Selamat menyambut hari pekerja 2011

By | May 3, 2011

Walaupun sudah berlalu beberapa hari yang lepas namun di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat Hari Pekerja untuk semua rakan2 dan para pengunjung blog aku ini. Hari Pekerja, Hari  Buruh atau juga dikenali sebagai Hari Pekerja Antarabangsa  secara umumnya ramai yang telah mengatahuinya dan akan mula disambut secara serentak di seluruh dunia pada setiap 1hb Mei.  Asas dan tujuan sambutan hari pekerja ini adalah salah satu tanda bagi memperingati berkenaan kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan para pekerja.

Di Malaysia tema hari pekerja tahun ini adalah “Pekerja Merealisasi Tranformasi Negara”. Satu perhimpunan hari pekerja akan diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 7 Mei 2011 dan akan di sempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Tan Seri Dato’ Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin.

Infografi ringkas sejarah awal tentang bermulanya hari pekerja:

  1. 1856 tercetus di Negara Australia. Di anjurkan oleh golongan pekerja sendiri yang pada awalnya di sambut pada 21hb April.
  2. 5hb September 1882, Perarakan hari buruh pertama di adakan bagi memperingati pencapaian dan sumbangan tenaga pekerja.
  3. 1 Mei 1886, keputusan diambil sebagai hari berhenti bekerja antarabangsa.
  4. 1887, Perdana Menteri  Amerika Syarikat pada masa itu, Grover Cleveland memilih pada hari isnin pertama pada bulan September sebagai tarikh hari pekerja atau hari buruh kerana kebimbangannya pada para pekerja akan memperingati rusuhan pekerja pada 4hb Mei 1886.
  5. 1889 di Eropah Perluahan paling kuat dan keputusan telah diambil untuk berdemontrasi pada 1hb Mei 1890 dan di sertai seramai 250 ribu orang pekerja seluruh Negara.
  6. 1hb Mei 1972, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman bekas Timbalan Perdana Menteri pada masa itu telah mengumumkan pengistiharan Hari Pekerja di Malaysia.

Info ringkas berkenaan hari pekerja pernah juga aku tulis sebelum ini: Selamat menyambut Hari Pekerja. Dorongan dan semangat perjuangan untuk mendapatkan waktu bekerja yang lebih adil dan menentang penindasan juga tekanan dari para majikan adalah daripada usaha gigih dan perjuangan para proletariat Negara pada masa lalu. 

Pada golongan majikan dan yang akan menjadi majikan marilah kita hayati semangat dan perjuangan sebenar golongan pekerja. Tanpa insan yang bergelar pekerja, bagaimanakah untuk menggerakkan ekonomi dan menjayakan keuntungan sesebuah syarikat? Tanamkanlah sifat  bertanggungjawab, bekerjasama, prihatin, timbang rasa pada semua pekerja baik yang lama ataupun yang baru. Jauhkan sifat kroni, ambil mudah, pijak kepala, ambil kesempatan dan macam2 lagi sifat yang tidak elok. . Tidak mustahil segalanya akan tersadai dan terkubur begitu sahaja. Majikan yang baik adalah contoh buat semua pekerja. Selamat Menyambut Hari Pekerja Untuk Semua.

15 thoughts on “Selamat menyambut hari pekerja 2011

  1. tips wisata murah

    selamat hari pekerja juga.. dengan di canangkannya hari pekerja internasional ini. semoga bisa membuat semangat etos kerja kita. dan masyarakat dunia

    selamat hari pekrja …slm

    Reply
    1. hazlan Post author

      salam juga bro.. selamat hari pekerja dan selamat bekerja kembali…

      Reply
  2. lily lotus

    selamat hari pekerja, bos 🙂 semoga akan dimurahkan rezeki walau banyak mana pun halangannya…amin

    Reply
  3. zezebel

    Saya suka bulan Mei sebab hari lahir saya jatuh pada bulan ini..heheh (komen lari jauh dari tajuk..)

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu.. bulan mei juga? sama la kita…

      Reply
  4. Ali ridha

    mana satu betul pun aku tak tahu.
    bila ada baca blog konspirasi, kata
    Hari Pekerja ni menyambut hari
    pertubuhan freemason.

    Reply
    1. hazlan Post author

      pernah juga terbaca bab freemason berkenaan hari pekerja ni… atau mungkin setiap kaitan adalah kebetulan… ermmm

      Reply
  5. wazy

    Selamat hari pekerja bro
    rasa-rasanya dah amcam hari-hari sambut ni
    tanpa pekerja,kilang-kilang mesti sunyi
    pihak yang berwajib harus ambil perhatian terhadap pekerja supaya dapat layanan yang sepatutnya

    Reply
    1. hazlan Post author

      selamat hari pekerja juga bro… tu la tu ngo yang berkaitan je yang selalu buka mulut bab2 cam gini…

      Reply
  6. suri

    hari pekerja sudah lepas masa saya nak tinggalkan komen di sini huu..

    selamat berehat semua.kumpulkan tenaga tingkatkan kreatif dlm mejana hasil produk yang terbaik eh..apa cakp nih geee…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *