selamat tinggal 2010 dan selamat datang 2011

Salam dan selamat sejahtera untuk semua, juga Selamat Menyambut Tahun Baru 2011. Tahun yang masih belum diketahui lagi apa yang bakal kita lalui di hadapan. Pasti dan tentunya adalah penuh dengan segala perkara2 yang sentiasa terlintas di hati kita masing2 dengan sesuatu kehendak dan sudut yang “baru“. Di harap kepada semua rakan2 taulan buatlah perkara2 “baru” itu dengan mengisi intipati positif bukannya negatif. Adakah sudah tercapai segala perancangan di tahun2 sebelumnya? Mungkin ada yang belum atau sudah, mudah2an apapun hasrat, hajat atau kehendak itu akan tercapai juga. Amin.
Tahun 2010 telah banyak mengajar apa yang bakal kita lalui untuk tahun 2011 yang baru sahaja kita pijak dan jejak, iaitu untuk kita meningkatkan sahsiah diri menjadi lebih baik dan mungkin yang terbaik dari tahun sebelumnya. Aku mengucapkan teramat terima kasih kepada rakan2 blogger baik yang lama dan baru aku kenal juga pengunjung2 sebagai pembaca yang sentiasa mengomen atau pengunjung senyap di blog aku kerana tidak henti2 memberi perhatian, sokongan, panduan dan idea yang membina.
Terutama sekali, terima kasih kepada pengomen2 tegar walaupun aku amat jarang mengomen blog2 korang. Maaf sangat2, namun aku akan cuba curi2 masa itu nanti. Akhir kata, sekali lagi aku mengucapkan selamat menyambut tahun baru, hari baru, wajah baru, hasrat baru dan teramat terima kasih kepada semua, tanpa kalian tidaklah hidup blog aku ini.
| Rakan-rakan blogger sepanjang tahun 2010 | 20 pengomen tegar sepanjang tahun 2010 | Sila Ambil Perhatian! | |
Kepada 5 rakan blogger menjadi pengomen tegar sepanjang tahun 2010 yang terbanyak. Harap dapat berikan alamat rumah dan nombor telefon masing2 di sini: Hantar kerana telah menerima hadiah saguhati berupa perisian sistem operasi dan ebook. Format DVD akan dihantar terus ke alamat masing2 pada bila2 masa.
5 rakan blogger yang bergelar pengomen tegar itu adalah: |
|||
hazlan
Blog ini ditulis kebanyakannya adalah perkongsian berkenaan Teknologi Maklumat, Networking, Software, Hardware, Web Development, Graphic Designer, Programming, Kreativiti, Motivasi dan Inovasi. Biasanya aku praktikkannya dahulu baru aku publishkan di sini untuk perkongsian. Janganlah segan silu atau teragak – agak untuk mengeluarkan apa sahaja pendapat, buah fikiran dan idea masing2. Terima kasih banyak2 atas segala keperihatinan dan sokongan selama ini.
78 Responses to selamat tinggal 2010 dan selamat datang 2011
Leave a Reply Cancel reply
Archives





macy xde. ok. happy new year
maCy´s last [type] ..cinta@2010
alamak macy.. tahun 2011 la erk… baru nak add ni… hepi new year juga
hehe posting yang genius…selamat tahun baru juga sahabat.semoga anda makin sukses.salam
wisat murah´s last [type] ..Jelajah Tahun Baru 2011-Wisata Murah
terima kasih…. selamat tahun baru 2011 juga sahabat…
ok. aku x de. keh2. bnyk sgt blog kena terjah. so, x sempat nak komen bnyk2 kt sini. hehe. Selamat Tahun Baru dan tahniah utk semua pengomen tegar.
RedBoys´s last [type] ..Kisah Orang Pertama
huhuhu… tu la tu blog bro pun jarang benar nak aku terjah… tapi bukan banyak blog nak komen tapi banyak urusan luaran nak kena terjah… namun terima kasih kerana sudi juga menerjah ke sini
rupanya lebih kurang saja kita. cuma beza bro banyak urusan diluar. rasa 24 jam macam tak cukup je kan. hehe. sama-sama bro.
RedBoys´s last [type] ..Bicara Contest
huhuhu… urusan dunia ni memang tak berkesudahan… ada saja… tak pe demi sesuap nasi untuk keluarga…
selamat tahun baru…semoga apa diimpi menjadi nyata..heee
fendidahada´s last [type] ..Selamat Tinggal 2010
selamat tahun baru 2011 juga dan terima kasih… eh! tak sangka tajuk entry lebih kurang sama…
Selamat tahun baru,
, Jom majukan blog hehe
Zezebel´s last [type] ..Happy New Year 2011
jom… blogger bersatu blogger maju… huhuhu…
Selamat tahun baru gak bro!
ST´s last [type] ..Tahun Baru 2011…
selamat tahum baru bro semoga arena Open Source semakin kehadapan….
Assalamualaikum bro
wahh saya tersenarai di situ,terima kasih yer bro
blog bro memang best
macam-macam info saya dapat dari sini
nanti bro check email ek
Selamat tahun baru untuk bro dan family
semoga pada tahun 2011 ni bro akan dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik
wazy´s last [type] ..Seorang Yang Berjaya – Seorang Yang Gagal
sama2, ianya adalah sebagai satu penghargaan …. dan amat berterima kasih wazy kerana mendoakan kami…
[...] This post was mentioned on Twitter by Koperasi Dymium. Koperasi Dymium said: selamat tinggal 2010 dan selamat datang 2011 http://nblo.gs/cshCM [...]
Hehehehe… Terima Kasih bro…
Hadiah Tahun baru 2011 …
aktechpage.com´s last [type] ..MALAYSIA Juara Piala AFF Suzuki 2010- Tersungkurnya KEEGOAN INDONESIA
sama2.. dan ianya adalah sebagai penghargaan peribadi aku….
OK bereh dah…
Dah send no HP & juga alamat rumah melalui link yg diberi di atas..
aktechpage.com´s last [type] ..Selamat Tahun Baru 2011
terima… tengah sesi bakar membakar … roger
selamat tahun baru bro
alamak tak sangka aku masuk dalam senarai paling tegar ni huhu
guike momcul
etomyam´s last [type] ..Review Disember 2010- Selamat Datang 2011
bro etomyam memang selalu rajin mengomen… bukan kat blog ni sahaja malah blog rakan2 lain…. gud luck bro
Assalamualaikum..
Selamat tahun baru 2011M, dan selamat tahun baru 1432H
Dengan iringan doa dan harapan semoga lebih berjaya dan bahagia di dunia dan di akhirat. Amin
Mrs.Ayie´s last [type] ..LOst Contact sudah
oh mrs. ayie pun ada…. selamat kedua2 tahun baru… terima kasih dengan iringan doa tu… begitu juga untuk mrs.ayie… semoga lebih berjaya dan bahagia di dunia dan di akhirat. Amin
selamat tahun baru 2011… pantas betul masa berlalu… terima kasih bro mancai diatas pemberian yang banya juga tuh hadiah.. terima kasih sangat…
zik´s last [type] ..Mereka yang sempoi disember 2010!!
selamat tahun baru 2011 juga zik… ianya adalah sebagai tanda penghargaan untuk zik…
hadiah memang cukup Mantap tu zik
dnoBiz´s last [type] ..Kasanova Cap ayam – Jerat wanita biasa demi wang
banyak juga ye kawan baru dapat.
peh, dapat buku panduan clickbank tu hehe.
teringin juga nak belajar clickbank
ps: captcha bawah ni susah la bro hehe
Affan´s last [type] ..Terima kasih
seronok juga dapat kawan2 baru ni… dunia blogging dah semakin meluas…. oh itu captcha pernah dulu disable dan guna cara lain (G.A.S.P plugin).. mungkin entry aku ni berkenaan dunia teknologi, spam menjadi-jadi… terpaksa guna capcha ni balik dan berhasil… maaf ya bro…
banyak artikel best dari bro sepanjang tahun 2010. terima kasih, bro.
selamat tahun baru.
RozaniGhani´s last [type] ..Azam Baru RG 2011
huhuhu… sama2… selamat pulang dari mengerjakan haji bro… mudah2an mendapat haji yang makbrur…
Selamat tahun baru 2011 buat semuanya..
semoga selamat semuanya… amin
Selamat tahun baru Mancai..wah ada hadiah untuk pembaca blog ini yer..teruskan menulis artikel berinfo..sangat suke…kadang kala tak komen tapi tetap baca dalam email
komen atau tidak rasanya tak menjadi masalah bro… janji informasi ini sampai untuk semua…. dan terima kasih sentiasa membantu dan menyokong selama ini bro…
semoga tahun 2011 ini memberi kita lebih baik dari segi rezeki, kesihatan, kebahagiaan, kerjaya, keluarga dan segala aspek kehidupan. Aminnn…
aktechpage.com´s last [type] ..Selamat Tahun Baru 2011
amin…terima kasih banyak2 bro…
Selamat tahun baru 2011…selamat berjaya
adamfaiz´s last [type] ..Rebah Di Ambang 2011
selamat berjaya juga buat adamfaiz
heheh..siap bg award lg. bgus tui abg mancai. slmt tahun baru gak… smoga lebih bjaya di masa akn dtg!
aja´s last [type] ..Alhamdulillah wa syukurillah
huhuu penghargaan untuk kawan2 yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan… terima kasih Aja
Wah bertuahlah dapat hadiah
Anyway aku baca blog HairlAzlan ni kat Google Reader dan iPhone jek hehe
Selalu membincangkan sesuatu yang berat nasib bek aku da belajar tentang benda2 tu . Senang Masuk
Nizam6281´s last [type] ..OPERASI MEMBERSIHKAN LAPTOP SEMPENA NEW YEAR
beri penghargaan untuk rakan2 je bro… dan terima kasih banyak2 kerana selalu layan blog aku ni…
selamat tahun baru bro…hehe
Mohd Isa´s last [type] ..Review Bulan Disember 2010
selamat tahun baru juga bro Mohd Isa…
sokongan pada blogger
lain turut membantu kita
naik.
Selamat Tahun Baru 2011…………
Ali ridha´s last [type] ..Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010
yup betul tu… tanpa kehadiran rakan2 blogger yang lain susah juga nak terus berkarya…
besar juga hadiah tu
Ali ridha´s last [type] ..Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010
sesekali bro… huhuhuhu
terlambat sikit nak
memecut komen ni.
Ali ridha´s last [type] ..Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010
pecut jangan tak pecut…
Salam!
pakeko´s last [type] ..Tulisan Terakhir di 2010
salam juga pakeko
dapat hadiah rupanya bila buat komen kat sini. aku silent reader tak dapat apa2 ke? he..
oh… insya-Allah ada yang menanti untuk yang lain…. terima kasih kerana selalu mengikuti perkembangan…
haha dapat gak aku tersenarai dalam ni heheh
dnoBiz´s last [type] ..Yang terbaik BagiMu – Kepada Pengulas Yang terbaik
tak derk hal…. bro exchange2 bro… huhuhu…
setiap kali muncul tahun baru.
sambut di ibu kota pasti meriah.
mesticun´s last [type] ..Hanis Zalikha
malam tahun baru aku ada kat dataran melaka bersama anak2… mak ai ramainya umat…
hadiah menarik hujung tahun.
Selamat tahun baru 2011.
mesticun´s last [type] ..Hanis Zalikha
sebagai penghargaan insya-Allah untuk semua juga ada nanti… selamat tahun baru juga
selamat tahun baru..
hehe blog saya nongol juga.hehe
tutorial blogging´s last [type] ..MazeCore Memudahkan Dalam Memonitor Posisi Keyword
nongol karo kepatul…hhuhuhu… boleh faham bahasa jawa ke?
Terima kasih kerana menyenaraikan nama saya. Tak sangka tersenarai juga. Hehehe. Tahniah buat pemenang. Manfaatkan hadiah sebaiknya dan kalau tak lokek, share la ilmu baru tu dengan bloggers lain. Hehehe.
Semoga terus sukses!
Mohd Shahrul Hafizi´s last [type] ..Header Update
hahaha… antara yang mesti di senaraikan… rakan2 blogger memang ramai tak lokek, cuma kekadang memikirkan hak cipta… kesian gak otai2 IM buat penat2..
Kalau rasa benda tu boleh bikin fulus, patenkan je. Pastu jual online. Hehehehe.
Tapi kalau rasa produk yg dihasilkan masih dlm peringkat trial, apa salahnya bagi orang cuba guna dulu dan tengok feedbacks.
Tapi kalau semua benda orang nak patenkan pun jadi payah juga. Nanti semua benda nak kena beli je atau jadi isu saman-menyaman.
Mohd Shahrul Hafizi´s last [type] ..Header Update
betul tu aku setuju benar… kekadang benda kecik pun boleh saman menyaman… selagi daya
Itulah kelemahan sekiranya masing-masing bersikap individualistik.
Mohd Shahrul Hafizi´s last [type] ..Header Update
tapi ada juga aku tanya member2 yang selalu baca blog aku ni derang cakap tak tau la komen macamana.. tak ada idea… huhuhu tak kisahla tak derk hal tu… sekurang2nya info sampai…
salam..
selamat tahun baru tuan rumah..
um..ada terselit juga. terima kasih
ats penghargaan yang d beri
semoga blog ini akan terus unggl pada masa2 akan datang lagi. Amin
selamat tahun baru juga suri.. terima kasih dengan iringan doa tu… begitu juga dengan suri selamat tahun baru semoga sentiasa beroleh segala keberkatan.. amin
[...] http://hairilhazlan.com/selamat-tinggal-2010-dan-selamat-datang-2011/ [...]
wah syoknya dapat dvd ngan ebook tu..isk2 melepas..tahniah buat pengomen tegar n juga semua pengunjung blog bro Mancai..
Selamat tahun baru juga bro, sorry late reply, baru jer start on9 blog balik ni..
huhuhu kalau ikutkan semua orang aku nak kasi… meletup pulak aku punya burner ni kang… hahaha gurau2…. insya-Allah ada rezeki kang semua orang aku kasi…
[...] http://hairilhazlan.com/selamat-tinggal-2010-dan-selamat-datang-2011/ [...]
masokis.com xde ke..hehehe
huuhuhu.. aku add baru..