langkah permulaan pemasaran internet

By | January 13, 2011

Ramai rakan2 yang ingin tahu dan telah bertanya pada aku kerana ingin menceburkan diri dalam perniagaan melalui internet. Namun masa dan tempat menjadi penghalang kami untuk berjumpa secara terus. Di harap kepada semua rakan2 baru atau pun lama juga para pengunjung blog ini akan mendapat serba sedikit manfaat tentang pemasaran produk melalui internet yang telah aku sediakan untuk tatapan semua. Memasarkan produk atau perkhidmatan melaui internet tidaklah semudah yang disangkakan. Ianya memerlukan pengatahuan dan pengalaman yang mencukupi selain dari kegigihan dan sifat tidak mudah putus asa. Kejayaan sesebuah perniagaan internet adalah bergantung kepada bagaimana perniagaan tersebut di bangunkan dan perlulah melaksanakan pelan strategi. Perkara penting yang perlu difikirkan untuk dimuatkan di dalam pelan strategi bagi sesebuah organisasi atau individu yang ingin memulakan pemasaran melalui internet adalah seperti berikut:

Mengenal pasti produk atau perkhidmatan yang ingin dihasilkan.

Memang kita akui dan telah sedia maklum untuk menghasilkan satu produk atau perkhidmatan yang terbaik bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang di sangkakan. Produk atau perkhidmatan yang ingin diperkenalkan mestilah sesuatu yang unik dan bukan sesuatu produk yang hampir sama di luar. Produk seperti perisian komputer, perkhidmatan maklumat, laman peribadi dan perkhidmatan internet merupakan antara produk yang laris di pasaran buat masa ini. Sebelum membangunkan sebarang produk, buat kajian terperinci dengan mencari apa yang pelanggan inginkan secara khusus. Namun aku tidak kata tidak boleh untuk memasarkan produk yang telah sedia ada atau ada ciri2 yang hampir serupa. Cuma kalau boleh, cuba kita fikirkan apa yang mungkin bakal kita pasarkan yang tidak pernah ada atau boleh memperbaharui dan menambah baik produk yang sedia ada di luar sana.

Membangunkan laman web / laman sesawang

Setelah membangunkan dan mengenalpasti produk yang terbaik, langkah seterusnya adalah membangunkan laman web yang secara spesifiknya akan digunakan untuk menjual produk atau perkhidmatan. Penggunaan bahasa dan perkataan yang sesuai merupakan alat pemasaran yang sangat berkuasa sehingga pelawat yang melawat laman web boleh bertukar menjadi pelanggan baru organisasi. Untuk membangunkan sesebuah laman web yang berkualiti dan boleh menjual produk dan perkhidmatan, sesebuah organisasi atau individu perlu memastikan laman tersebut mempunyai ciri2 seperti di bawah:

1. Menarik perhatian pelawat

Cuba untuk mendapatkan perhatian dari pelawat laman web yang berpotensi untuk menjadi pelanggan. Tarik perhatian pelanggan dengan tajuk yang menarik di laman web seterusnya nanti akan membawa pelanggan tersebut kepada pengenalan produk atau perkhidmatan yang disediakan. Proses berkenaan perlulah mengambil kurang daripada 10 saat untuk berbuat demikian. Perlu diingatkan bahawa apabila seseorang pelanggan mengunjungi laman web, kita sebagai sebuah organisasi atau individu tidak tahu dari mana mereka ini datang dan atas sebab apa mereka mengunjungi laman web tersebut. Oleh sebab itu, organisasi atau individu perlu menarik perhatian pelawat sebelum mereka beredar dan tidak mengunjungi laman web itu lagi.

2. Menimbulkan minat pelawat

Kita perlu bijak menarik minat pelawat terhadap laman web yang dipaparkan. Berkongsi mengenai masalah yang biasa berlaku dan bagaimana boleh menyelesaikannya. Pada peringkat ini, organisasi atau individu tidak seharusnya membuat sebarang tawaran terhadap produk atau perkhidmatan yang disediakan. Kenal pasti masalah dan emosi pelawat supaya dapat memperjelaskan dengan baik bentuk penyelesaian yang berkesan. ini secara tidak lansung akan dapat membina minat mereka terhadap laman web berkenaan kepada beranggapan bahawa ia memahami keperluan dan emosi mereka.

3. Memahami keperluan bakal pelanggan

Organisasi atau individu seharusnya faham tentang keperluan bakal pelanggan. Setiap pelanggan sememangnya mahukan produk atau perkhidmatan yang di tawarkan di laman web. Seterusnya menjadi tanggungjawab organisasi atau individu menukar keperluan pelanggan tersebut kepada kehendak. Organisasi atau individu boleh melakukannya dengan cara menceritakan apa sahaja manfaat atau kebaikan yang bakal pelanggan kita ini perolehi daripada produk atau perkhidmatan yang telah disediakan.

4. Memudahkan urusan pelanggan

peringkat ini merupakan peringkat di mana pelanggan akan mula membuat keputusan. Membuat sebarang andaian bahawa pengunjung tahu apa yang perlu di lakukan seterusnya adalah sesuatu yang perlu dielakkan.
Permudahkan urusan pelanggan yang menggunakan laman web tersebut dengan cara memberitahu langkah2 yang perlu dilakukan dengan cara seperti mengklik butang “tempah” untuk membuat sebarang tempahan di laman web dan sebagainya.

5. Menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada bakal pelanggan

Organisasi atau individu perlu mempertimbangkan secara serius kaedah pembayaran secara online kerana ia dapat memudahkan pelanggan berurusan. Di Malaysia budaya pembayaran memalui online mungkin boleh dikatakan masih lagi baru dan mungkin masih ramai yang meraguinya. Organisasi atau individu perlu meyakinkan pelanggan bahawa setiap transaksi online yang mereka lakukan sebenarnya adalah selamat untuk digunakan. Organisasi atau individu berpeluang meningkatkan kredibiliti kerana dengan laman web yang dibangunkan dengan kemudahan atau khidmat pembayaran secara online ini mencerminkan ketelusandalam berurusan. Ini secara tidak lansung akan dapat menyerlahkan lagi tahap profesionalisme perniagaan internet yang dibangunkan.

p/s: langkah yang seterusnya akan di sambung akan datang insya-Allah.

38 thoughts on “langkah permulaan pemasaran internet

  1. Sabah Blogger Club

    Salam Kenal.
    Tapi bukan senang nak mulakan satu laman web baru kan?
    Perlukan banyak promosi supaya orang tahu yang website kita tu wujud.
    kalau tidak nanti tiada siapa yang datang dan membeli produk kita.

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu… kena rajin bergerak di alam maya… mencari rakan dan pelanggan… bezanya duduk setempat dari kaedah manual kena jalan2 jumpa orang….

      Reply
  2. rockinsudu

    nice tips bro. tarik perhatian tu mmg rmai da buat. promo letak iklan menarik. but then xdpt tarik minat. sebab site tu xmesra pelanggan n susah nk berurusan

    Reply
    1. hazlan Post author

      setuju… kekadang cuma macam lepas batuk ditangga je… namun tak salahkan mereka2 pun mungkin pendekatan mereka belum penuh lagi dan sekadar cuba2 dan mencari pengalaman… sambil2 orang kata…

      Reply
  3. dnoBiz

    Yang pasti, Produk kena Unik dan bukan semata mata ikut apa yang orang jual..,
    dan pandai ambil kesempatan dengan keadaan semasa 😀

    Reply
  4. dnoBiz

    Sori lupa nak cakap tadi.. (Harap Lanz tak marah :D)
    lagi satu promosi tambah nilai….
    contoh : tmbah lagi Rm 10 dapat baju (mcam kfc buat)

    Ps : cara tu aku tiru dari KFC dan banyak mendatangkan hasil masa kat LElong pada 2007-hinga penghujung 2009

    Reply
    1. hazlan Post author

      tak derk hal tu bro… aku suka cara pelayan kedai mamak cara dia ambil order. contoh: makan apa? minum apa? dan selepas dia abis tulis dia akan promo… dengan berkata : lagi? tomyam ada? ice blended ada? maknanya itu juga satu tambah nilai secara tak lansung….

      Reply
    1. hazlan Post author

      tq bro… artikel yang seterusnya belum abis tulis lagi…

      Reply
    1. hazlan Post author

      terima kasih kerana mendoakan.. sam juga dengan bro semoga semakin maju dan sentiasa berjaya…

      Reply
  5. che armad

    Entry yang terperam lama telah dilepaskan…

    che-armad bercerita pasal bisnes internet… (Part.1)

    terlebih dahulu aku nak bagi tahu,
    penulisan blog ni memang santai dan jujur…

    harap tak menyinggung mana-mana pihak…

    sebarang komen dan kritikan
    amat digalakan…

    kalau sudi jemput singgah ke:
    http://che-armad.blogspot.com/

    Reply
  6. syahrilhafiz

    setuju dengan langkah pemasaran guna internet tuh
    macam tu baru ada peluang nak tarik lagi ramai pelanggan selain promote mulut ke mulut

    Reply
    1. hazlan Post author

      kekadang yang sedihnya org kita ni suka nak banned je… tapi bila dipikirkan, elok juga boleh meningkatkan kreadibiliti sesuatu urusan, memberi idea yang lebih munasabah dan macam2 lagi…

      Reply
    1. hazlan Post author

      memang seronok… tapi mungkin ada yang tak seronok bila rakan2 lain tak dapat apa yang sepatutnya… ataupun tengah mencari-cari…. harap2 kita sama2 dapat bantu…

      Reply
  7. Norizwan

    nice info bro…:). memang susah nak memasarkAn sebuah produk…dengan adanya blog dapat menaikkan kredilibiti sebagai penjual. kalau rajin berblog, boleh gunakan kuasa blog untuk tarik perhatian pelawat…

    minta izin share yer….:)

    Reply
  8. zik

    macam mana ya nak kasi stay jer kat laman kita.. bukan sesuatu yang mudah …. mesti ada sesuatu yang menarik….

    Reply
    1. hazlan Post author

      aku pun tengah memikir benda yang sama… apa tarikan tu agaknya…

      Reply
  9. suri

    lihat fb..blog semua orang sedang rancank mencari pelanggan 😉

    luasnya industri perniagaan ini 😉

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu… tapi katanya nak tutup march 2011 ni.. entah betul entah tidak tu…

      Reply
  10. RedBoys

    bukan mudah nak jadikan laman web yang mesra pelanggan. itulah cabarannya. apa-apa pun, post ini terbaik bagi mereka yang ingin membuka laman web untuk perniagaan mereka.

    Reply
    1. hazlan Post author

      sebenarnya post ni masih belum lengkap… insya-Allah aku sambung dalam masa yang terdekat ni… tengah memikir bagaimana nak lebih memudahkan pelanggan…

      Reply
  11. akubiomed

    Promosi secara agak rendah risikonya terutama untuk permulaan memasarkan barangan cuma hendak mendapatkan kepercayaan pelanggan bahawa transaksi maya adalah selamat serta mendapat jaminan kualiti barangan seperti yang diiklankan

    Reply
    1. hazlan Post author

      kesedaran keselamatan dan kepercayaan untuk membeli secara online mungkin sudah agak nampak meningkat… tu pun banyak juga usaha2 blogger dan otai2 IM, kalau tak kerana mereka2 ni, nampaknya mungkin agak payah nak memberi kepercayaan yang betul2 kat penduduk Malaysia ni…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *