Semak kelajuan internet

By | July 18, 2011

Adakah internet korang sudah cukup laju? Sebenarnya ia bergantung dengan banyak perkara termasuk penyelenggaraan komputer, perkhidmatan internet yang digunakan atau cara ketika menggunakan komputer.

Sebelum ini aku pernah kongsikan bagaimana untuk melajukan internet yang lembab. Sila rujuk informasi tersebut terlebih dahulu untuk memahami lebih lanjut dengan apa yang akan aku tuliskan selepas ini. Namun adakah ianya benar2 seperti yang kita harapkan? Mungkin juga ada perkhidmatan yang lebih baik lagi yang boleh kita gunakan. Caranya adalah menyemak samada ip DNS yang kita gunakan itu tidak menghampakan.

1. Untuk menyemaknya aku gunakan perisian portable yang ringkas tapi tangkas, iaitu Namebench. Penetapan pada nameserver diatas adalah secara auto di mana aku gunakan dns daripada google untuk komputer dan streamyx untuk modem.

Di bawah ini adalah hasil aku menggunakan perisian namebench.

2. Dengan menekan start Benchmark perisian ini akan menyemak dan menilai dengan sendirinya. Tunggu sehingga selesai. Harap maklum kemungkinan besar tahap kelajuan internet korang akan perlahan ketika ini. Kelebihannya perisian ini adalah ianya dapat mengesan pelbagai DNS server mengikut negara.

3. Selesai. Paparan keputusan penilaian akan keluar dengan sendirinya selepas ini.

4. Inilah keputusannya. Dns server daripada google adalah yang terpantas. Lihat keputusan graf dibawah.

Penilaian Namebench berbentuk teks

Penilaian Namebench berbentuk graf

Jika dilihat aku menggunakan DNS dari google untuk penetapan pada komputer peribadi namun penetapan pada DNS router aku adalah daripada DNS COMODO, ianya membantu untuk meningkatkan tahap keselamatan. Sebelum ini aku menggunakan DNS daripada Open DNS dan google untuk  penetapan pada router (modem dan router aku berasingan) namun ianya agak perlahan.

Muat turun  perisian Namebench: DNS Tester (36 KB: Windows, Mac dan Linux)

Bagaimana untuk mengubah ip DNS? Korang boleh menyemaknya di sini: Lajukan internet yang lembab, atau untuk yang kurang arif, dan ingin mengaktifkan penetapan DNS ini dengan satu klik  gunakanlah perisian DNS Jumper.

Muat Turun DNS Jumper (Windows 7,Window Vista dan Window XP)

Senarai antara pembekal2 DNS server percuma yang boleh diguna pakai:

Pembekal DNS  IP
 Google  8.8.8.8 , 8.8.4.4
Open DNS  208.67.222.222 , 208.67.220.220
 Norton  198.153.192.1 , 198.153.194.1
DNS Advantage  156.154.70.1 , 156.154.71.1
 Comodo  156.154.70.22 , 156.154.71.22
DNS Resolvers  205.210.42.205 , 64.68.200.200

p/s: Lepas ni nak try guna Unifi pulak rasanya…

31 thoughts on “Semak kelajuan internet

  1. wisata murah

    pengenalan produk Namebench dan cara pemakaian untuk kelajuan net ini baru saya dapat dari artikel yang diterbitkan “Inovasi, Motivasi dan Teknologi”

    jujur saja waktu yang saya butuhkan untuk load membuka blog ini tadi cukup memakan waktu.. terima kasih sudah berbagi

    Reply
    1. hazlan Post author

      tu la tu tapi nak upgrade seminggu tak derk internet bak kata pihak telekom

      Reply
  2. Chipcoklat

    wah Bagus ni.. baru ni chip ade tukar DNS chip ni guna Google punya DNS.. mmg laju pun.. lg satu kalo guna DNS google ni.. suma website yang SKMM block, suma bleh masuk.. hehehe.. chip men download dari megaupload senang jek..hehehe

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu.. cuba2lah tukar dengan dns tu kot2 boleh

      Reply
  3. wazy

    Masalah kelajuan bagi pengguan streamyx saban hari semakin mendukacitakan,huhu kalau ada rezeki nak upgarde pakej atau tukar terus ke unifi

    Reply
    1. hazlan Post author

      bila unifi dah ada… biasalah marketing strategi bagi orang berpindah ke situ… tapi setakat ni streamyx aku belum lagi menduka citakan…

      Reply
  4. titan

    so far, bagi aku. laju la line streamyx aku ni. selagi leh download cerita korea 200 mb dalam masa sejam..laju la tu maknanya..

    Reply
    1. hazlan Post author

      leh tahan juga laju tu bro… huhuhu lama tul aku tak layan cerita korea ni…

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhuhu… sila2 tak der hal tu…. sama2 bro

      Reply
    1. hazlan Post author

      mungkin tengah buat mentenen berperingkat kot tu….

      Reply
  5. sayacomel

    selagi leh tulis blog, upload gambar sikit-sikit..leh baca blog orang lain..dah cukup bagi saya. kang laju sangat..tak tahu apa nak baca dahh..

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhhuhuu… aku pulak telajak melayan game online satu aper pun tak jadi….

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhuhu… jempol untuk di jeboli sih… huhuhu

      Reply
    1. hazlan Post author

      terbaik…. dan mudah.. cepat dan tangkas… memang amat membantu kan…

      Reply
    1. hazlan Post author

      mumet mendapatkan ilmu tak mengapa… terima kasih menyinggah

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *