langkah utama pemasaran internet

By | January 20, 2011

Kali ini aku paparkan sambungan entry sebelum ini mengenai langkah permulaan pemasaran internet: http://hairilhazlan.com/langkah-permulaan-pemasaran-internet. Namun aku bukanlah otai atau expert dalam bab pemasaran internet cuma ingin berkongsi  sedikit pengetahuan untuk sama2 kita memilih cara untuk berinovasi dan memajukan diri dengan ruang2 pilihan perniagaan yang ada demi sesuap rezeki yang halal. Insya Allah… mudah2an. Amin.

Mempromosi Laman Web Untuk Meningkatkan Laluan (trafik)

Perancangan yang rapi haruslah merangkumi perancangan yang menyeluruh dan berkesan untuk membolehkannya berjaya. Memilih strategi yang sesuai akan menyebabkan trafik sesebuah laman web jualan dapat dikembangkan dengan cepat. Antara strategi2 yang boleh di gunakan untuk memasarkan produk atau perkhidmatan sesebuah organisasi atau individu adalah seperti berikut:

1. Menggunakan Search Engine Optimization (SEO)

Search Engine Optimization (SEO) adalah satu proses atau teknik yang digunakan untuk mengoptimumkan laman web supaya lebih mesra Enjin Carian (Search Engine) seperti Google, Yahoo, dan Bing. Hasilnya laman web yang dibangunkan tersebut akan mendapat kedudukan terbaik dengan menggunakan engine carian ini. Membangunkan laman web bagi mendapatkan kedudukan (ranking) yang tinggi di dalam enjin carian merupakan perkara yang paling penting dalam sesebuah perniagaan internet. Reka bentuk laman web, tajuk, penggunaan bahasa, perkataan dan gambar yang digunakan memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan kedudukan laman web nanti sentiasa berada di kedudukan di dalam enjin carian. Secara logiknya, pengunjung akan klik pada keputusan teratas atau kedudukan keputusan di perenggan yang mula2 sekali berbanding di laman web pada perenggan yang kedua. Secara purata, seramai 9 orang daripada 10 pengguna enjin carian akan klik pada laman web yang berada di tempat teratas atau perenggan yang pertama bagi setiap keputusan carian.

2. Penglibatan dalam forum

Forum adalah tempat yang sesuai untuk membina nama perniagaan ataupun “brand” secara cepat. Cuba berikan sesuatu maklumat yang berharga, berguna dan yang paling penting secara percuma kepada ahli forum. Dengan cara yang demikian, kewujudan nama sesebuah organisasi atau individu akan di sedari oleh ahli2 forum yang lain. Ini secara tidak lansung dapat membina reputasi perniagaan itu sendiri. letakkan link laman web sesebuah organisasi atau individu pada ruangan signature. Setelah berjaya memperolehi kepercayaan daripada ahli forum, seterusnya barulah boleh mula memasarkan produk perkhidmatan di laman web.

3. Penglibatan dalam rangkaian sosial (Social Networking)

Laman rangkaian social merupakan salah satu platform terbaik untuk memasarkan produk secara percuma dan berkesan. Dengan menyertai laman ini beserta dengan teknik2 yang betul, kita akan dapat menarik banyak laluan (trafik) ke laman web perniagaan dan secara tidak lansung juga dapat membina kreadibiliti perniagaan itu sendiri. Laman ini sangat popular kerana terdapat berjuta pengguna berdaftar yang memasukinya setiap hari. disebabkan ini juga, maka wujudlah peluang yang amat besar untuk sesebuah organisasi atau individu menarik laluan yang berkualiti ke laman web jualan dengan percuma seterusnya dapat memasarkan produk dan perkhidmatan. Antara laman2 rangkaian sosial yang popular adalah seperti facebook, twitter,youtube, myspace dan banyak lagi.

4. Penglibatan dunia blog

Blog merupakan satu medium yang patut di manfaatkan untuk memasarkan produk dan perkhidmatan sesebuah organisasi atau individu. Ia dapat menarik laluan yang lebih besar ke laman web perniagaan. Adalah di nasihatkan supaya sesebuah organisasi atau individu menggunakan blog yang berbayar iaitu blog yang di hostkan ke nama domain sendiri seperti dot com, dot org, dot my, dot com dot my dan kalau boleh untuk sesebuah organisasi cuba tidak menggunakan laman domain yang percuma seperti dot blogspot dot com atau dot see see dan lain2. Ini kerana ia akan lebih meningkatkan tahap kepercayaan pelawat atau pembaca yang datang ke blog sesebuah organisasi atau individu untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan yang di sediakan. Bagi individu yang kurang arif dengan penggunaan laman web boleh memahirkan diri dahulu dengan laman2 percuma dengan mencari kenalan dahulu lalu bukalah laman perusahaan sendiri, secara tidak lansung ianya telah membuat satu cable rakan network bagi perniagaan atau perusahaan online itu sendiri.

5. Sumbangan artikel

Pemasaran artikel merupakan salah satu cara yang popular untuk menjana “back link” daripada laman2 web yang berkualiti dan berlaluan tinggi. Lebih banyak artikel menerima pendedahan di dunia internet maka akan lebih banyaklah perhatian dan laluan yang akan diterima. Ini sekaligus dapat memasarkan produk dan perkhidmatan sesebuah organisasi atau individu serta dapat meningkatkan hasil jualan tersebut.

6. Penggunaan video

Pada masa kini, memasarkan produk menggunakan video adalah seakan budaya untuk memasarkan maklumat secara online. Ini disebabkan kerana video adalah sesuatu yang fleksibel dan boleh menarik perhatian orang untuk menontonnya. Masukkan URL laman perniagaan yang digunakan, promosikan di peringkat awal dan akhir video tersebut. Pelawat atau bakal pelanggan yang menonton video berkenaan, dengan mudah dan cepat akan mencari link tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut.

7. Penggunaan borang opt-in dan autoresponder

Keperluan ini adalah sangat penting dengan membina squeeze page dan meletakkan borang opt-in untuk mendapatkan alamat email pelanggan secara sah atau kebenaran sah dari bakal pelangan. Contoh squeeze page yang boleh dicuba adalah dengan meletakkan satu ruang di laman web perniagaan dengan memberi pilihan kepada pelanggan untuk meletakkan nama dan alamat email pada borang opt-in dan sebagai balasannya, pelanggan akan mendapat produk atau perisian secara percuma. Fungsi autoresponder di perlukan untuk membolehkan sesebuah organisasi atau individu menghantar kembali maklum balas kepada orang yang mengisi maklumat pada borang opt-in tersebut dengan menghantar kembali secara automatik. Selain itu, organisasi atau individu menggunakan fungsi autoresponder untuk menghantar email bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan kepada pelanggan yang berpotensi dengan hanya sekali klik sahaja.

Jangan sesekali membuat andaian bahawa produk atau perkhidmatan yang dimulakan tidak berpotensi untuk di kembangkan dan dipasarkan secara online. Sebaliknya mengambil langkah awal dengan melibatkan diri dalam pemasaran melalui internet akan menjadikan organisasi atau individu peneraju pasaran (market leader) sekaligus membuka peluang yang mungkin tidak pernah dijangkakan. Organisasi atau individu tidak akan mengatahui dan menghargai potensi internet selagi tidak mencubanya sendiri. Jangan memandang mudah potensi yang ada, tidak kira walau apa sekalipun produk atau perkhidmatan yang cuba ditawarkan. Organisasi atau individu perlu mengambil inisiatif dan melakukan perubahan dengan segera. Cara perniagaan dan pemasaran perlu berubah untuk menjadikan organisasi atau individu itu sendiri sebuah entiti yang lebih releven dengan peredaran masa dan berdaya saing.

36 thoughts on “langkah utama pemasaran internet

        1. hazlan Post author

          huhuhu.. sepenuh masa boleh la kot… tu pun macam 24jam tanpa henti je… kena ada team ni baru boleh jalan…

          Reply
    1. akubiomed

      Blog walking memerlukan komitmen berapa banyak didalam sehari boleh memubuat blok walking kalau masa terhad tidak sempat

      Reply
      1. hazlan Post author

        betul tu… demi sesuap nasi kena korbankan juga perkara yang lain untuk menjana pendapatan yang halal…

        Reply
    1. hazlan Post author

      guna cara tradisional memang banyak kerja dan masa terhad…

      Reply
  1. Zezebel

    uhuk uhuk, nak EC dan BW pun susah sekarang ni, sibuk je memanjang…tapi ala…nak seribu daya, tak nak seribu dalih…kan? kan?

    Reply
  2. RedBoys

    betul tu. untuk berjaya dalam perniagaan, perlu bijak menggunakan segala kemudahan yang ada. baru boleh dikenali dan cepat untuk orang ramai mengetahui perniagaan yang diusahakan. satu post yang terbaik dari bro.

    Reply
    1. hazlan Post author

      teknologi memang cepat dan tak mungkin terkejar oleh kita… namun untuk mencapainya gunakanlah teknologi sebaik-baiknya… sekadar berkongsi dengan semua jer bro… mudah2an dapat di manfaatkan… terutamanya pada rakan2 aku yang sering bertanya…

      Reply
  3. zik

    penglibatan yang meneyeluruh dalam dunia on9 tuh mungkin sedikit sebanyak dapat meningkatkan sedikit sebanyak penampilan dan juga kredibiliti… bila dah ok sikit.. barulah boleh meluaskan empayar kita itu.. buat masa ini, belum boleh lagi.. cuma draft2 jer dulu… mungkin bila dah tiba masanya … akan tiba.. tungguew!!

    Reply
  4. Affan

    patut pun ada penggunaan autoresponder, sebab tips kat atas ni untuk IM.
    Antara perbezaan cara IM dan blogger biasa adalah penggunaan autoresponder dan promosi melalui video. hehe. biasalah, kalau blogger ni, buat duit sampingan je, tapi kalau IM, duit tu target utama. Autoreponder pulak untuk kumpul list

    Reply
  5. Kamal Mustafa

    Assalammualaikum…bagus info nie buek revised balik.setakat nie ada gak info diatas yang KM praktikan dan berhasil trarik trafik.Rasanya blogwalking banyak gak manfaatnya.Buat post pasal Blogwalking bro.

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… faktor masa aku pun jarang benar nak blogwalking ni… tapi cuba2lah juga nanti nak buat posting… insya Allah

      Reply
  6. admin

    Pandangan yg tepat. Cuma masalahnya kalau nak buat semuanya tu, akan mengambil masa dan kebanyakan kita kurang sabar. Satu lg SEO.. saya rasa dah kena layan macam CEO plak. Kalau dah semua org buat yg terbaik dgn SEO.. apa plak tambahan lain agaknya yg kita kena buat? alahai….

    Reply
    1. hazlan Post author

      rasanya boleh kalau buat sorang2 tapi memang agak berat untuk dipikul… namun sebaik2nya buat teamwork mungkin lebih baik…..

      Reply
  7. Ali ridha

    patut la trafik blog aku ni
    lambat naik.pelawat pula kurang.

    aku ni tak suka promosi
    pada facebook.laman social
    twitter tu boleh la.

    Reply
    1. hazlan Post author

      ramai kekawan aku pun agak kurang datang kemari dari FB atau cuma menjadi pembaca senyap… entahla aku pun tak pasti.. yang pastinya cuba je lubuk2 mana yang boleh menjadi rakan dan pelanggan… janji service tip top….

      Reply
  8. genial

    kendala yg biasanya di hadapin sama netter klu bersinggungan sama masalah video adalah loadingnya kang.. kecuali klu emang kita ttp post video hanya tuk pasar tertentu.. target jelas.. (visitor dari search engine) mengorbankan (sama ama yg terjadi sama saiia kang :p) visitor bewe.. tanggepan..?!??!

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu.. buat masa ini nak video loading dengan cepat letak sahaja kat FB… cumanya kalau masih lagi internet menggunakan dial up pasti akan terganggu juga…

      Reply
    1. hazlan Post author

      ini pun tak lah lengkap cuma point2 je.. ebook lebih lengkap lagi tu… berkongsi ilmu seronok dan puas rasanya…

      Reply
    1. hazlan Post author

      salam hujung minggu juga bro… begitulah harap2 ramai mendapat manfaatnya…

      Reply
  9. Amirez

    salam bro hazlan.
    setuju dengan semua tips kat atas
    taip tang SEO tu susah sketlah aku nk ikut yg betul2 punya.
    buat ala kadar jelah…tapi BW banyak juga membantu 🙂

    Reply
    1. hazlan Post author

      salam amirez… SEO pun aku masih betul2 lemah lagi… cuma bila ada peluang barula berBW ni… betul BW rasanya lebih banyak membantu… jgn terlalu mengharap pada SEO sahaja…

      Reply
    1. hazlan Post author

      sama2, salam kenal dan terima kasih banyak2 kerana mengomen dan menyinggah mas raden…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *