IT Technician diperlukan

By | March 15, 2011

Pada 27 November tahun lepas aku ada mengeluarkan tawaran daripada sebuah syarikat untuk mengisi jawatan kosong,  ramai juga rakan2 blogger yang menghantar dan mencuba dengan mengisi jawatan2 yang telah di tawarkan. Namun bukan tugas juga kuasa aku untuk memberikan keputusan dalam memberikan kerja atau bidang yang telah di tawarkan. Aku hanya sekadar membantu dan membuka peluang yang ada, selebihnya bergantung kepada syarikat dan pihak yang menawarkan. Untuk pngatahuan semua sudah ada beberapa rakan2 blogger yang di kenalpasti untuk mengisi jawatan2 tersebut. Harap ianya menjadi realiti dan jawatan itu masih lagi ada kekosongan yang di tawarkan sehingga sekarang terutama untuk freelancer dan programmer. Namun di sini ada lagi sebuah syarikat lain dan meminta aku mengeluarkan  kekosongan jawatan yang diperlukan.

Jawatan: IT Technician

Bertanggungjawab:

  • Memberi sokongan di luar kawasan dan memberikan perkhidmatan pemasangan, penyelarasan membaik pulih kepada pengguna dan sistem operasi syarikat.
  • Memberikan sokongan cadangan dalam teknikal dan pra-jualan kepada pelanggan.
  • Tahu mengenai konfigurasi networking dan membaiki juga mahir dalam penyelesaian masalah.
  • Pemasangan server Linux dan windows adalah suatu kelebihan.

Syarat- Syarat:

  • Bagi lepasan Sijil atau Diploma dalam IT/Komputer Engineering / Sains Komputer dan yang setara dengan kelayakan.
  • Berpengetahuan  dalam rangkaian, perisian/pemasangan peranti keras, konfugirasi dan penyelesaian masalah.
  • Bekemahiran dalan sokongan teknikal, berkemampuan bekerja secara bebas.
  • Kemahiran dalam  Antivirus, Firewall, Back-up dan Networking.
  • Seseorang yang berpasukan, memiliki analisa diri yang baik, berkemahiran dan berperibadi, penyelesai masalah  dan berkemahiran dalam  komunikasi.
  • Pihak syarikat menawarkan pakej imbuhan yang kompetetif, bekerja 5 hari dalam seminggu dan berpeluang membangun dan menambahkan pengalaman diri secara peribadi.

Pihak syarikat ini juga memerlukan 10 hingga 15 orang bagi mengisi jawatan ini. Lokasi dan pejabat utama adalah di Bandar Damansara Utama. Untuk memohon jawatan dan peluang ini, sila emailkan surat memohon jawatan dan resume : Hantar Di sini

p/s: Harap maaf kepada rakan2 blogger dan semua kerana kekangan masa aku belum berkesempatan melawat dan mengomen di blog2 korang.

19 thoughts on “IT Technician diperlukan

  1. tips wisata murah

    informasi lowongan kerja profesional IT yang layak diperhatikan bagi rekan rekan blogger.. nice info

    oh ya terima kasih atas artikel : “lokasi menarik dikuala lumpur”. melalui artikel tersebut tanggal 14 maret kemarin ada satu keluarga pembaca Tips Wisata Murah pergi berwisata ke KL dengan panduan artikel tersebut.. jazakallah khoiron jaza

    http://tipswisatamurah.blogspot.com

    Reply
    1. hazlan Post author

      oh ya… harap mereka dapat memilih yang terbaik….

      Reply
    1. hazlan Post author

      oh… erk tq bro lerana bagi info… bab SEO ni memang gagal… cuma ada letak kat meta keyword. tapi bukan tag… pas ni nak letak kat tag la pulak…

      Reply
  2. zik

    gaji dia berapa ek.. tiba2 lak tanya gaji.. apa daa.. menarik2 nih.. share kan difacebook…

    Reply
    1. hazlan Post author

      gaji tak silap rm1.6 keatas tak termasuk alaun…tak silap boleh cecah rm 3k.. round satu Malaysia… projek gomen… berminat apply la bro…

      Reply
  3. FD

    tak cukup umur lg nie…. 😀
    lme tak jenguk blog ni, asal pakai theme default ??

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… terima kasih pasal sudi datang jenguk lagi… oh themes default ni senang nak menten… lagipun upgrade twentyten themes dari richardshepherd fully html5 dan fully css3 boleh layan kat sini: http://www.twentytenfive.com/

      Reply
    1. hazlan Post author

      ok dah di terima dan di hantar ke syarikat terbabit… harap ada reaksi yang positif selepas ini.. gud luck bro…

      Reply
    1. hazlan Post author

      buat masa ni tak ada yang offer lagi… kalau ada nanti aku info2kan….

      Reply
    1. hazlan Post author

      kalau nak? aku resubmit yang lepas tu bro… ok ke?…. tapi yang sebelum sudah dalam senarai pemilihan… nak mencuba apa salahnya kan bro….

      Reply
        1. hazlan Post author

          bro dah submit ke company satu lagi ni…. huhuhuhu.. 2 org rakan blog dah start keje kat situ… ader rezeki insya Allah….

          Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *