pengesahan sumber bahan halal

By | July 21, 2011

Sebelum ini pernah aku tuliskan mengenai faktor utama halal dan haram sesuatu makanan di dalam tajuk status halal dan haram dalam ramuan makanan namun cara bagaimana pula pihak2 yang berwajib seperti JAKIM sendiri mengesahkan sumber bahan itu adalah halal?

Pengesahan adalah pembuktian dimana sesuatu produk itu disahkan benar2 halal. Untuk membuktikannya ada pelbagai cara dan diantaranya adalah:

  • Kekerapan lawatan oleh pihak berkuasa ke kilang pengeluar bagi memastikan segala aspek halal yang telah ditetapkan yang bermula dari bahan mentah, penyimpanan bahan, kawasan pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan produk serta perkhidmatan penghantaran yang digunakan dipatuhi secara berterusan.
  • Penganalisisan bahan bagi menjamin intergriti yang akan menjamin keputusan hasil yang dilakukan adalah perlu bagi sesebuah makmal yang menjalankan analisis halal dan telah mendapat sijil pengitirafan ISO 17025 serta menggunakan kaedah analisis yang juga sudah mendapat pengitirafan ISO 17025.

Antara syarat2 ketat yang bersesuaian kaedah analisis:

  1. Keupayaan penganalisis yang melakukan analisis.
  2. Pembangunan kaedah pensampelan yang sesuai untuk mengelakkan kontaminasi dari sumber luar.
  3. Pembangunan kaedah penyediaan sampel sebelum proses pengesanannya.
  4. Memastikan keberkesanan kaedah yang digunakan sama selepas dilakukan ulangan analisis (repeatability).
  5. Memastikan keberkesanan kaedah sama untuk analisis ke atas sampel yang berbeza jenisnya (robustness).
  6. Memastikan keberkesanan kaedah alatan yang digunakan untuk menghasilkan keputusan yang sama selepas dilakukan ulangan analisis.
  7. Memastikan ketepatan pengiraan dari kaedah yang dibangunkan (accuracy).
  8. …dan pelbagai syarat2 tambahan yang lain.

28 thoughts on “pengesahan sumber bahan halal

  1. ohcikgu

    emm..tapi rasanya..banyak kedai jakim kena pergi..lagipun..cukup ke kaki tangan diorang tu? larat ke nak monitor satu malaysia nih..

    Reply
    1. hazlan Post author

      menurut pihak JAKIM semasa aku mengikuti kursus halal hub dari JAKIM sendiri memang ada kakitangan yang sentiasa memantau seminggu sekali atau memantau secara mengejut ke perusahaan2 hanya yang sudah mendaftar dan mempunyai kelulusan halal …Perusahaan2 harus sentiasa mengikuti peraturan2 agar tidak ditarik balik sijil HALAL itu tadi…. yang tiada sijil halal sokongan pengguna untuk memberitahu maklumat adalah sangat2 penting untuk diambil tindakan… Allahualam.. p/s: aku bukan pekerja JAKIM… huhuhhu

      Reply
    2. akubiomed

      Betulkan saya kalau salah. Biasanya saya lihat penguatkuasaan hanya jika aduan. Bukan senang hendak pantau semua pengusaha makanan yang mempunyai sijil halal

      Reply
      1. hazlan Post author

        sepengatahuan aku memang betullah tu… dengan aduan juga dapat dilihat sebagai pemantauan berkesan… belambak syarikat dalam Malaysia ni.. ada yang berdaftar dan tak berdaftar kalau nak jenguk satu2 memang pengsan tu…. menurut JAKIM pemantauan yang berturutan adalah syarikat2 yang telah menerima sijil halal. Kalau ada orang JAKIM terbaca harap perbetulkan kalau2 ada yang tersilap dalam ruangan ini… aku terima maklumat hanya menerusi kursus Halal Hub daripada JAKIM sahaja, bukan pekerja JAKIM.

        Reply
  2. hafizmd

    pengesahan sumber halal mmg penting…

    penguatkuasaan juga satu benda yg kadang2 byk pihak yg terlepas pandang…

    p/s – cantiknya lab tuh…lab mana? 😀

    Reply
  3. fiezaradzi

    mmg penting pun lawatan tu, esp lawatan mengejut.. sbb byk sgt kes skg ni yg libatkan halal haram ni.. yg dpt sijil halal mmg senang utk buat pemeriksaan, tapi yg tak dapat sijil halal, tapi mengaku halal..itu yg susah tu..

    Reply
    1. hazlan Post author

      yang tak dapat atau saja2 letak halal pada produk tu la yang hendak kita cari….

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhuhu.. tu tak tau laaa aku…harap2 telus la derang ni… lebih2 lagi untuk usahawan2 bumiputera ni

      Reply
  4. Jai

    Baguslah kalau diorg buat camni.. Bkan apa, rasanya ada lagi kes makanan x halal yang disorokkan dari pengetahuan umum..

    Reply
    1. hazlan Post author

      kalau ternampak atau tertau… boleh terus report kat JAKIM…

      Reply
  5. tehr

    harap2 jakim sentiasa dapat peruntukan yang cukup untuk menjalankan tugas yang diamanahkan
    kalau boleh tambah pegawai yang berwibawa, lagi baik

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu yang berwibawa dan bertanggungjawab…

      Reply
  6. titan

    hoho..penguatkuasa jakim ni ada ambil part time tak? aku nak apply. Nak belajar sket-sket pasal jakim ni. haha..

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu.. tak taulah… kalau ada part time kat JAKIM tu rasanya aku pun nak juga…

      Reply
  7. Mrs.Ayie

    Selain mengharapkan pemantauan dan pengkuatkuasaan daripada Jakim, orang ramai pun kena mainkan peranan juga.

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu, antara nadi penggerak keberkesanan penguatkuasaan

      Reply
  8. zik

    penting , sebab benda nih yang akan jadi darah daging kita. kalau tak siapa yang nak tanggung dosa nih???

    Reply
    1. hazlan Post author

      rasanya.mereka2 yang bertanggungjawab akan menjawab… sebaik2nya elak2kan walaupun was2..

      Reply
  9. maza

    bagi maza, JAKIM harus meningkatkan jumlah sumber manusianya sejajar dgn perkembangan ekonomi yg memerlukan kepantasan dlm membuat keputusan..

    Bidang penguatkuasaan juga harus dipertingkatkan. Jgn sampai ada yg org munafi yg memang pun bersekongkol menipu umat Islam bulat2..

    apa yg menjadi rungutan sekarang ialah kekurangan pegawai membuat pemeriksaan dan penguatkuasaan. Akhirnya kebolosan yg mudah ke atas barangan non-halan menyeberangi barangan halal disbbkan kekurangan tenaga kerja… huhh

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu bro… namun untuk mencari org yang telus dalam menjalankan tugas memang agak sukar rasanya…… cuma doakan agar mereka ini akan menjalankan tugas yang terbaik… lagipun teknologi yang pesat juga ramai yang boleh mencetak logo2 ni dengan suka hatinya…

      Reply
  10. wazy

    ok jugak tu kalau buat pemeriksaan mengejut supaya tiada lagi kes jual benda tidak halal di mana-mana premis perniagaan dan perusahaan terutama yang menjual makanan.

    Reply
    1. hazlan Post author

      cuma pemeriksaan itu untuk yang mendaftar dan memiliki sijil halal… agar penggunaan sijil yang diberikan tidak disalah gunakan…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *