WordPress 3.0 dengan panggilan “Thelonious” yang diambil dari penyanyi dan komposer jazz terkenal bernama Thelonious Monk telah pun dilancarkan. Aku rasa masing2 sudah pun tahu berkenaan perkara ini. Walaupun posting berkenaan WordPress 3.0 – “Thelonious” dari aku agak terlambat namun aku cuma ingin berkongsi sedikit maklumat dan pengalaman mengenainya. Sebelum ini aku ada berikan sedikit informasi mengenai sejarah wordpress. Bagi yang ingin  mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sejarahnya bolehlah tengok dan rujuk di laman ini: Sejarah WordPress.

Pada mulanya aku agak ragu2 untuk terus update dari versi 2.9++ ke versi wordpress 3.0 ini, Manalah tahu ada fungsi yang tak tersupport olehnya, terutamanya tema (themes) dan plugin2 untuk wordpress. Ada beberapa fungsi yang tak tersupport oleh versi wordpress terbaru ini dengan tema yang aku gunakan sekarang dengan hasil percubaan semasa versi betanya. Namun aku amat berterima kasih dengan pengeluar tema yang aku gunakan ini, kerana telah mengambil langkah pantas untuk mengupdate fungsinya agar sesuai dengan keluaran terbaru wordpress.

Setelah aku update dan gunakan versi wordpress 3.0 ternyata aku rasa ianya lebih pantas dari versi sebelumnya. Syukur aku belum jumpa apa2 masalah lagi setakat ini tak pastilah akan datang macamana. Nasihat aku pada semua sekiranya ingin update ke versi wordpress 3.0 yang terbaru ini agar bersabar dan tunggu dalam tempoh masa seminggu atau lebih agar pengeluar, pengusaha juga para freelancer atau sesiapa sahaja yang mengeluarkan plugin juga tema melakukan kerja2 mereka supaya keseluruhan  fungsi2nya dapat digunakan di dalam versi wordpress 3.0 ini.

Antara fungsi terbaru wordpress 3.0:

  1. Menggunakan tema terbaru iaitu ” Twenty Ten” menggantikan tema ” Kubric yang telah digunakan untuk sekian lamanya pada  versi2 WordPress sebelum ini.
  2. Beberapa API baru juga telah diperkenalkan bersama WordPress 3.0 atas tujuan membolehkan para pembangun tema mengintegrasikan beberapa fungsi terbaru, termasuklah membolehkan kita menukar fungsi latar belakang secara terus daripada admin panel, kawalan juga di tambah untuk kepelbagaian jenis artikel, menu boleh diubahsuai dengan mudah dan juga penggunaan taksonomi dan macam2 lagi atau korang boleh layan video kat bawah, juga boleh merujuk terus melalui laman web: http://codex.wordpress.org/Version_3.0

Tagged with:
 
About The Author

hazlan

Blog ini ditulis kebanyakannya adalah perkongsian berkenaan Teknologi Maklumat, Networking, Software, Hardware, Web Development, Graphic Designer, Programming, Kreativiti, Motivasi dan Inovasi. Biasanya aku praktikkannya dahulu baru aku publishkan di sini untuk perkongsian. Janganlah segan silu atau teragak – agak untuk mengeluarkan apa sahaja pendapat, buah fikiran dan idea masing2. Terima kasih banyak2 atas segala keperihatinan dan sokongan selama ini.

48 Responses to WordPress 3.0 – “Thelonious”

  1. Wan Perlis says:

    tak upgrade lagi ni
    wp 3 lebih mesra seo dan keselamatan ditingkatkan

  2. zik says:

    wah memang cool…best… kena explore lagi nie…masih duk usya2 nie…nak kasi biasakan..katanya…hehe
    zik´s last [type] ..Jersey untuk dijual

  3. RozaniGhani says:

    kebanyakan orang tak berani upgrade ke 3.0 sebab tak cuba 3.0 beta. Sebelum release 3.0 stable, saya dah try 3.0 beta cara offline, saya lihat ok je, so saya tak teragak-agak terus upgrade ke 3.0 stable. Tiada problem setakat ini.
    RozaniGhani´s last [type] ..Selamat Tinggal Swift Themes

  4. satu percubaan yang harus dilakukan ini..hehhehee..
    nak buat2 sendri mmg tak berani..kena mitak kawn yg pakar dlm hal ni buatkan..huhu..takut silap langkah..

  5. wazy says:

    saya dah siap upgrade ke wp 3.0,memang terbaik la version baru ni,load page pun laju je
    wazy´s last [type] ..Cabaran Copy & Menang

  6. AyieBlog says:

    Salam,ayie pun dah upgrade pada verion 3.0,load page macam laju hope tak ada masalah lagilah,dah berapa kali tukar theme.. hope yang sedia ada boleh run version 3.0 :) ,thank q bro sharing info yang amat berguna kepada platform CMS wordpress. :)
    AyieBlog´s last [type] ..How Parents Can Block Certain Websites from Children at Home

  7. Thoha says:

    salam bro..saya dah upgrade ke wordpress 3.0..setakat ni ok je saya guna..
    Thoha´s last [type] ..Cara Mudah Untuk Memendekkan Umur

  8. Syafrizal says:

    aku dah upgrade… memang menarik.. WordPress 3.0
    kalau ada sapa2 yang rajin boleh lah mengexplore hehe
    Syafrizal´s last [type] ..Perasmian Melaka Halal Hub dan HPA Halal Mart

  9. x-po says:

    bila la aku nk tkr wp ek? huhu

    • hazlan says:

      try dulu kat .cc dan free hosting dari 000webhost yang free tu ok gak…

      • AyieBlog says:

        salam,bro mancai dah dua kali ayie masuk laman co.cc tapi bila nak new domain apa entah dia keluar mintak kita main2,last2 kena hantar sms kat depe dulu baru dapat create new domain, adess masalah betul…

        • hazlan says:

          eh kenapa jadi macam tu pulak… atau ayie dah lebih had… tak silap 5 domain je limit dia…

          • AyieBlog says:

            domain lama 2 ayie dah buang bro mancai,dah dua kali try masih sama,so ayie nak create domain barulah kan,last2 keluar mcm 2,kan nak try buat akuan baru mcm mana pulak,kalau result sama adess tak tahulah :) .

            • hazlan says:

              oo al kisah… kalau susah sangat ayie.. daftar je guna alamat email baru… (kira buat semula) try and error tengok.. tak penah pulak jadi cam ayie ni..

  10. Eseotips says:

    Just upgrade my blog to wordpress 3.0 . Its very good :)
    Eseotips´s last [type] ..Top 10 ways to promote your site

  11. diden says:

    huhu.. ak smkin jles ngn kbolehan wp3 nih, huhu..
    xpe2.. betenang2 hehe
    diden´s last [type] ..Migrate Threads dari Disqus, mengembalikan semula komen lama

  12. azizan4444 says:

    blom upgrade lg ni.heheh..wp 3.0 securty die lebih terjamin skit…on
    azizan4444´s last [type] ..Selamat Hari Jadi ; 1K Hadiah Daripada Nuffnang

  13. etomyam says:

    wah…sudah guna theme 2010 ni bro..steady :D
    etomyam´s last [type] ..PIK, Kosmo Dan Kematian Pelajar MTD

  14. suri says:

    salam sabtu..
    ada masa nnti nak mtik kwn buatkan..jelesnyer..tapi yang lama msh di cintai..tak sanggup nak duakan dia..madu..huhu ;)

  15. AyieBlog says:

    Salam,wa bro mancai dah ubah theme,simple and nice i like :)

  16. jangan madu hoo..makan madu tak perleh..

    theam tu mmg ctklah bro. :)

  17. botak says:

    haha tak reti lah..
    nanti lah try apply kat niche blog yg lain..
    kat personal blog ni agak sayang utk dibuat bahan uji kaji
    botak´s last [type] ..less productivity-cause

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge