4 sistem pengoperasian alternatif

By | July 29, 2011

Kebanyakan kita mungkin sudah pun mengenali sistem pengoperasian seperti Windows, Linux dan Unix. Namun adakah kita pernah mengenali sistem pengoperasian yang lain seperti yang tertera di bawah ini:

1. AmigaOS

  • Beroperasi pada pc tertentu dan telefon bimbit Motorola 68k sejak dibangunkan pada tahun 1985.
  • Versi terkini AmigaOS 4.1.
  • Bersesuaian untuk peminat permainan komputer.
  • Sistem pengoperasian ini adalah berbayar.
  • Laman web: www.hyperion-entertainment.biz

2. Haiku

  • Asal daripada openBeOs yang dibangunkan pada tahun 2001.
  • Versi terkini Haiku R1 Alpha 3.
  • Pembangunan perisian dalam bentuk C++ berorentasikan API.
  • Perisian sumber terbuka dan ianya percuma.
  • Laman web: www.haiku-os.org

3. ReactOS

  • Dibangunkan pada 1996 yang dipimpin oleh Jason Filby.
  • Versi terkini ReactOS 0.3.13 Alpha.
  • Klon daripada sistem pengoperasian Windows 95, Windows NT version 5 dan Windows 2000.
  • Serasi dengan perisian2 Windows yang lain.
  • Pembangunan perisian dalam C dan C++.
  • Perisian sumber terbuka boleh digunakan oleh sesiapa kerana ianya percuma.
  • Laman Web: www.reactos.org

4. Syllable

  • Dibangunkan pada Julai 2002 yang asalnya adalah daripada sistem pengoperasian AtheOs.
  • Versi terkini Syllable 0.6.6.
  • Hampir kepada Linux dan Unix kerana banyak menggunakan Portable Operating System for Unix (POSIX).
  • Percuma kerana ia adalah perisian sumber terbuka.
  • Laman Web: web.syllable.org

18 thoughts on “4 sistem pengoperasian alternatif

  1. Jai

    Setakat ni aku pernah guna XP ngan 7 je, yang lain2 tu mmg aku x pernah guna.. Bukan kata guna, bahkan dengar pun x pernah lagi…he3

    Reply
    1. hazlan Post author

      hahahaha… operating sistem jugak dia tu… huhhuhu selamat berpuasa juga bro…

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu…kat umah aku ni pun campur2… xp,7 dan linux belasah jer semuanya… tahun depan windows 8 pula dikatakan akan keluar….

      Reply
  2. Fahmi Raazali

    mmg aku tak penah dgr nama2 OS ni… yg aku tahu… windows dgn linux…. yg linux tu tahu… ada ubuntu… je… yg lain… xingat… dan tak tahu…

    bila guna ubuntu… buntu juga kepala dibuatnya… πŸ˜€

    Reply
    1. hazlan Post author

      satu lagi unix yang digunakan oleh apple sebagai macOs…. huhuhu… memang ada yang buntu juga bila guna linux… namun linux sekarang dah semakin mudah berbanding dulu.

      Reply
  3. Nine

    syllable tu smart….skrg dah boleh Ubuntu..nak cari Hdd untuk Fedora dulu…seronok guna OS open source nih..GUI cantik dari windows…

    Reply
    1. hazlan Post author

      memang open os semakin menarik… anak aku pun dok layan fedora…. huhuhuhu

      Reply
  4. aktechpage.com

    huh.. post ni sgt menarik… pertama kali aku baru tau ada OS-OS spt di atas…bole cuba guna ni…

    Sepanjang pengalaman guna OS, hanya guna OS Win ME, XP, Vista & 7 sahaja…
    dan juga Win Server 2003 … dan juga CentOS (skrg)..

    Reply
  5. Mrs.Ayie

    Assalamualaikum.

    Bertambah lagi pengetahuan. Sebelum ni tahu windows je. Linux tu dengar nama je lah hehe.

    *selamat menjalani bulan Ramadhan yang penuh berkat πŸ™‚

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *