Sains Botani

By | February 26, 2012

Sains Botani

Botani dirujuk mengenai sebuah kajian berbentuk saintifik mengenai tumbuhan yang meliputi tumbuhan biasa, algea, fungus, lumut, ‘mosses’, paku pakis, konifer (conifers) dan tumbuh-tumbuhan berbunga. Adakah korang tahu bahawa sains botani merangkumi bidang yang sangat luas dan dapat dipecahkan kepada lebih daripada 17 cabang sains yang berlainan? Saintis botani ini kerap dirujuk sebagai ahli biologi tumbuhan.

Sebagai contoh, kajian spesis-spesis yang dijalankan oleh ahli-ahli botani yang berminat dengan struktur ekologi, mengkaji interaksi tumbuhan dengan organisma-organisma tertentu dan juga alam sekitar.

Antara bidang kajian ahli botani ini adalah:

  • Mengkaji spesis-spesis baru dan juga menjalankan uji kaji untuk mengkaji bagaimana tumbuh-tumbuhan itu tumbuh dalam keadaan berbeza.
  • Ada juga yang menggunakan mikroskop untuk memperincikan kajian struktur-struktur sesuatu tumbuhan
  • Ada sebagai pengkaji hanya kepada struktur tumbuhan-tumbuhan dengan melakukan kerja lapangan hanya dengan tumpuan kepada corak pertumbuhan sesuatu tumbuhan.
  • Ada yang menjalankan sesebuah kajian itu dan menukar bahan kimia yang mudah kepada bahan kimia kompleks semata-mata untuk menentukan bagaimana sifat sesuatu tumbuhan itu.
  • Mengkaji bagaimana informasi genetik dalam DNA mengawal perkembangan sesuatu tumbuhan.

Kajian-kajian yang mereka lakukan adalah sangat penting kepada manusia sejagat, antaranya adalah kerana ia dapat meningkatkan dan membaiki bekalan perubatan, makanan, fiber, bahan-bahan binaan dan sebagainya daripada hasil tumbuhan. Maka dengan itu peranan ahli botani ini terlalu penting dalam memberi sumber maklumat tentang bagaimana pengekalan dan pemuliharaan hutan, taman dan persekitaran boleh dilakukan.

Antara pengkhususan dalam bidang Sains Botani:

  1. Anatomi – Ia berkaitan tentang struktur mikroskopik tumbuhan (sel dan tisu).
  2. Biokimia – Ianya meliputi pelbagai aspek pemprosesan kimia dalam kehidupan tumbuhan.Termasuklah penghasilan kimia oleh tumbuhan (phytochemistry).
  3.  Biofizik – Pengaplikasian fizik kepada proses hidup tumbuhan.
  4. Sitologi (Cytology) – Struktur, Fungsi dan sejarah hayat sel tumbuhan.
  5. Ekologi – Adalah antara perhubungan tumbuhan dengan persekitaran baik secara individu ataupun berkelompok.
  6. Genetik – Variasi dan asal usulnya tumbuhan itu. Pengkajian gen dan fungsinya dalam tumbuhan dilakukan oleh ahli genetik.
  7. Biologi Molikuler – Pengkajian fungsi dan struktur biologi molikul makro, termasuk biokimia dan aspek molikul sesuatu genetik.
  8. Morfologi (Morphology) – Pembetukan makroskopik tumbuhan. Kajian evolusi dan perkembagan daun, akar dan batang dilakukan oleh ahli morfologi.
  9. Fisiologi – Kajian tentang fungsi dan pemprosesan utama tumbuhan. Sebagai contoh,Fotosintesis dan zat galian adalah subjek yang antaranya dikaji.
  10. Paleobotani – Mangkaji berkenaan biologi dan evolusi fosil tumbuhan.
  11. Ekologi Sistem – Model yang digunakan adalah berbentuk matematik bagi menjelaskan konsep tertentu seperti kitaran zat makanan.

Antara pengkhususan bidang Sains Botani dalam bidang organisma:

  1. Briologi – Mengkaji berkenaan lumut dan juga tumbuhan yang seumpamanya. Aspek identifikasi, klasifikasi dan ekologi turut dikaji.
  2. Lichenology – Bilogi lichens adalah organisma yang terdiri daripada fungus dan alga.
  3. Mikologi (Mycology) – Biologi fungus. Fungus sebenarnya mempunyai kesan yang besar terhadap dunia kita. Ia penting dalam biosfera, ianya dapat membantu mengitar semula bahan organik mati. Malah ada beberapa fungus yang penting kerana menjadi pengeluar utama kepada hasil biologi seperti vitamin dan antibiotik.
  4. Mikrobiologi – Kajian mengenai organisma mikro. pengkhususan dalam bidang organisma di lakukan oleh Ahli organisma mikro sepertimana ahli mikrobiologi yang mengkaji bakteria.
  5. Pteridology – Mengkaji mengenai paku pakis dan tumbuhan seumpamanya. Ahli pteridologi mengkaji semua aspek biologi paku pakis.
  6. Phycology – Kajian mengenai algae, adalah merupakan asas rantaian makanan dalam persekitaran ekuatik. Juga dikenali sebagai ahli botani marin.

Antara ahli botani Islam yang terkenal adalah:

  1. Abu Hanifah Ahmad ibn Dawud Dinawari ataupun dikenali sebagai al-Dinawari (828–896) rujuk: al-Dinawari
  2. Ibn al-Baytar al-Malqi, Diya Al-Din Abu Muhammad ‘Abdllah Ibn Ahmad juga dikenali sebagai al-Baytar (1248) sila rujuk: al-Baytar
  3. Abu Abbas Ahmad Ibn Muhammad Ibn Mufarraj di kenali sebagai al-Nabati (1165-6 atau sekitar 1171-72) boleh rujuk: al-Nabati

9 thoughts on “Sains Botani

    1. hazlan Post author

      huhuhu… entah kenapa tak reti aku nak buat pendek2 gamaknya…

      Reply
  1. botanist

    bangga ada jugak yg promote ilmu botani.
    tak ramai yang tahu betapa pentingnya ilmu botani ni.
    saintis botani.itulah kami. 🙂

    Reply
    1. hazlan Post author

      aku juga peminat ilmu botani… belaja tak la… cuma banyak membaca jer… kalau boleh kongsi2 ilmu kat aku…

      Reply
  2. Anna leen

    Nice..sy minat gilerr dgn tumbuhan..rela lgi deal dgn tumbuhan dri dgn mnusia..hehe..klw ada apa2 lg tlg share3

    Reply
  3. haikal

    assalam sye nak tau berale pendaoatan bulanan seorang ahli botani ni yee??

    Reply

Leave a Reply to botanist Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *