hendak seribu daya

By | September 8, 2011

Adakah salah jika kita mempunyai cita2 untuk menjadi orang yang kaya atau bergelar jutawan? Kerdilkah minda kita seolah-olah tidak ada lagi harapan untuk menjadi seorang yang kaya dan rata2nya kebanyakan orang akan berkata:

  • Tak mahu jadi jutawan, takut nanti jadi lupa daratan.
  • Risau dan bimbang, nanti pegawai Hasil Dalam Negeri kejar.
  • Tak mungkin jadi realiti, sedangkan kerja pun makan gaji, nak sara anak, isteri, nak bayar orang gaji, nak bayar bil yang banyak dan macam2 lagi.
  • Tak mungkin akan jadi jutawan, umur pun dah singkat, dah terlambat pun.
  • Cukuplah dengan apa yang ada, sekarang pun dah selesa, bersederhana sahajalah.
  • Cuma nak bebas dari hutang piutang, tapi masih lagi gali lubang tutup lubang.
  • Biarlah miskin harta tapi kaya jiwa.
  • Apalah guna jadi jutawan kalau kena tunggu 20 sampai 30 tahun? Nilai mata wang  masa itu pun dah berubah.
  • … dan macam2lah lagi

Itulah antara ragam manusia. Namun bagi aku tidaklah salah untuk kita bercita-cita menjadi kaya asalkan niat memperolehinya itu benar dan halal. Sekiranya takut lupa diri bertarbiahlah hati agar menjadi OKB (orang kaya bertakwa) tinggi akhlak dan budi pekerti, rendah hati dan gemar memberi. Ingatlah kerana ramai manusia menderita yang memerlukan bantuan. Ramai golongan yang sangat2 memerlukan bantuan, baik di dalam negara sendiri mahupun di negara luar. Jika tidak ada orang yang kaya, siapakah yang boleh membantu mereka?

Pelik sebenarnya benar!

Di dalam tak nak menjadi kaya pun masih ramai orang yang tertipu dengan skim cepat kaya yang menjanjikan macam2 jenis keuntungan, tapi entah kemana dan pelbagai lagi jenis penipuan baik di internet ataupun secara realiti. Juga masih ramai orang yang mengamalkan amalan syirik “tarik duit!“, sampai borgolak bergadai diri sendiri dibuatnya.. kalau dihitung memang banyak lagi hendak aku sebut… Macam2 lah manusia zaman sekarang ni… menakutkan betul…

Allah tidak melarang kita mencari kenikmatan hidup di dunia. Malah di dalam surah al – Jumuah ayat 10 Allah s.w.t berfirman bermaksud:

“Apabila telah ditunaikan sembahyang, maka beteraburlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung”

“Dan carilah apa yang telah di anugerahkan Allah kepadamu (kebahagian) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu (kenikmatan) di duniawi dan berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu membuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerosakan” al – Qasas ayat 77.

34 thoughts on “hendak seribu daya

  1. zool

    Betul tu..tak salah untuk mencuba jadi jutawan. lebih baik mencuba dari duduk terdiam seribu bahasa.. hhehe

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu.. diam2 tu takut pikir lain lak macam nak terjun lombong ke… ish2 kalau boleh elak2kanlah… nauzubillah

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… harap2 semua rakan2 dapatlah jadi Orang Kaya Bertaqwa ni.. insya Allah

      Reply
  2. suri

    salam
    jalan msh banyak kita je yg nak pilih jln singkat atau jln pjng..

    fikir sblum bt sesuatu klu tak masa depan kita gelap..

    Reply
  3. zik

    nak kaya juga.. tapi dengan keupayaan dan 4 tulang kerat dan juga kepala otak , bersama rakan2 yang sudi membantu… insyallah

    Reply
    1. hazlan Post author

      penting juga ada sahabat dan networking2 lain.. sendiri boleh tapi rasanya keupayaan memang benar2 terhad…

      Reply
  4. Juan

    x kira, aku nak jadi kaya juga, cuma berharap agar Allah mengingatkan aku gara x menjadi manusia yg lalai

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul 3X.. harap2 kita jgn jadi bakhil sudahlah kalau dah kaya nanti….

      Reply
  5. azmi

    susah2 dahulu sng2 kemudian..
    kmdian harie kjyn dtg..
    pasti rse bahagia kerana pengorbanan yg kita korbankan..
    hehe

    Reply
  6. amirulfaiz

    Setuju, memang tak salah bercita-cita begitu. Lebih baik lagi, jika bertaqwa, memang ramailah yang akan mendapat manfaatnya.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *