keperluan kesihatan mental seorang dewasa

By | August 15, 2011

Baik lelaki ataupun seorang perempuan untuk mencapai keperluan kesihatan mental seorang dewasa haruslah:

  1. Perlu mempunyai kemesraan yang melibatkan memberi juga menerima cinta, kasih sayang dan dimiliki.
  2. Perlu memulakan sebuah keluarga bagi memikul peranan dan tanggungjawab keibubapaan dimana mereka akan rasa selamat dan gembira apabila bersama.
  3. Perlunya menetapkan sasaran yang munasabah. Ianya perlu bagi insan dewasa hidup dengan mengikut keupayaan diri dan mencuba yang terbaik dalam kerjaya mereka dalam apa sahaja yang mereka lakukan dengan mengambil kira kekuatan dan kelemahan mereka.
  4. Perlunya memikul tanggungjawab sosial dan sivik bagi merasakan mereka adalah sebahagian dari masyarakat.
  5. Ada harga diri yang melibatkan sanjungan yang diperolehi daripada diri sendiri atau orang lain. Bagi seorang yang dewasa ia memerlukan hubungan stabil, teguh, rasa hormat diri yang tinggi dan dihormati oleh orang lain. Jika keperluan ini dipenuhi seorang dewasa akan memperolehi keyakinan diri dan rasa berguna sebagai seorang insan.
  6. Perlu mempunyai kesempurnaan kendiri, kerana sebagai motivasi untuk mengembangkan sepenuhnya potensi insan. Seseorang itu perlu berusaha untuk mencapai keupayaan diri, hati nurani dan kebijaksanaan yang tinggi. Mereka harus dan perlu mencapai juga mengambil peluang untuk memenuhi impian mereka.

Jadi apabila kita melihat seseorang rakan, keluarga, saudara-mara, suami atau isteri juga sesiapa sahaja yang kita kenali atau tidak, dimana setiap mereka berpotensi melakukan sesuatu yang kemungkinan membuatkan kita senang atau sebaliknya dengan keperluan yang tertulis diatas, ini adalah kerana mereka seorang dewasa dan diperingkat menjadi dewasa yang kadangkala mereka sendiri tidak menyedarinya. Adakah kita akan menyokong atau sebaliknya…? Bagaimana pula dengan diri kita sendiri? Siapa yang akan melihat, menilai dan menyokong diri kita?

27 thoughts on “keperluan kesihatan mental seorang dewasa

  1. lazaac

    tanggungjawab sivik tu paling susah nak dijumpai dalam masyarakat skrg… majoriti masyarakat walaupun org dewasa semakin lalai dan tidak seberapa peka dengan masyarakat sekeliling dan lebih mementingkan diri sendiri berbanding masyarakat sekeliling…

    Reply
    1. hazlan Post author

      mungkin dalam 100 orang cuma 5 sahaja yang ada kesedaran sivik tu…

      Reply
  2. dnoBiz

    Terbaik Man..
    Namaun dalam keadaan kehidupan yang semakin mencabar sekarang, nampaknya makin ramai yang ketepikan kesedaran tu

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu… apapun marilah kita saling memberi ingatan dan kesedaran sesama insan… terpulanglah bagaimana penerimaannya…

      Reply
  3. Muhaimin

    Keadaan hari ini telah menyebabkan sebilangan manusia tidak mengendahkan perkara-perkara asas di atas. :c

    Reply
    1. hazlan Post author

      keadaan makin sibuk … masa makin terhad… mungkin tak sempat untuk berfikir…

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… jadi sihat walafiat… kena pulak bulan ramadhan ni…

      Reply
  4. Fahmi

    orang zaman sekarang ramai yg mementingkan diri sendiri…walaupun bukan semua…

    erm, aku pun tgh belajar nk bergaul dgn masyarakat… bila kat universiti boleh bergaul dgn orang… tapi bila balik bcuti kat rumah… masih tak boleh nk bergaul dgn jiran… rasa janggal lak…

    Reply
    1. hazlan Post author

      pernah juga jadi macam tu kat aku…. kena gagahkan juga datang karumah jiran.. paling tidak bulan puasa ni hantar sikit kuih… huhuhu

      Reply
  5. zulkbo

    salam..
    realiti ramai sangat mengalami
    tekanan jiwa membawa ke arah
    sakit mental sekarang ini..
    tekanan tempat kerja contohnya,
    bila balik rumah kerap marah2
    adehh..simpati

    Reply
    1. hazlan Post author

      kalau kat bandar ni masa dihabiskan kat jalanraya pasal sesak.. itu pun antara satu punca tekanan jiwa…

      Reply
  6. Miss Tira

    Untuk mengekalkan kesihatan mental juga perlu menjaga apa yang kita makan. Apa yang kita makan akan mencorakkan kesihatan akal dan hati kita. 🙂

    Reply
    1. hazlan Post author

      setuju tu miss tira, apa yang kita makan adalah darah dan daging… yang sentiasa beredar di dalam tubuh…

      Reply
  7. Amirez

    walaupun dah bergelar seorang dewasa tapi ramai lagi yang tak ada kesedaran sivik. kadang2 yang remaja atau kanak-kanak lebih sivik daripada yang dewasa. fizikal je dewasa, tapi fikiran masih lagi tak matang

    Reply
    1. hazlan Post author

      contohnya orang dewasa yang berlumba2 tak nak puasa dan budak kecik berlumba-lumba mengejar puasa penuh…. Subhanallah

      Reply
    1. hazlan Post author

      salam ramadhan juga suri… lama juga tak menyinggah blog suri… syukur keluarga sihat sejahtera… harap2 berkekalan insya Allah…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *