Budaya keusahawanan

By | July 8, 2011

Seorang usahawan adalah seseorang yang berjaya menjalankan sesuatu perniagaan. Mereka ini mempunyai kebolehan untuk melihat peluang yang wujud dan membangunkan peluang itu menjadi suatu perniagaan yang mendatangkan keuntungan. Seorang usahawan dikatakan berani mengambil risiko tetapi bukanlah secara mendadak dan membabi buta, disebaliknya setelah diteliti dengan cermat dan menggunakan segala pengalaman dan kemahiran yang ada padanya. Suatu ciri perwatakan yang penting mesti ada pada seseorang usahawan ialah sikap kesungguhan untuk  berjaya.

Perdebatan samada seorang usahawan itu dilahirkan dengan mempunyai ciri2 keusahawanan atau ciri2 itu adalah sesuatu yang boleh dipelajari masih lagi berterusan. Tetapi pandangan secara konsesus ialah beberapa ciri keusahawanan diperolehi oleh seseorang melalui beberapa proses seperti cara seseorang dididik oleh keluarga, berinteraksi dengan kumpulan rakan, alam persekolahan pembelajaran formal, jenis subjek yang dipelajari dan alam sekeliling di dalam sesebuah masyarakat. Faktor lain yang juga menjadi penyumbang kepada seseorang untuk menceburi bidang perniagaan ialah boleh dikatakan sebagai “faktor mendorong”  (push factor), dimana sebabnya kerana kesusahan bagi seseorang itu mendapat pekerjaan misalnya telah mendorong ia untuk mencuba membuat sesuatu perniagaan dalam satu bidang yang mana ia mempunyai kemahiran atau yang difikirkan mudah dan senang diceburi.

Beberapa ciri atau sifat yang dikaitkan dengan seseorang usahawan ialah:

  • Berani mengambil risiko.
  • Memahami tentang perniagaannya dan pelanggannya.
  • Tidak takut mengalami kegagalan, tidak senang berputus asa.
  • Sentiasa mencari dan pandai mengenalpasti peluang perniagaan baru.
  • Kesungguhan untuk berusaha secara terus menerus tanpa jemu.
  • Self Motivator” iaitu sentiasa mendorong diri sendiri untuk melakukan sesuatu.
  • Pandai merancang kehadapan.
  • Pandai menghadapi keadaan yang tidak dijangka (uncertainly).
  • Kreatif dan inovatif.
  • Tidak pemalu.
  • Cekap berkomunikasi.
  • Rajin bekerja.
  • Cekap membina jaringan (networking).
  • Mempunyai visi dan pandangan jauh.
  • Cekap dan cepat membuat keputusan.

14 thoughts on “Budaya keusahawanan

  1. izwannizam

    salam,menarik artikel ni dan sesuai sangatlah dengan saya.hehe insyaallah dalam proses nak kumpul kekuatan untuk berbisnes suatu hari nanti.buat masa ni ,boleh guna tips kat atas untuk blog saya 😀

    Reply
    1. hazlan Post author

      waalaikumsalam… pasangkan kekuatan, tak salah letakkan angan2 insya Allah ianya akan menjadi kenyataan.. mudah2an akan terus maju dan berjaya… tak derk hal bro kalau nak guna tips ni… sila2…

      Reply
      1. izwannizam

        saya pun memang ambik bidang perakaunan..memang ada belajar semua ni tapi bagus jugak ada tips mcm ni.sumber idea baru 😀

        Reply
        1. hazlan Post author

          huhuhu… mudah2an bermanfaat kelak… Insya Allah

          Reply
  2. Justaway

    nice post..susah gak nak jadi usahawan..saya pun tengah try2 cari income semampu boleh..payahhhhhh..hohoho..lawat2 la blog saya kalau boleh beri la pendapat atau cadangan..

    Reply
    1. hazlan Post author

      sikit2 lama2 jadi bukit… berusaha dan terus berusaha jgn mudah mengalah..

      Reply
  3. Fahmi Raazali

    erm nak jadi usahawan bukan senang… nak membentuk sikap utk menjadi seorang usahawan pun bukan senang…. tapi ia boleh dilakukan dengan usaha… 🙂

    kat U belajar pasal keusahawanan nie… ikut test yg diberikan… aku kurang ciri2 seorang usahawan 😀

    Reply
    1. hazlan Post author

      untuk belajar jd usahawan kena bercampur dengan usahawan…baru ada jiwa usahawan… harap maaf ianya hanya sekadar pendapat…

      Reply
  4. wazy

    Ilmu keusahawanan ni merupakan tajuk yang paling saya minati sejak berada di sekolah menengah,paling penting dalam dunia keusahawanan adalah saling mencuba benda baru dan tidak mudah putus asa.

    Reply

Leave a Reply to Fahmi Raazali Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *