tukar rutin untuk capai matlamat

By | February 25, 2011

Seorang pengkaji alam semula jadi warga Perancis, John Febre pernah membuat kajian mengenai sejenis ulat bulu yang tabiatnya suka mengikut ulat di hadapannya. Dalam kajian itu Fabre telah mengisi sebuah pasu dengan tanah dan menanam pokok yang menjadi makanan ulat bulu tersebut ditengah-tengahnya.

Fabre kemudian menyusun ulat bulu tersebut seekor demi seekor; mengelilingi tepi pasu dan membiarkannya. Seperti biasa, ulat2 bulu tersebut berjalan mengikut ulat yang di hadapannya. Mereka berjalan mengelilingi pasu jam demi jam, dan hari demi hari sehingga akhirnya semua mati kebuluran.

Jika salah seekor daripada ulat bulu itu bergerak keluar kira2 enam inci daripada pusingan tersebut, ia pasti akan mendapat makanan diperlukan. Malangnya ulat2 bulu tersebut tetap dengan tabiatnya mengikut ulat di hadapannya tanpa berfikir dan bertindak bijak. Mereka mengikut rutin, dan akhirnya semua menemui maut.

Perkara yang sama mungkin berlaku kepada sesetengah orang atau kita sendiri. Hidup saban hari melakukan perkara yang sama, dan mengikut rutin tanpa ada perubahan. Matlamat2 yang ingin kita semua diperolehi berada tidak jauh, tetapi kita tidak boleh mencapainya. Dan selagi kita tidak bertindak di luar kebiasaan untuk mencapainya, selagi itulah matlamat2 itu kekal sebagai anganan kosong.

Adalah mudah untuk memahami hal ini, jika hidup kita menjadi satu rutin, ia boleh memusnahkan. Hari demi hari kita akan melakukan perkara yang sama dari pagi hingga ke malam; pergi kerja, pergi belajar, bekerja, bergaul dengan kawan2 dan macam2 lagi, dan  pulang untuk tidur. Kita tidak melakukan sesuatu yang lain dengan menggunakan pelbagai alasan. ‘tidak ada masa’ adalah antara alasan kebiasaan yang sering di dengar dan digunakan.

Ini adalah kehidupan kita, ambil sedikit masa untuk menukar corak rutin harian dan mencipta perubahan yang boleh memberi lebih manfaat kepada hidup kita. Sebelum itu kita perlu mengenal pasti bahawa hidup ini telah menjadi satu rutin dan perlu berubah.

Jika kita menjalani hidup seharian tanpa banyak berfikir lagi, seolah-olah memandu sebuah pesawat secara autopilot, atau melalui kehidupan tanpa perancangan untuk mengubah masa depan, maka kita sebenarnya berada dalam zon rutin.

Sebenarnya bukanlah sukar untuk keluar daripada rutin itu. kita hanya perlu membuat keputusan untuk berubah. Jika berterusan dengan kerja, atau tindakanyang sama setiap hari, keputusan atau hasil yang  didapati juga hampir serupa.

Contohnya jika kita ingin mengurangkan berat badan tetapi terus dengan tabiat makan yang serupa setiap hari, adakah kita akan mencapai matlamat itu? Tentu tidak! Begitu juga, kita tidak akan mencapai matlamat jika terikat dengan rutin yang sama.

Kita mesti lakukan kelainan, jika kita berterusan dengan perkara yang sama, kita akan terus terikat dengannya sehingga ia akan mengusai hidup.

Inilah antara perangkap yang perlu di elakkan. Kita mesti membuat perubahan itu sekarang, dan tidak membiarkan hidup dijalani secara autopilot! Renung2kanlah…

28 thoughts on “tukar rutin untuk capai matlamat

    1. hazlan Post author

      betul bro… kono berani dengan sesuatu perkara… tapi tak semestinya di panggil pengecut…. hak peribadi jgn di ganggu… mungkin ada sebeb munasababnya tu…

      Reply
  1. tips wisata murah

    anda sedang membuka cakrawala pola pikir anak adam dengan bigitu cantiknya.dan anda benar sebagiandari kita malas berpikir. malah cenderung mengekor atau copas milik orang..untung kalau lagi beruntung. cilaka 12 kalau yang di copas ternyata jebakan tikus..hehehe syukron sudah berbagi

    Reply
    1. hazlan Post author

      wah panjang dan penuh gaya… tapi aku tetap paham apa maksudnya… terima kasih mas…

      Reply
  2. suri suri

    skr dok bosan dgn keje pjbt hee..bosan sb sslu but kerja yag sama..bosan dok sorg2 kt pjbt nih..bosannya bt keje sorg2 tapi mulut ttp berkunci rapi..borak dgn ketas ..perabotlah hari,,

    skrg try cari keje gomon jer bro..walau rasa jemu isi brg spa.. isu tu ni tapi mesti mau klr dri kepompong ini klu tak mencuba sapa tahu kan heee

    Reply
    1. hazlan Post author

      oh gomen… memang ramai nak… cuma ikut nasib… ada member aku dah sampai master… gomen punya pasal dia declare spm je… baru dapat… tapi jawatan biasalah kerani je… ermmm… (jgn ikut contoh ini…)

      Reply
      1. suri

        jgn ikut cth cam kwn bro tu ek huu..
        syglah klu dah bljr tgii pastu dpt job kerani..erk.. dah piliah dia bro tak leh kata apa kan..

        skrg kje tak leh memilih kan bro klu memlih bila lah nak dpt pengalaman bkje huu..

        Reply
        1. hazlan Post author

          tu la tu… mungkin dia ada masalah dan pendapatnya sendiri tentang apa yang dia buat…. soal hati juga mungkin…. apa2 pun yang mencari teruskan berusaha…

          Reply
  3. zik

    kena ubah2 apa yang patut… yang malas kena buang lah , kalau betul2 nak mencapai matlamat ini…

    Reply
    1. hazlan Post author

      walaupun kekadang angan2.. tapi kalau bersungguh2 akan trcapai juga… gud luck bro

      Reply
  4. botak

    salam bro mancai..
    long time no see..
    nk mintak permission utk sedut sikit kandungan artikel ni utk di paste ke salah satu blog saya, dan nk mintak copy link artikel ni boleh ke??
    idea dan contoh yg diberikan agak menarik dan relevan..
    hehe lamanya saya dah x berblogging kan?

    Reply
    1. hazlan Post author

      baik bro… tu latu lama menghilang mana pergi bro? ok tak derk hal… teruskan usaha bro…

      Reply
  5. Merliza

    saya jadi teringat rangkaian film Click yg dimainkan adam sandler.. yg mengangkat masalah auto pilot ini 🙁

    Reply
  6. akubiomed

    Saya suka artikel ini kenbanyakkan dari kita apabila sudah berada comfot zone tidak mahu lagi ada momentom kemudian mengeluh hidup bosan dan kareer statik. Tak akan hendak melakukan kerja yang rutin sehigga rambut beruban

    Reply
    1. hazlan Post author

      dah beruban mulalah garu kepala… huhuhuhu… kekadang terikut situasi tunggu dan lihat… ermm

      Reply
  7. wazy

    terbaik la bro entri ni
    memang betul tu ,kita harus tukar rutin untuk mencapai matlamat
    dengan usaha yang setimpal
    Insya Allah kita berjaya mencapainya

    Reply
    1. hazlan Post author

      aku pun sedang dan kearah tukar rutin… cuma yang tak best ada yang menegur… “gilo ke ko”… apa pun setakat ni tak menurunkan semangat… bila aku pikir2 balik, tak pernah aku buat kerja tak gila2… hahahaha…

      Reply
  8. diden

    ak setuju.. hari2 mlakukan bnda yg sama mnyebabkan kita berasa bosan dan sngup melakukan apa sahaja untuk membawa perubahan dalam hidup.. nak capai matlamat yang lebih besar kena ad pengorbanan terhadap rutin kita seharian

    Reply
  9. fikryn

    Salam.. setuju!
    Untuk berjaya kita seharusnya berfikir dan bertindak ‘out of box’ atau ‘out of rat race’..
    Namun kita perlu bersedia sebab kita akan nampak berbeza dari yg lainnya.

    Reply
    1. hazlan Post author

      rasanya yang rapat dengan kita pun akan rasa kelainannya…

      Reply
  10. aktechpage.com

    Dalam kerjaya ICT Profesional, teknologinya sentiasa berubah2… nak x nak seorang ICT Profesional perlu bekerja mengikut keadaan teknologi semasa dan mempelajari/ berubah jika mahu maju ke hadapan..

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul bro sampai tak terikut dah rasanya… laju bebenor….

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *