Inovasi dalam kepimpinan

By | January 30, 2012

Kepimpinan berperanan kearah pencetusan inovasi adalah penting. Inovasi dalam kepimpinan yang di cetuskan ini perlu mempunyai latihan, pengalaman, pendedahan dan pengatahuan yang luas untuk mengurus sesebuah organisasi dengan baik.

Selain memberi dorongan dan komitmen kepada pekerja dalam menghasilkan kreativiti dan inovasi dengan menghantar mereka ke seminar-seminar atau latihan yang diperlukan, kepimpinan haruslah merangka strategi yang berkesan untuk membawa perubahan dinamik dan menjadikan organisasi itu kreatif dan inovatif. Ketandusan kreativiti dan inovasi dalam sesebuah organisasi boleh dilihat sebagai punca utama kelemahan sesebuah organisasi dalam menghadapi perubahan dan cabaran inovasi.

Di antara perubahan-perubahan inovasi yang dapat dilihat dalam kehidupan manusia ketika ini adalah inovasi teknologi dan inovasi pengatahuan.

Kejayaan perkembangan organisasi banyak bergantung kepimpinan yang bersifat kreatif dan inovatif kerana itu pemimpin perlu berpandangan jauh, pemikiran terbuka, serta sedia mendengar pandangan orang lain.

Mereka juga perlu mempunyai sifat-sifat yang berwibawa dalam mencorakkan pelbagai pembaharuan dalam organisasi. Dengan ciri-ciri tersebut, mereka boleh memberi dorongan dalam meningkatkan kualiti produk dan kualiti intelektual. Pemimpin sesebuah organisasi juga hendaklah berkeupayaan untuk memotivasikan pekerja serta mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap mereka yang ada dalam organisasi.

6 thoughts on “Inovasi dalam kepimpinan

  1. akubiomed

    Didalam pembentangan bajet 2012 ada disebut mengenai invovatif. Bagi saya ia adalah bagus supaya melahirkan masyarakat yang mampu mencipta sesuatu yang inovatif.

    Reply
    1. hazlan Post author

      biasanya modal sahaja yang menjadi penghalang dengan daya kreatif ni… modal oh modal….

      Reply
  2. tehr

    aku suka dengan kepimpinan tempat kerja sekarang
    sentiasa ada kerjasama dan sikap mahu terus belajar

    Reply
    1. hazlan Post author

      seronok betul bila dengar ada semangat bekerjasama di tempat kerja…

      Reply
  3. Amirez

    kecewa sikit dengan kepimpinan tempat kerja sebelum ni. arahan tak teratur dan keliru. ketua syarikat pun tak dapat dijadikan model seorang pemimpin

    Reply
    1. hazlan Post author

      biasanya sebilangan pemimpin yang tak pernah dari bawah cam gitu… kalau salah maafkan aku… tertekan betul kalau suasana kerja cam gitu…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *