Teknologi Pensuisan-Loop Avoidance

By | February 17, 2011

Penyambungan antara suis dan suis seperti rajah 3 sering kita lakukan, tidak kira samada lokasi suis tersebut bersebelah mahupun jauh. Tetapi bagaimana sekiranya kabel UTP atau penyambung RJ45 antara suis tersebut rosak. Maka pengguna dari suis A dan B tidak akan dapat berkomunikasi antara satu sama lain.

Gambarajah: Sambungan dari Suis ke Suis

Untuk itu, kita perlu menyambung kabel kedua sebagai kabel bantuan. Ini membolehkan suis A dan B sentiasa berkomunikasi walaupun salah satu kabel tersebut mengalami kerosakkan. SALAH! Ini akan menyebabkan berlakunya network loop dan seterusnya broadcast storm akan berlaku.

Broadcast storm berlaku apabila isyarat yang sama senantiasa berada di dalam rangkaian tanpa henti. Ini akan menyebabkan semua pangkalan pada suis A dan B tidak akan ada peluang untuk menerima dan menghantar data. Perlu diingatkan, konsep ETHERNET, dalam satu masa hanya boleh ada satu isyarat sahaja.

Kenapa ini berlaku?
Bayangkan semasa kita memandu kereta terdapat dua laluan ke bandar A. Maka kita kena putuskan laluan mana yang paling sesuai untuk kesana, mungkin rakan kita bernama Ali menyarankan laluan C dan Abu pulak menyarankan laluan D. Ini menyebabkan kita sebagai pemandu akan pening memikirkan mana laluan yang sesuai kerana Ali dan Abu memberikan cadangan serta hujah kepada perlu mengikut laluan yang mereka pilih.
Rujuk gambarajah di atas:

  1. Ali menghantar data kepada Abu, tetapi Ali tidak memgetahui lokasi Abu, maka Ali akan mengeluarkan isyarat Broadcast (255.255.255.255) kepada semua pangkalan (port) disuis “Assalamualaikum semua, siapa Abu dan bagaimana hendak kesana?”
  2. Apabila Abu mendengar isyarat tadi, dia akan menjawap. “Aku disini.” Masa ini Abu dapat mendengar dua isyarat broadcast, iaitu dari pangkalan SA/E1 dan SA/E24
  3. Di suis B, pangkalan (port) SB/E21 pada suis B akan memberitahu, “Nak hantar data, sila ke pangkalan saya” Pangkalan SB/E10 akan berkata, “Nak hantar data kepada Abu yang berada di pangkalan SB/E21, sila ke melalui pangkalan saya SB/E10” Pangkalan SB/E1 akan berkata, “Nak hantar data kepada Abu yang berada di pangkalan SB/E21, sila melalui pangkalan saya SB/E1.”
  4. Di suis A, dipangkalan SA/E1 dan SA/E24 akan mendengar kedua-dua isyarat tadi. Begitu juga dengan pangkalan SA/E11. Ini membuatkan Ali tidak dapat memutuskan laluan mana yang perlu diikuti
  5. Jadual penapisan alamat MAC (MAC address filter table) akan keliru lokasi sebenar Abu kerana menerima banyak frame dari pangkalan yang berlainan. Ini menyebabkan jadual MAC senantiasa berubah tanpa berhenti. Ini dikenali sebagai hentaman (thrashing) pada jadual MAC
  6. Di dalam sistem rangkaian yang besar, akan berlakunya multiple loops pada keseluruhan sistem rangkaian. Ini menyebabkan berlakunya Broadcast Storm. Pada ketika ini, rangkaian tersebut akan lumpuh sepenuhnya. Ini kerana suis hanya memecahkan collision domain bukannya memisahkan broadcast domain.

Gambarajah: Berlakunya Broadcast Storm

Untuk mengatasi masalah ini, protokol Spanning –Tree akan digunakan. Insya-Allah aku nyatakan berkenaan protokol Spanning –Tree di posting yang akan datang.

15 thoughts on “Teknologi Pensuisan-Loop Avoidance

    1. hazlan Post author

      huhuhu… kekadang kalau dah banyak sangat baca bahasa pesen ni… aku sendiri pun boleh blur…

      Reply
      1. suri

        muhaaa.. sesekli ok bro..tapi klu org jenis cekap dlm bab ni rasanya kacang jer kot… cam bro le pandai dlm it ni hee

        Reply
        1. hazlan Post author

          Bidang IT ni kena sentiasa peka menda2 baru tu yang kekadang tertinggal juga… tak terlarat nak kejor rasanya…

          Reply
  1. tips wisata murah

    wah wah wah tinggi keawang awang pak guru. kayaknya harus sering sering berkunjung ke sini nee, biar ketularan pinter.. kata rasul deket tukang minyak kena baunya kan..? hehe syukron

    Reply
    1. hazlan Post author

      segan pulak aku kalau dikatakan aku ni pinter… pasalnya aku taklah pinter mana pun… tapi sekadar berkongsi ilmu agar sama2 mendapat manfaatnya… terima kasih ya kerana rajin berkunjung…

      Reply
  2. zik

    multiple loops , kalau terjadi.. susah juga nak solve… nak check tuh macam mana agaknya???

    Reply
    1. hazlan Post author

      macam2 boleh jadi.. paling aku suka buat restart je network card atau swicth… huhuhu…

      Reply
      1. fikryn

        Wakaka.. rupanya ada juga kawan yg sepesen dgn aku. Ada loop je restart network..

        Ada cara lain yg lagi senang tak?

        Reply
        1. hazlan Post author

          wakakaka… rasanya itu adalah antara terbaik… tak penin2 kepala… huhuhu… tujuan sama nak refresh je balik ingatan network tu sendiri…

          Reply
  3. aktechpage.com

    Rasanya aku pernah mengalami masalah prob network mcm ni.. yg mana 1 Access Pointer(AP) x berfungsi dan bila cucuk je, semua internet down.. last2 aku off AP dan baru cucuk network port & on balik … baru lah WiFi berfungsi kembali spt biasa.

    Tp penjelasan ni aku paham lps baca betul2.. Thx bro…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *