apakah HDMI?

By | February 22, 2011

Salah satu komponen digital yang perlu ada masa kini adalah HDMI. Terutama sekali adalah bagi pemilik2 komponen2 digital mudah alih seperti telefon bimbit dan komputer riba. Tentu sudah ramai tahu apakah itu yang dimaksudkan dengan HDMI. Kita biasa mendengar mengenai teknologi HDMI yang dilengkapkan dengan kebanyakan peranti elektronik moden seperti kamera digital dan televisyen LCD.

HDMI iaitu Antara Muka Multimedia Berdefinasi Tinggi sebenarnya merujuk kepada teknologi paparan digital daripada pelbagai sumber input termasuk analog.

Perbandingan  dan sejarah HDMI (High-Definition Multimedia Interface)

Versi HDMI 1.0
1.1
1.2
1.2a
1.3
1.3a
1.3b
1.3b1
1.3c
1.4
sRGB Ya Ya Ya Ya Ya Ya
YCbCr Ya Ya Ya Ya Ya Ya
LPCM 8 saluran, 192 kHz, keupayaan audio 24 bit Ya Ya Ya Ya Ya Ya
Video dan audio Blu-ray Disc pada leraian sepenuhnya Ya Ya Ya Ya Ya Ya
Kawalan Elektronik Pengguna (CEC) Ya Ya Ya Ya Ya Ya
Sokongan DVD Audio Tidak Ya Ya Ya Ya Ya
Sokongan Super Audio CD (DSD) Tidak Tidak Ya Ya Ya Ya
Deep Color Tidak Tidak Tidak Ya Ya Ya
xvYCC Tidak Tidak Tidak Ya Ya Ya
Auto lip-sync Tidak Tidak Tidak Ya Ya Ya
Keupayaan strim bit Dolby TrueHD Tidak Tidak Tidak Ya Ya Ya
Keupayaan strim bit DTS-HD Master Audio Tidak Tidak Tidak Ya Ya Ya
Updated list of CEC commands Tidak Tidak Tidak Tidak Ya Ya
Saluran Ethernet Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Ya
Saluran Pulangan Audio Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Ya
3D melalui HDMI Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Ya
Sokongan leraian 4k × 2k Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Ya
Versi HDMI 1.0–1.2a 1.3 1.4
Lebar jalur isyarat maksimum (MHz) 165 340 340
Lebar jalur TMDS maksimum (Gbit/s) 4.95 10.2 10.2
Lebar jalur video maksimum (Gbit/s) 3.96 8.16 8.16
Lebar jalur audio maksimum (Mbit/s) 36.86 36.86 36.86
Kedalaman warna maksimum (bit/px) 24 48 48
Leraian maksimum melalui sambungan tunggal pada 24-bit/px 1920×1200p60 2560×1600p75 4096×2160p24
Leraian maksimum melalui sambungan tunggal pada 30-bit/px N/A 2560×1600p60 4096×2160p24
Leraian maksimum melalui sambungan tunggal pada 36-bit/px N/A 1920×1200p75 4096×2160p24
Leraian maksimum melalui sambungan tunggal pada 48-bit/px N/A 1920×1200p60 1920×1200p60

Peranti2 berkenaan dikilangkan untuk mematuhi pelbagai versi spesifikasi, iaitu setiap versi diberi nombor kemaskini. Setiap versi spesifikasi berikutnya menggunakan kabel yang sama, tetapi juga menambah daya pemprosesan dan kemampuan apa2 yang boleh dipancarkan melalui kabel itu. Keperluan kabel HDMI baru sebenarnya bergantung pada kabel itu sendiri (yang juga disertakan kadaran HDMI). Faktor utama untuk dipertimbangkan ialah sama ada kabel yang sedia ada akan dapat menangani lebar jalur yang semakin besar; misalnya 10.2 Gbit/s yang disertakan dalam versi 1.3. Ujian akur kabel disertakan dalam Spesifikasi Ujian Akur HDMI (lihat TESTID 5-3).

HDMI 1.0

Dikeluarkan pada Disember 2002.

  • Sambungan audio/video digital kabel tunggal dengan kadar bit maksimum 4.9 Gbit/s. Sokongan maksimum video 165 Mpixel/s (1080p60 Hz atau UXGA) dan audio 8 saluran/192 kHz/24-bit.

HDMI 1.1

Dikeluarkan pada Mei 2004.

  • Penambahan sokongan untuk DVD Audio.

HDMI 1.2

Dikeluarkan pada Ogos 2005.

  • Penambahan sokongan untuk One Bit Audio, digunakan dalam Super Audio CD, sehingga 8 saluran.
  • Adanya penyambung HDMI Type A untuk sumber-sumber PC.
  • Kebolehan sumber-sumber PC menggunakan ruang warna RGB natif sambil mengekalkan pilihan menyokong ruang warna YCbCr CE.
  • Keperluan HDMI 1.2 dan paparan-paparan selanjutnya menyokong sumber voltan rendah.

HDMI 1.2a

Dikeluarkan pada Disember 2005.

  • Menetapkan ciri-ciri Kawalan Elektronik Pengguna (Consumer Electronic Control, CEC), set-set perintah, dan ujian akur CEC sepenuhnya.

HDMI 1.3

Dikeluarkan pada 22 Jun 2006.

  • Peningkatan lebar jalur pautan tunggal kepada 340 MHz (10.2 Gbit/s)
  • Pilihan sokongan Deep Color dengan xvYCC, sRGB, atau YCbCr 30-bit, 36-bit, dan 48-bit berbanding sRGB atau YCbCr 24-bit dalam versi HDMI sebelumnya.
  • Diterapkan kebolehan penyegerakan audio automatik (Audio video sync).
  • Pilihan sokongan output strim-strim Dolby TrueHD dan DTS-HD Master Audio untuk penyahkodan luaran oleh penerima AV. TrueHD dan DTS-HD merupakan format-format kodek audio tanpa kehilangan yang digunakan pada Cakera Blu-ray dan HD DVD. Jika pemain cakera boleh menyahkodkan strim-strim ini menjadi audio yang tidak mampat, maka HDMI 1.3 tidak perlu kerana semua versi HDMI boleh mengangkut audio yang tidak mampat.
  • Adanya penyambung mini Type C baru untuk peranti-peranti seperti kamera video.

HDMI 1.3a

Dikeluarkan pada 10 November 2006.

  • Pengubahsuaian Kabel dan Lubuk untuk Type C
  • Cadangan penghapusan sumber
  • Pengguguran lajak bawah dan had masa naik/turun maksimum.
  • Perubahan dalam had kemuatan CEC
  • Penjernihan julat pengkuantuman video RGB
  • Perintah CEC untuk kawalan pemasa dikembalikan dalam bentuk diubah, penambahan perintah kawalan audio.
  • Penyertaan spesifikasi ujian akur dikeluarkan serentak.

HDMI 1.3b

Dikeluarkan pada 26 Mac 2007.

  • Penyemakan ujian kepatuhan HDMI

HDMI 1.3b1

Dikeluarkan pada 9 November 2007.

  • Penyemakan ujian kepatuhan HDMI, bagi penambahan keperluan ujian untuk penyambung mini HDMI Type C

HDMI 1.3c

Dikeluarkan pada 25 Ogos 2008.

  • Penyemakan ujian kepatuhan HDMI, bagi penambahan keperluan ujian untuk kabel HDMI aktif

HDMI 1.4

Kabel HDMI 1.4 pertama di dunia keluaran Cablesson pada 22 Jun 2009.

Dikeluarkan pada 28 Mei 2009.

  • Meningkatkan leraian maksimum kepada 4K × 2K (3840×2160p pada 24Hz/25Hz/30Hz dan 4096×2160p pada 24Hz, iaitu leraian panggung wayang digital)
  • Saluran Ethernet HDMI yang membolehkan sambungan Ethernet 100 Mb/s di antara dua peranti bersambungan HDMI
  • Memperkenalkan Saluran Pulangan Audio (Audio Return Channel)
  • 3D melalui HDMI: mnyokong beberapa struktur 3D termasuk alternatif medan, alternatif bidang, pemadatan bidang, alternatif garis, separuh sisi dengan sisi, sepenuh sisi dengan sisi, L + kedalamam, dan L + kedalaman + grafik + kedalaman grafik.
  • Penyambung HDMI Mikro baru
  • Peningkatan sokongan ruangan warna
  • Sistem Penyambungan Automotif (Automotive Connection System)

Pin 1 TMDS Data2+
Pin 2 TMDS Data2 Shield
Pin 3 TMDS Data2–
Pin 4 TMDS Data1+
Pin 5 TMDS Data1 Shield
Pin 6 TMDS Data1–
Pin 7 TMDS Data0+
Pin 8 TMDS Data0 Shield
Pin 9 TMDS Data0–
Pin 10 TMDS Clock+
Pin 11 TMDS Clock Shield
Pin 12 TMDS Clock–
Pin 13 CEC
Pin 14 Persediaan (N.C. pada perangkat)
Pin 15 SCL
Pin 16 SDA
Pin 17 Ground DDC/CEC
Pin 18 Power +5 V
Pin 19 Hot Plug Detect

Sesuatu produk yang dinyatakan mempunyai suatu versi HDMI tidak semestinya bererti merangkumi segala ciri-ciri yang diterangkan dalam pengelasan versi akan: memang, sesetengah ciri2 adalah tidak wajib. Contohnya, bagi HDMI v1.3, sokongan piawaian warna luas xvYCC adalah tidak wajib. Ini bermakna, jika anda membeli sebuah kamera video yang menyokong ruang warna yang luas itu (yang misalnya dijenamakan oleh Sony sebagai “x.v.Color”) anda perlu memastikan bahawa paparan berkenaan menyokong kedua-dua HDMI v1.3 dan piawaian warna luas xvYCC.

Ia boleh diintegrasikan bersama pelbagai peranti audio video seperti kamera digital, komputer peribadi, pemain cakera blueray, konsol pemainan video dan juga televisyen. Info lanjut berkenaan HDMI boleh ke laman sesawangnya di: http://www.hdmi.org

25 thoughts on “apakah HDMI?

  1. GreenLava

    Tak tahu pula HDMI ni ada banyak versi. Kabel saya punya rupa-rupanya versi 1.3 (tertulis pada kabel).
    Thanks for the info.

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu tu la… kekadang aku pun main cucuk je slot… rupanya version lama… padan la tak jalan…

      Reply
    1. hazlan Post author

      kalau dapat version 1.4 semua boleh jalan.. yang penting 3d tuh… huuhuhu

      Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu 1.4… semuanya ada… tak taulah kalau ada versi tambahan selepas ni… belum ada khabar lagi…

      Reply
  2. akubiomed

    Notebook yang baru semua ada HDMI connectorterutama jenama ACER memang sempoi kalau menonton filem HD.

    Notebook saya tidak ada HDMI connector tapi ada PC connector yang boleh sambung ke projektor. Saya kalau hendak menonton filem format HD akan guna PC connector ke LCD tv dan audio dari headphone masuk ke Home Theater.

    Reply
    1. hazlan Post author

      oh… cuma kalau ada lcd support 3d guna hdmi ni memang berbaloi… aku pun jarang nak guna hdmi ni… melainkan ada citer2 best… kalau tak letak thumbdrive je… kat dvd tengok kat lcd… projektor tak der la bro… huhuhu

      Reply
    1. hazlan Post author

      sebenarnya ada lagi yang tak dimasukkan tu… mungkin boleh terus rujuk kat laman hdmi tu… macam2 ada

      Reply
  3. Amirez

    owh, baru tahu sejarah HDMI. selama ni tau guna je hehe.

    baru beli kabel HDMI baru tapi takleh guna pula kat LCD. maybe port HDMI kat LCD tu ada masalah, dah dua kabel HDMI tak berfungsi

    Reply
    1. hazlan Post author

      peh bro… dua kali beli tu… macam memang sah je port kat lcd tu yang kong…. ader warranty lagi ke tak tu?

      Reply
    1. hazlan Post author

      wakakaka… logic… kekadang aku pun cam gitu gak… tapi kat menda lain laaa…

      Reply
  4. aktechpage.com

    Huh HDMI ???
    Tau namanya tp lps baca post ni baru tau apekemende la HDMI ni..
    tp x pernah guna pun… layan movie asal tau jalan citer sudahh… gambar cantik x cantik tp mestilah format DVDRip punya la movie ni…lawa dh gambar tu..

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… betul bro format DVDRip memang puashati…

      Reply
  5. Zakaria

    Salam! Saya beli komputer hp. Bila sy nak buat presentation, baru saya tahu hanya port hdmi yg ada di komputer, sedangkan di projector tak ada port hdmi. Saya ke kedai beli kabel hdmi to vga..dan sambung pd lcd.. Malangnya gambar tidak keluar… Blh terangkan sikit apa sebabnya bro? Terima kasih

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… mungkin banyak sebab tu? versi hdmi to vga tu sama ke dengan komputer punya HDMI? atau projektor / komputer HP tu kena godek2 setting dia kot… atau dah pun berjaya solve problem tu… boleh roger2 kat sini…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *