memasang Drupal 7

By | July 7, 2011

Sudah lama rasanya tidak mengenengahkan beberapa tutorial terutamanya dalam pemasangan sistem2 untuk membina sesebuah website ataupun blog. Hari ini aku ingin kongsikan langkah bagaimana memasang drupal secara manual. Hosting yang aku gunakan untuk pemasangan drupal ini adalah menggunakan sistem pelayan Direct Admin. Mari kita mulakannya…

1. Seperti biasa korang harus masuk ke panel Direct Admin. Sekiranya ingin memasang drupal sebagai subdomain, korang benalah satu subdomain dengan klik pada Subdomain Management. Sila rujuk gambar di atas. Subdomain di Direct Admin akan terpapar seperti ini : http://subdomain.namadomain.domain untuk paparan http://namadomain.domain/subdomain boleh dilakukan di dalam FTP dengan membina satu folder baru dan namakannya sebagai subdomain.

2. Bina satu database dengan klik pada MySQL Management kemudian klik Create new Database. Letakkan nama database, nama user database dan kata laluan database. Korang perlu ingat atau salin dengan apa yang telah dibina tadi.

3. Dengan menggunakan FTP,  masuk kedalam sistem pelayan dan korang boleh lihat dimana satu folder subdomain telah terbina. Jangan lupa delete fail index.html di dalam folder tadi.

4. Pergi ke laman web drupal.org dan muat turun aplikasi drupal ini lalu ekstrak ke dalam sistem komputer korang. Untuk tutorial ini aku menggunakan versi terkini Drupal 7.4.

5. Dengan menggunakan FTP klik pada folder Drupal 7.4 tadi, ambil kesemua fail dan uploadkan kedalam folder subdomain yang dibina tadi. Ataupun korang boleh tarik sahaja kesemua fail menggunakan mouse (tetikus) masuk kedalam folder subdomain.

6. Setelah selesai mengupload ke hosting. Melalui FTP korang cari folder default didalam folder sites lalu setkan permission folder default tadi kepada 777. Rujuk gambar di atas untuk lebih memahami.

7. Masih di dalam folder default, korang perlu mencari fail default.setting.php. Apa yang perlu korang lakukan adalah duplicate (bena satu lagi) fail default.setting.php dan rename fail itu menjadi setting.php sahaja, lalu setkan permission kepada 777.

8. Sekarang pergi ke browser korang dan pergi ke lokasi sebenarnya dengan menaip contoh: http://subdomain.namadomain.domain atau http://namadomain.domain/subdomain. Paparan seperti gambar di atas akan keluar.

9. Cuma klik save and continue…

10. Sekiranya semua berjalan lancar. Paparan akan terus pada set up database. Isikan sepertimana langkah ke-2 di atas tadi. Namun jika ada kesilapan, pemasangan ini akan berhenti pada verify requirement disitu ia akan memberitahu apakah kesalahan dan apakah yang perlu korang lakukan.

11. Proses pemasangan seterusnya biarlah Drupal lakukan sendiri hanya dengan beberapa saat sahaja.

12. Kemudian paparan seperti di atas akan keluar dan korang perlulah mengisinya sebagai admin untuk ke panel sebenar drupal.

13. Tahniah korang telah berjaya memasang drupal 7. Klik pada visit you new site

14. Inilah paparan hadapan dan admin Drupal 7.

15. Klik pada add content dan kemudian create article. Tulislah apa yang korang mahukan dan publish. Disini aku gunakan lorem ipsum versi bahasa melayu sahaja.

16. Paparan akan menjadi seperti di atas tanpa login sebagai admin. Selamat mencuba dan semoga berjaya memasang drupal 7.

p/s: Permission pada folder default dan setting.php perlu diubah semula ke 755. Juga harus diingat, ada pihak hosting yang tidak memberikan kebenaran menggunakan drupal7,  seperti yang berlaku pada aku sebelum ini. Sila rujuk : projek drupal 7 terbantut

29 thoughts on “memasang Drupal 7

    1. hazlan Post author

      huhuhu.. nanti sesekali nak try belasah drupal ok gak tu…

      Reply
  1. catzer

    dulu aku rajin gak godek2 drupal ni..tp dah malas sbb dah pening dengan wordpress..cukup lah dulu..ahahahah

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… setakat ni dalam tatakerja aku suka drupal dari joomla (tak bererti joomla tak bagus).. tapi lebih suka wordpress dari drupal… poning tetap ado jugak

      Reply
  2. hanif

    salam bro..pernah try gak drupal ni..tapi kejap je…sebab x paham snagt…harap bro boleh bnyakkan tutorial berkaitan drupal ni..

    Reply
    1. hazlan Post author

      secara ringkasnya yang boleh aku katakan drupal mempunyai ciri2 asas sama seperti kebanyakan CMS termasuk pendaftaran dan penyelenggaraan akaun pengguna, RSS feeds, susunan yang boleh diubah, access control yang fleksibel, log sistem, forum dan lain-lain. ertikata semua dalam satu dan tahap keselamatan yang tinggi. try la godek2..

      Reply
  3. zik

    wah pakai direct admin..nak cuba jugak nih… untuk subdomain… nak try2 jer…

    Reply
    1. hazlan Post author

      try jgn tak try godek2.. je… silap2 wordpress akan jd drupal pulak nanti… huhuhu…

      Reply
  4. Affan

    menarik, antara cms lain aku nak belajar skg adalah drupal dan joomla. tapi maybe nak try kat localhost lah dulu hehe

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu bro… cpanel sebenarnya lebih mudah… tutorial ni dalam direct admin, yang dikenali sebagai pemasangan aplikasi secara manual sahaja… manapun sebenarnya sama jer lebih kurang

      Reply
    1. hazlan Post author

      sekadar untuk tahu apa salahnya… aku pun selesa dengan wordpress…

      Reply
  5. wazy

    Terima kasih untuk tutorial ni bro
    kalau ada customer nak guna Drupal,saya boleh rujuk kat sini nanti

    Reply
  6. fendidahada

    terbaek la bro..share tutorial.
    aku ada buat project drupal baru baru ni. semua tuk project subject.
    easy to use..nice untuk sape2 yang gemar CMS

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *