Setelah WordPress 3.0 “Thelonious” di lepaskan sehingga ke versi wordpress 3.0.5 kini telah muncul WordPress 3.1-“Reinhardt” yang terbaru. Seperti tradisi kebiasaan wordpress dengan mengambil nama2 pemain2 muzik jazz dan versi wordpress yang terbaru ini mereka mengambil nama Reinhardt adalah sempena menghormati gitaris jazz yang bernama Django Reinhardt. Untuk mengenali sejarah wordpress sila lihat di sini: Sejarah WordPress.

Keluaran yang terbaru ini di sertakan ciri2 mudah guna supaya gerak kerja menjadi lebih pantas. Seperti pengguna wordpress.com panel bar di sebelah atas akan tertera walaupun pengguna berada di muka hadapan web page. Ia akan tertera apabila pengguna telah login  ke akaunnya. Antara yang di sediakan di panel ini adalah edit profile, dashbord, add new post dan page, widget, menus dan shortlink.

Khas untuk penggemar2 worpress yang di kategorikan sebagai pemaju2 laman web,  wordpress memberikan sokongan baru iaitu Format Post yang membuatkannya menjadi mudah bagi pembinaan tema seperti membuat tumblelogs portabel dengan gaya yang berbeza2 dengan kepelbagaian jenis bentuk untuk setiap artikel/posting. CMS terbaru ini juga berkemampuan seperti penyesuaian laman arkib untuk kepelbagaian jenis kandungan, mempunyai rangkaian terbaru bahagian Admin,  sistem import dan eksport juga telah dibaiki, berkemampuan untuk melakukan rangkaian taksonomi yang lebih maju. Themes twentyten defaultnya juga telah diberi penambahan dan twentyten versi 1.2  adalah yang terkini.

Django Reinhardt

 

Dengan keluaran versi 3.1, WordPress kini lebih merupakan kepada CMS sebenar daripada versi yang sebelumnya. Lebih daripada 180 orang yang membantu dengan pembangunan WordPress versi 3.1 selama ini. Tahniah worpress kerana sentiasa diminati dan telah maju setapak lagi kehadapan.

Tagged with:
 
About The Author

hazlan

Blog ini ditulis kebanyakannya adalah perkongsian berkenaan Teknologi Maklumat, Networking, Software, Hardware, Web Development, Graphic Designer, Programming, Kreativiti, Motivasi dan Inovasi. Biasanya aku praktikkannya dahulu baru aku publishkan di sini untuk perkongsian. Janganlah segan silu atau teragak – agak untuk mengeluarkan apa sahaja pendapat, buah fikiran dan idea masing2. Terima kasih banyak2 atas segala keperihatinan dan sokongan selama ini.

37 Responses to WordPress 3.1-“Reinhardt”

  1. Affan says:

    wah, siap ada nama lagi, dah macam versi linux pulak. hehe.

    ada invitation lebih tak untuk hellobar? hehe.
    kalau ada, roger ye.
    haritu mohdisa ada offer, tapi tolak sebab tak rasa nak pakai. skg tgk ramai yg pakai, nak try jugak hehe
    Affan´s last [type] ..Oh Tidak! Laman Oh Artis digodam!

  2. antudegil says:

    wordpress 3.1 ni belum official lunch kan? kalau dah lunch for sure dekat panel admin aku dah keluar popup untuk upgrade wordpress.

    Entri Terkini : Fakta Berkenaan Sperma Yang Perlu Kamu Ketahui

  3. antudegil says:

    ok done. baru je upgrade pop-up aku dekat admin panel bgtau suruh upgrade wordpress aku.
    antudegil´s last [type] ..10 Manusia Terkenal Yang Sebenarnya Tidak Pernah Wujud

  4. Baru jer nak cari info pasal ni, laju benor upgradenya wordpress ni, terima kasih bro.
    Tak sempat nak update lagi ni, tenet slow tahap gaban…. :(
    Sabahan Bloggers Club´s last [type] ..Mark Zuckerberg- Creator of Facebook

  5. wah inovasi WP tidak pernah berhenti ya. membaca artikel WordPress 3.1-“Reinhardt”
    dari hairilhazlan.com ini. jadi kepingin belajar WP.hehe anda ini provokator ulung..thnks ya dah di share
    tips wisata murah´s last [type] ..Konser Justin Bieber Belum Jelas Nasibnya wisata Musik

  6. Baru upgrade pagi nie.Terperanjat gak bila kuar bar tue.Ingatkan plugin dari firefox rupanya kesan dari upgrade WP. Nice.
    Kamal Mustafa´s last [type] ..Tawaran Pendidikan Sepanjang Hayat- Siapa Nak Join

  7. baru tahu pagi tadi. dan terus update. malas tunggu2. ;)

  8. Ridhuan says:

    Da try ke bro? aku masih teragak2 lagi.. tgk review hg dulu..
    Ridhuan´s last [type] ..Confirmed! MyBlogLog Will Be Discontinued

    • hazlan says:

      dah upgrade pun… tak ada masalah setakat ni….

      • Ridhuan says:

        Lama x update or adjust theme ni.. yang aku pakai skarang ni made during WP 2.X. Harap2 tak kacau format theme or functionality.

        • hazlan says:

          oh… themes jarang nak buat hal, cuma biasanya plugin je… huhuhu lama bertahan themes bro tu… aku just layan twenty ten je… kalau ada updating pun dah ada yang menguruskan… setakat ni belum lagi nak layan themes lain lagi… akan datang tak tau laa…

  9. Kujie says:

    selepas baca review beberapa blogger baru upgrade
    oklah…cantik juga – mcm biasa ada yg suka ada yg tak suka
    selagi tak ganggu mood berblogging..ok je :D
    Kujie´s last [type] ..Pasang Dan Guna

  10. zik says:

    tak upgrade lagi, blog lain boleh, sebab tak banyak plugin, … malam nie kot…kena manual… isk2…
    zik´s last [type] ..Kartun Malaysia-Belajar rajin-rajin lepas nie nak masuk mana

  11. akubiomed says:

    Dashboard WordPress sudah beri notis untuk upgrade tapi risau juga plugin nanti ada masalah

  12. wazy says:

    Terbaik la versi 3.1 ni
    smooth je
    dan banyak perubahan yang ketara
    wazy´s last [type] ..Cara Menaip Keyboard Menggunakan 10 Jari

  13. fikryn says:

    Untuk format post tu kita boleh guna cuma kena manually install dlm functions.php.
    fikryn´s last [type] ..Konsisten – Faktor SEO Yang Dilupakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge