belajar dari mengajar dan melakukan

By | March 17, 2011

Untuk mendapat lebih kebaikan dan ingin memulakan perubahan juga pertumbuhan yang besar didalam kehidupan atau organisasi di sini aku mencadangkan dua idea mudah iaitu perkara yang menjamin boleh memperolehi hasilnya secara dramatik.

Pertamanya adalah untuk mengajar orang lain apa yang korang pelajari dan keduanya adalah untuk melaksanakan secara sistematik apa yang telah dipelajari dan untuk melakukannya.

Ianya bermula apabila aku terlibat menjadi tenaga pengajar Kursus Database Management Bahagian Latihan Kerjaya Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Di mana peringkat mereka jauh lebih tinggi daripada aku sebagai tenaga pengajar. Mana tidaknya mereka adalah tenaga2 pengajar dari seluruh Malaysia dan telah lama berkhidmat sebagai pengajar betahun-tahun lamanya, dan hidup mereka adalah mengajar pelajar. Dan aku mula melakukan pendekatan dengan menggunakan prinsip ini. Kerana sebahagian daripada mereka baru terdedah dengan konsep database management menggunakan mysql, php, sql dan lain2. Akhirnya ianya berhasil kerana prestasi dan markah mereka meningkat dan membanggakan. berbanding sebelumnya, apabila kertas soalan ujian kali pertama tidak ada seorang pun yang lulus. Walaupun mereka itu adalah seorang pengajar juga dalam sistem database management, tetapi tidak sama seperti sistem yang aku ajar.

Hampir setiap orang memperakui bahawa kita belajar sesuatu dengan lebih baik apabila kita mengajar orang lain dan apa yang kita pelajari dapat dihayati apabila kita hidup dengan menggunakan apa yang kita pelajari. Apabila kita mengajar kita sebenarnya belajar dengan lebih baik. Setiap pelajar menjadi seorang guru, dan setiap guru manjadi seorang pelajar. Cara terbaik untuk mempelajari sesuatu bahan adalah apabila kita mengajarnya.

Pada masa kini, paradigma yang sedia ada membuatkan nisbah guru-pelajar menjadi kritikal; kurang pelajar bermakna pengajaran menjadi bermutu tinggi, akan tetapi sekiranya pelajar2 bertukar menjadi guru2, kita mendapat peningkatan dan ia menjadikan pergerakan fulkrum ke tepi.

Untuk lebih memahami, pada masa kita mengajar atau berkongsi apa yang kita pelajari dengan orang lain, secara senyap(suara hati) kita berjanji kepada orang ramai untuk hidup dengan mengikuti apa yang kita ajar kepada mereka. Secara semulajadinya kita akan lebih bermotivasi untuk hidup dengan mengikut cara bagaimana yang kita pernah pelajari. Perkongsian ini akan menjadi asas untuk pembelajaran, komitmen dan motivasi yang mendalam, yang menjadikan perubahan sesuatu yang sah, dan kita menggembeling satu pasukan bantuan. Kita akan juga dapati bahawa dengan cara berkongsi akan mengeratkan perhubungan sesama manusia, terutama sekali dengan keluarga kita (contoh terdekat). Bagi sesiapa yang mempunyai anak atau adik beradik yang  masih bersekolah atau rakan2 seperjuangan, minta mereka ajar kita dengan lebih kerap apa yang mereka pelajari di sekolah atau mana2 institusi pengajian. Aku dapati dengan melakukan perkara yang mudah ini pada dasarnya melenyapkan keperluan untuk memotivasikan mereka untuk belajar. Mereka  mengajar apa yang mereka pelajari, sesungguhnya menjadikan mereka pelajar cemerlang.

Satukan apa yang kita pelajari kedalam kehidupan kita

Untuk mengetahui dan untuk melakukannya, sebenarnya adalah untuk tidak mengetahui. Untuk  belajar dan untuk tidak melakukannya adalah untuk tidak belajar. Dalam kata lain, untuk memahami sesuatu tetapi tidak melakukan seperti apa yang difahami sebenarnya adalah untuk tidak memahaminya. Hanya apabila dilakukan, dilaksanakan maka pengatahuan dan pemahamannya dapat dihayati. Contohnya, kita boleh belajar mengenai permainan tenis sebagai satu sukan dan hanya membaca buku2 mengenainya dan mendengar beberapa syarahan, tetapi sehingga kita bermain tenis, kita tidak akan mengatahui sukan itu. Untuk mengatahui dan untuk tidak melakukannya adalah untuk tidak mengatahui. Cara terbaik mempelajari tentang pengatahuan kendiri, bukanlah dengan cara memikirkannya secara mendalam, tetapi dengan melakukannya. Berusahalah untuk melaksanakan tanggungjawab kita dan kita akan menemui kita diperbuat dari apa.

p/s: Posting aku hari ini mungkin agak berat bagi sesetengah pihak dan mungkin sukar untuk difahami.

35 thoughts on “belajar dari mengajar dan melakukan

  1. Pingback: Komuniti Blogger » belajar dari mengajar dan melakukan

  2. FD

    “Cara terbaik untuk mempelajari sesuatu bahan adalah apabila kita mengajarnya.”
    aku memang setuju, tested and approved

    Reply
    1. hazlan Post author

      secara tidak lansung ia akan terus memperingati apakah perkara itu tanpa menyemaknya semula…

      Reply
  3. Sabahan Bloggers Club

    Apabila kita mengajar, kita mencari maklumat lain yang boleh kita gunakan didalam kuliah atau tutorial kita, mungkin sebab itu ilmu kita bertambah…. 🙂

    Reply
    1. hazlan Post author

      ya betul tu… persediaan juga menambahkan ilmu kita yang lain selain dari mengajar matapelajaran tu…

      Reply
      1. suri

        sllu sebelum nak hasilkan entri mesti buat kajian sana sini..lagi tambh ilmu..

        tka tahu terus jaid tahu hee

        Reply
        1. hazlan Post author

          yang penting sumber itu adalah sahih… huhuhuu.. ilmu memang meluas…

          Reply
            1. hazlan Post author

              betul2… rujukan yang banyak memang perlu agar tak tersesat jalan….

  4. zik

    kalau nak mengajar persediaan untuk mengajar nie , banyak juga kena prepare apa yang patut.. takut2 ada soalan2 yang diluar jangkaan…

    Reply
    1. hazlan Post author

      itu memang sudah semestinya… biasanya soalan yang tak berkaitan juga keluar… cuma pandai2lah menggambungkan faktor pembelajaran dan faktor pengatahuan… kalau tak boleh jawab biar terus terang sahaja… jgn pandai2… huhuhu… ilmu sonsang bahaya juga …

      Reply
  5. Affan Ruslan

    setuju.
    dulu aku bukan lah top student physics, tapi sebab ada few students atas aku ada komitmen lain (ketua pelajar), jadi tiba2 cikgu pilih aku.
    memang kelam kabut jadi mentor. hahaha.
    tapi lama2, Alhamdulillah. Mungkin sebab byk mengajar, kita banyak belajar

    Reply
    1. hazlan Post author

      satu lagi perkara… jgn jadi seorang pemalu untuk belajar dan mengajar… dan itulah antara kunci org terpelajar…. tahniah bro bukan senang nak jadi mentor tu…

      Reply
  6. aktechpage.com

    Aku suka konsep belajar mengajar ni… terutama dlm bidang teknikal ICT. Dalam sektor awam kebanyakan Pegawai ICT tidak begitu mahir dlm teknikal ICT krn lebih menekankan kpd cara pengurusan & teori semata2, masalahnya ICT ni lebih menekankan kpd Praktikal baru lah pengurusan… jika pengurusan bagus ttp teknikal x bagus x guna juga operasi ICT dlm sesebuah organisasi.

    Reply
    1. hazlan Post author

      ICT memang perlu ada praktikal… tapi kalau ada yang terlalu bijak memang lekas dapat walaupun teori… cuma segelintir je… aku pun kena ada praktikal untuk memahami teori itu sendiri.. baru laa boleh masuk dan difahami…

      Reply
      1. aktechpage.com

        Aku lebih suka mempelajari & mengajari secara praktikal dalam melaksanakan sesuatu projek/sistem… itu adalah lebih baik dalam bidang ICT.

        Reply
        1. hazlan Post author

          huhuhu… di ajar, belajar dan mengajar… ilmu memang melekat… terbaiklah bro….. apa pun semoga suksess selalu…

          Reply
  7. tips wisata murah

    seperti kata robert t kiyosaky penulis buku kondang rich dad poor dad ” janganbekerja untuk upah, tapi bekerjalah untuk pengalaman..niscaya… dst nice post

    Reply
  8. dnoBiz

    dari apa yang aku paham..
    caranya hampir sama dengan berkongsi maklumat di blog disamping menyebarkan maklumat ia juga membantu kita mengingati maklumat tersebut

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu cara ini rasanya mudah dan berkesan… lain lah diantara kita ni terlalu bijak… tengok dan baca je boleh paham dan boleh buat….

      Reply
  9. wazy

    Belajar dan mengajar merupakan 2 aspek yang berbeza tetapi memerlukan komitmen yang saling berterusan.Dengan iringin doa serta usaha yang tak berbelah bagi,Insya Allah kita dapat menyelesaikan urusan tersebut.

    Reply
  10. AyieBlog

    Assalamualaikum,wah bro mancai orang dari pengajian tinggi and kolej komuniti :), otai lama nie bro hehehe :), thank q sharing perkara yang bermanafat renungan buat diri ini :), lama tak singgah laman bro mancai :).

    Reply
    1. hazlan Post author

      peh memang derang nie otai2 belaka… cuak juga kalau tersalah sistem mengajar… tapi derang semua memang best…. tak kedekut ilmu dan sentiasa memberi maklumat… tak derk hal lah ayie…. dulukanlah mana yang perlu dulu….

      Reply
  11. Mrs.Ayie

    Assalamualaikum.

    Saya setuju. Semakin banyak kita mengajar, semakin banyak kita belajar. Lebih banyak ilmu yang kita kongsi, lebih banyak ilmu yang kita dapat.

    Reply
    1. hazlan Post author

      waalaikumsalam…. mrs ayie….tq2.. kerana paham dengan isi kandungan….

      Reply
    1. hazlan Post author

      selamat pagi bro donny… cuma masa benar2 agak terhad…

      Reply
  12. kulanz

    sangat menarik entri ni bro..
    belajar dari mengajar atau melakukannya memang cara terbaik untuk kita lebih menguasai sesuatu perkara..

    Reply
    1. hazlan Post author

      menuntut ilmu agar berilmu… cuma kekadang takut juga belajar tersalah ilmu…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *