rutin atau berulang-ulang. Sentiasa menggunakan daya imiginasi dan daya kreativiti.

2. Konvensional / Kelaziman (Conventional)

Suka bekerja dengan data dan nombor. Mereka ini mempunyai kemahiran dalam bidang perkeranian serta mempunyai kebolehan dam kemahiran dalam menggunakan nombor dan melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur dan mengikut arahan.

3. Berdaya Usaha (Enterprising)

Mereka ini amat suka dan minat bekerja dan berinteraksi sesama manusia. Berminat dalam mempengaruhi, mengarah, memimpin dan menguruskan orang lain juga mahir dalam memanipulasi. Namun matlamatnya adalah bagi mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi.

4. Siasatan (Investigative)

Mereka ini biasanya amat berminat dengan pemerhatian, mempelajari, menyelidik, menganalisa, menilai dan menyelesaikan masalah melalui penyelidikan serta berkamahiran dalam bidang saintifik dan matematik serta meminati kerjaya-kerjaya bercorak teknikal.

5. Realistik (Realistic)

Berkemahiran dalam athletic dan mekanikal. Mereka ini suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Juga berminat bekerja di dalam situasi out door berbanding di dalam pejabat.

6. Sosial (Social)

Mereka ini juga suka bekerja dan beinteraksi sesama manusia. Suka memberitahu, menolong, melatih, memperkembang, mengubati dan membuat kerja-kerja kebajikan untuk orang lain. Berkemahiran menggunakan tutur kata serta mahir dalam komunikasi dan mempunyai matlamat, terutamanya adalah membuat kebajikan.

14 thoughts on “personaliti kerjaya

  1. akubiomed

    Saya mungkin boleh cadangkan bakal graduan yang ingin mencari kerja membuat ujian personalti dengan mengunakan Carl Jung untuk mengenali pekerjaan yang sesuai untuk diri mereka disamping mengenal kekuatan dan kelemahan diri.

    Reply
    1. hazlan Post author

      cadangan yang baik ni bro… aku pun tak pernah nak mencuba carl jung nie…

      Reply
      1. Denaihati

        memang elok dpt buat ujian mcm ni, dpt tahu kelebihan n kelemahan. kelemahan yg mungkin boleh dibaiki. bila dah kerja 1~2thn n dirasakan kerja memang xsesuai, jgn tunggu lama2 utk bertukar kerja/bidang.

        Reply
        1. hazlan Post author

          banyak yang buat cam gitu… aku pun masa muda2 dulu biasa gak tukar2 kerjaya nie…

          Reply
    1. hazlan Post author

      cam aku gak dah tua2 ni pun baru nak belajar bab cam gini

      Reply
  2. MR.Z

    bagus, antara kriteria yang patut diambil kira dan nilai diri sendiri sebelum memasuki bidang kerjaya 🙂

    Reply
  3. hafidz

    kadang, ramai yang konflik tentang personaliti sendiri dalam mencari kerjaya yang sesuai. bila dah dapat tawaran berkerja baru sedar sudah tersalah pilih kerjaya. fuh~

    Reply
  4. wazy

    Dah laam tak buat ujian personaliti,kalau tak silap 5 tahun lepas ada lalui ujian ni

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu.. tentu menarik resultnya tu bro… walaupun dah lama…

      Reply

Leave a Reply to MR.Z Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *