apa itu HyperTerminal

By | April 19, 2011

HyperTerminal atau juga lebih dikenali sebagai “hyperterm” adalah program komunikasi yang di datangkan secara percuma bersama keseluruhan sistem  pengoperasian windows. HyperTerminal sebenarnya telah dibangunkan oleh Hilgraeve dan pada awalnya sistem ini digunakan oleh sistem pengkomputeran IBM pada tahun 1985.

Apakah itu yang di kenali sebagai HyperTerminal?

Pada awalnya HyperTerminal adalah untuk membolehkan kita menggunakan saluran talian telefon biasa bagi membina sambungan dial-up hanya diantara 2 komputer atas tujuan memanfaatkannya sebagai sistem pemindahan data ke peranti di dalam sistem.

Namun kini, HyperTerminal adalah sebuah program dengan kepelbagaian fungsi yang boleh kita gunakan untuk berhubung dengan komputer lain, laman telnet, sistem paparan buletin (Buletinbord=BBSs), perkhidmatan dalam talian dan sebagai host komputer samada menggunakan modem, kabel modem atau sambungan ethernet (TCP/IP= winsock) juga tatacara kawasan seperti bit pada saaat (bps).

Apa kegunaan Hyperterminal?

Walaupun menggunakan HyperTerminal dengan BBs untuk pengaksesan maklumat di dalam komputer remote, ia adalah amalan yang menjadi kurang umum dengan persediaan dari World Wide Web. HyperTerminal masih merupakan alat sokongan yang berguna untuk penyediaan dan pengujian modem, router atau semakan kepelbagaian sambungan yang lain seperti antara komputer. Sekiranya penyambungan dilakukan dengan betul HyperTerminal dapat menghantar arahan dan kita dapat memeriksa hasilnya, dimana dengan kaedah arahan teks pada paparan muka HyperTerminal itu sendiri kita akan dapat melihat paparan penerimaan teks.

Dengan kegunaan HyperTerminal juga kita dapat memindahkan sebarang jenis fail yang besar diantara komputer dengan mengunakan port bersiri. HyperTerminal juga dapat membantu menyelesaikan masalah code debug dari remote terminalnya. Selain itu ia juga dapat digunakan sebagai alat komunikasi. Sebagai sebahagian sambungan dari pengkofigurasian, HyperTerminal juga membolehkan komputer meniru pelbagai jenis terminal seperti TTY, ANSI dan Terminal VTX.

Sebagai peringatan jangalah gunakan HyperTerminal ini untuk keperluan komunikasi yang lebih kompleks. Kita hanya boleh mempunyai satu sambungan terbuka setiap sesi ketika menggunakan HyperTerminal. Walaubagaimanapun kita boleh memulakan dengan beberapa sesi HyperTerminal dengan membuka sambungan baru untuk setiap sesi (disediakan setiap sambungan menggunakan port komunikasi yang berbeza).

36 thoughts on “apa itu HyperTerminal

  1. tips wisata murah

    HyperTerminal ini saya kurang begitu megamati… dengan mempelajari artikel anda, saya mulai agak sedikit memahami ….thanks for share

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu.. biasanya digunakan oleh juruteknik2 IT… sama2 kita kongsi

      Reply
    1. hazlan Post author

      salam juga untuk muhaimin… harap ianya bermanfaat….

      Reply
      1. suri

        alah bro jai cam tak biasa masuk blog ni mmg byk teknikal ..networking skit..mau ke tdk baca juga sb ini ilmu free maa heeee…

        ps:kat kodai tak der jual tau..hanya blog je free of cas ngheee

        Reply
    1. hazlan Post author

      aku pun jarang guna kecuali nak check networking kerana ader data tak auto update (jarang berlaku)… biasa guna kat opis jer…

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… aku pun agak jarang gunakan… tahun lepas pun 3 kali je kot…

      Reply
  2. wazy

    Rindu lak nak buat kerja-kerja networking yang berkitan hyperterminal ni
    terima kasih untuk info yang lengkap ni bro

    Reply
    1. hazlan Post author

      sama2 kita kongsi… sori bro lama tak singah blog… keadaan tengah kelam kelibut sikit sekarang ni… dah sattle nanti aku pasti akan singgah…

      Reply
  3. Amirez

    wah..betul2 terkenangkan zaman buat tesis dulu.
    aku gunakan hyperterminal ni sebagai medium untuk hantar sms secara automatik melalui modem Fastrack yg diintegrate dengan VB6 utk projek network congested tahun akhir dulu. hyperterminal ni betul2 mudah digunakan kalau faham semua fungsinya. memang seronok 🙂

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… aku pun tak pernah guna tahap bro amirez ni… boleh la kongsi2 info nanti

      Reply
    1. hazlan Post author

      dah lama pun aku tak guna hyperterminal ni… kira nak refresh le balik… lebih kurang halal jugak nak ingat2 code2 tu …

      Reply
      1. suri

        ha..suri plk tahu pasang sambung, bukak wayar pc jer..printer lain2 ko ..

        benar kata org klu dah minat satu2 ilmu tu yg susuh blh jadi mudah heee…

        Reply
        1. hazlan Post author

          seronoknya bila dah dapat ilmu tu dan digunakan…

          Reply
    1. hazlan Post author

      macam2 juga, biasanya aku nak check intranet punya connection di mana data error tak lepas nak submit ke server…

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhuuhu… amik electrical engineering ke bro… ?

      Reply
  4. abenel

    Salam, HyperTerminal untuk Mac OS X ada tak bro? pening la nak download.. byk sgt jenis dia.. tak pasti yg mane satu betul.. contoh Zterm?

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhhuhu… tak pernah lagi guna hyperterminal kat mac os… zterm aku pernah guna kat ubuntu juga dulu… ok gak tu…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *