contoh resume kreatif

By | October 26, 2011

Mencari pekerjaan adalah satu kemestian terutama sekali untuk golongan lepasan graduan malah bukan mereka sahaja, bagi golongan2 yang sudah bekerja juga sentiasa mencari peluang2 kerja yang baru. Namun adakah korang berani untuk membuat resume yang lain daripada kebiasaan? Terutama sekali merekabentuk resume agar kelihatan lebih menarik. Lihat contoh resume dibawah:

Untuk pelbagai contoh resume di atas aku tidaklah pasti adakah syarikat2 di Malaysia akan menerima bentuk resume seperti yang di tunjukkan. Tapi sekiranya ingin mencuba tidak salah rasanya. Apapun resume kreatif dan  cantik sahaja tidak cukup malah perlulah ianya ditulis dengan baik juga. Sekiranya diterima itu adalah satu kelebihan dan selepas itu mungkin boleh merujuk pula panduan bagaimana untuk menghadapi temuduga.

34 thoughts on “contoh resume kreatif

      1. Persada

        yang sepatutnya di KIV, jadi di tongsampahkan.. 😀
        Ps : Tapi kalau masa aku jadi penemuduga dulu, memang aku ambil budak macam ni untuk kerja sebab menunjukan ciri ciri di luar kotak

        Reply
        1. hazlan Post author

          rasanya aku akan panggil budak2 yang buat resume macam gini dan tengok sejauh mana kekreatifan derang ni… kalau boleh digunapakai memang aku akan ambik… huhuhuhu

          Reply
    1. hazlan Post author

      tak tau la kalau kat malaysia ni… untuk yang berkaitan dengan grafik mungkin jugak kot…. tapi boleh la kalau nak try… huhuhuhu

      Reply
    1. hazlan Post author

      aku pun tak cuba lagi buat resume macam ni… lagi2 kat Malaysia…. tapi kalau nak cuba apa salahnya….

      Reply
    1. hazlan Post author

      rasanya macam nak try je….. hahahaha… silap2 dalam bakul sampah pulak nanti…

      Reply
  1. dnoBiz

    Risau lak aku tengok resume tu… takut masuk tong sampah je.., tapi kalau nak apply dgan syarikat designer ok kot

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul jugak tu… kalau mintak kerja akaun sah2 dalam tong sampah.. lagi2 HR… hahahaha

      Reply
  2. zik

    kalaulah ada company … ok jer terima tengok kreatif resume macam nih.. yerla.. asik format yang biasa2 jer.. boring jugak kan… hurm…

    Reply
    1. hazlan Post author

      kalau aku pun akan terima sesiapa yang bagi resume macam gini… yang penting kebolehan kerja paling utama…

      Reply
    1. hazlan Post author

      kabar baik cik suri… huhuhu… nak buat macam gini pun agaknya kena sebulan baru nak siap…

      Reply
  3. suri

    kreatif mmg kompom dpt ni klu kena pada pada pengalaman dan kemahiran keje sure dpt keje hiii

    Reply
  4. Pejuang Kesenian Extreme

    Kalau aku jadi bos dan budak yang aku interview itu cukup syarat,memang aku ambil dia bekerja kalau dia hantar resume mcm ni..Sebab apa,dari segi ini dia dah tunjukkan keberanian untuk menanggung risiko (dari segi risiko penerimaan resume tu,entah aku sebagai penginterview terima atau tidak).

    Dia dah tunjukkan kekreatifan dia disamping keberanian..Soalan biasa yang akan aku tanya ialah..
    “awak buat sendiri ke resume ni?” heheh…

    Apapun,kena ambil kira juga faktor cara pembacaannya..Jangan la komplikated sangat sampai berpusing-pusing kepala nak baca..Relax2 sudah mcm gambar tengah2 utk baris yg pertama tu..hehe

    Apapun,kalau berkesempatan,memang aku buat juga resume macam ni..Serius smart dan lain daripada yg lain..

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul juga tu bro… sikap berani menanggung risiko kekadang memang diperlukan dalam syarikat2 … walaupun sekadar resume boleh memberikan banyak gambaran yang pelbagai…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *