1. Sikap

  • Jika hanya ada satu sahaja faktor penentu kejayaan dalam apa juga yang kita lakukan, ia adalah sikap. Einstein mengatakan bahawa sikap 99% adalah penentu kejayaan atau kegagalan seseorang. Kita mestilah mempunyai sikap yang positif dalam apa juga yang mahu dilakukan, jika mahukan sesuatu kejayaan.
  • Samada kita berjaga, hendak melelapkan mata, bekerja atau apa sahaja yang ingin dilakukan, kita mestilah tanamkan sikap positif. Apabila sesuatu perkara tidak menjadi seperti yang kita sendiri harapkan, sepatutnya terus bersikap positif. Jika kita bangun lewat, jangan merasa bosan, sebaliknya harus berfikiran secara positif dan berkata kepada diri sendiri “ ok, hari ini aku terlewat bangun, sekarang aku perlu lakukan yang terbaik untuk hari ini”. Aku tak percaya bahawa mereka yang berjaya pada hari ini boleh mencapai tahap itu tanpa mempunyai sikap yang baik dan positif.
  • Sebenarnya lebih mudah untuk berfikiran negatif, dan untuk berfikiran positif memerlukan sedikit usaha. Tampalkan satu nota di atas meja, di dalam kereta, cermin dibilik air yang tertulis “SIKAP”. Apabila kita melihat nota itu, berhenti sejenak dan berfikir tentang perkara yang sudah berlaku pada hari itu, dan jika ada masanya kita merasa tidak berfikiran positif, fikirkan semula dan teruskan kerja yang sedang di lakukan.
  • Jika kita bersikap positif, semua perkara yang kita sedang lakukan akan menjadi lebih mudah. Jika ada perkara yang kita tidak suka lakukan, jangan biarkan sehingga pada saat akhir, bahkan lakukan perkara tersebut dahulu dan fikirkan “aku mahu menyiapkan kerja ini sehingga selesai kemudian aku boleh buat kerja yang aku suka !”. Cubalah teknik ini dan capailah perbezaannya.

2. Ambil tindakan

  • Ini merupakan satu isu yang besar kepada ramai orang, mereka mempunyai idea bisnes yang baik, mereka memberitahu kepada kawan2 tentang bisnes yang hendak dimulakan, kawan2 mula menjadi positif dan menyokong. Kemudian mereka beritahu kepada beberapa orang lain sehinggalah menjadi senyap begitu sahaja.
  • Jika kita mempunyai idea yang bagus tidak menjadi masalah, tetapi kita mesti dan perlu membuat tindakan. Kemudian apabila kita sudah mula melakukan sesuatu, haruslah bersedia untuk mengambil beberapa lagi langkah seterusnya sehinggalah mencapai kejayaan.
  • Jika sudah mempunyai peluang atau idea pada masa ini, mungkin sesuatu yang sudah lama difikirkan, berhenti bercakap dan berfikir tentangnya – BUAT SAHAJA!
  • Aku mempunyai ramai kawan2 yang datang berjumpa dan bercakap tentang idea2 bisnes seperti seolah-olah mereka yang menyuruh aku sendiri yang melakukan bisnes tersebut. Aku memang boleh menolong mereka, dengan beri cadangan tetapi yang menyedihkan ialah 90% daripada mereka tidak pernah membuat tindakan. Jika kita tidak membuat tindakan, kita menafikan hak sendiri untuk satu kejayaan.

3. Tukar Bagaimana kita Diprogramkan

  • Sejak dari bangku persekolahan lagi kita selalu terfikir seperti yang selalu diberitahu oleh orang-orang dewasa bahwa “ belajar pandai2 dan dapatkan kerja yang baik”. Harap korang janganlah tersalah anggap, aku fikir apabila kita disekolah kita perlu belajar apa yang perlu kemudian buka bisnes kita sendiri!
  • 80% jutawan pada hari ini mencapai impian mereka dengan memulakan bisnes sendiri. Mungkin semua sudah sedia maklum, jika benar2 mahukan kebebasan kewangan, masa depannya ialah dengan memulakan perniagaan sendiri.
  • Sudah tentu bisnes sendiri harus menanggung risiko, dan boleh mengurangkan risiko tersebut dengan memulakannya secara sambilan, dan gunakan teknik yang mudah dengan modal yang kecil, tetapi ganjarannya amat banyak dan menguntungkan.

4. Tuliskan Apa Yang Sedang difikirkan

  • Aku tidak kisah berapa baik memori yang korang ada, tetapi mengapa perlu dibiarkan sahaja. Mengapa perlu menanggung risiko jika terlupa sesuatu yang penting? Tuliskan perkara yang ada difikiran anda menolong melegakan otak sendiri yang sarat dengan maklumat. Apabila kita sudah menulisnya korang tidak perlu takut jika terlupa pada masa yang diperlukan.

Jika sudah mempunyai idea – tuliskan.
Jika mempunyai masalah sekalipun – tuliskan.

  • Apabila kita mula menulis sesuatu masalah, korang akan dapati bahawa kita boleh berfikir dengan lebih jelas, dan suatu masa nanti perkara tersebut dapat diselesaikan. Teknik ini nampak mudah, tapi jika kita mula menggunakannya, sudah pasti akan lihat perbezaannya kelak.

5. Tetapkan matlamat dan impian

  • Jika kita tidak mempunyai sasaran, ternyata kita tidak akan dapat apa pun. kita mesti mempunyai matlamat,korang perlu tahu kemana destinasi sebenar, berusaha untuk mencapainya dan sentiasa ingat akan impian sendiri. Pengalaman aku berjumpa dengan ramai orang yang mungkin tidak faham tentang konsep ini yang berkata “impian aku ialah untuk menjadi jutawan dalam masa 5 tahun” tetapi apabila aku tanyakan bagaimana untuk mencapainya, mereka hanya diam sahaja.
  • Anda mesti mempunyai matlamat jangka panjang, untuk tempoh 5 tahun akan datang, kemudian kita sendiri perlu berusaha untuk mencapainya, kemudian tetapkan matlamat jangka pendek yang lebih mudah dicapai contohnya matlamat setahun, sebulan dan seminggu.

Tips ini adalah untuk diri aku sendiri dan untuk semua yang menyinggah ke blog aku ini juga untuk kekawan lama dan baru yang tak putus2 memberi sokongan padu pada aku.Terima kasih kepada semua.

Tagged with:
 
About The Author

hazlan

Blog ini ditulis kebanyakannya adalah perkongsian berkenaan Teknologi Maklumat, Networking, Software, Hardware, Web Development, Graphic Designer, Programming, Kreativiti, Motivasi dan Inovasi. Biasanya aku praktikkannya dahulu baru aku publishkan di sini untuk perkongsian. Janganlah segan silu atau teragak – agak untuk mengeluarkan apa sahaja pendapat, buah fikiran dan idea masing2. Terima kasih banyak2 atas segala keperihatinan dan sokongan selama ini.

66 Responses to strategi kejayaan untuk kekayaan

  1. Eyl says:

    bro punya artikel semua bermotivasi la, good job bro.

    part yang jutawan tu, mmg banyak yang berjaya dengan bisnes sendiri, bukan makan gaji. Kena berniaga. Kalau boleh dalam hidup ni, nak jugak ada bisnes sendiri. Thanks bro.

    • hazlan says:

      bisnes sendiri mesti kena yakin pada diri sendiri… jatuh bangun jangan putus asa… mudah2an tercapai tu nanti.. amin

  2. zik says:

    5 tips nie memang dh cukup untuk terus berjaya dan kaya… no3 tuh lebih kurang tukar mind set lah ek??
    zik´s last [type] ..Diego Forlan raih Bola emas Piala Dunia 2010

  3. salam..
    klu suri mesti ada dairi.dari a-z smua ada.belanjawan umh, memo kje (pjbt) sgala mcm ada hehehe…

    pokok dan daunnya msti bermula dri kita sndiri.suri mmg skong pendapat tuan rumah.ternyata entri ni mmg sempoi.jangan bermalas2 sb ia tak akan bawa kemana2 pun :) hehehe..

  4. etomyam says:

    mantap bro, kesemua 5 tips ni memang sungguh berkesan dan wajib diamalkan untuk berjaya dalam apa jua situasi, dan sikap tu yang merupakan punca utama, apa-apapun balik kepada ‘sikap’…thanks bro perkongsian best ni
    etomyam´s last [type] ..Leptospirosis- Salahkan Tikus Je Ke

    • hazlan says:

      u r welcome… memang apa pun “sikap” adalah satu syarat yang penting… kalau tak susah jugak tu…

  5. nak vote tu ada kat ruang komen blog suri.suri dah balas komen bro.nnti tak syok pulak klu suri tulis laman web dia kat kt cini.huhu..

  6. nazra says:

    berseliarat peta minda tu. ambil masa nak paham. tp bagus! lebih fokus utk faham kan maksudnya :D
    nazra´s last [type] ..Hilal – Maggi Cukup Rasa dan Knorr Pasti Sedap Pun Kalah-

  7. man kuchai says:

    Salam,

    No 1 point 4…Selalunya saya berfikiran negatif,sebab mood dipermulaan hari dah tercalar…contoh bila dah terlambat semua perkara…serba tak menjadi hingga ke petang.
    Kena tukar mind set nih..thanks bro kerana penuh info dan motivasi diri.
    man kuchai´s last [type] ..Derita dibawa hingga ke matiakhir

    • hazlan says:

      sama2… syukur la man teruskan usaha… tak semua orang sempurna melainkan diri sendiri yang merubahnya juga atas ke izinan-Nya…

  8. botak says:

    selalu baca artikel mcm ni ayatnya sangat formal dan bosan..kali ni bro mancai buat artikel sgt bersahaja dan berguna. kalau diperhatikan, point number 3 n 5 tu sy dpt kat seminar usahawan dan point selebihnya sy dpt kat seminar motivasi pulak..paling sy suka point number3..cool!
    botak´s last [type] ..1st day-pening-2nd day-lets figure out-

    • hazlan says:

      terima kasih banyak2… harap digunakan sebaik2nya

      • botak says:

        bukan apa..memang dari sejak zaman parents kita lagi mereka sudah menetapkan satu mind set yg agak prototype..belajar sampai berjaya dan dptkn kerja yg bagus..soalnya, sampai bila kita nak menjadi pekerja? kita bekerja dgn sape? kalau bukan cina, yahudi lah kan? rugi la belajar pandai2 last2 jd org suruhan jugak
        botak´s last [type] ..1st day-pening-2nd day-lets figure out-

        • hazlan says:

          betul tu.. tapi kalau semua orang bekerja sendiri2 dan tak ader pekerja susah la jugak… apa pun ada pro dan kontranya.. sekadar pandangan aku je laa..

  9. vangardx says:

    terima kasih atas entri anda yg tulus dan ikhlas :)
    vangardx´s last [type] ..Gambar Burung Cenderawasih Golden Phoenix

  10. hafidz says:

    dan apa yang penting, kekayaan itu bukan datang dari sekelip mata ;)

  11. AyieBlog says:

    Salam,wa nice info dan tips,ianya memberi motivasi pada diri ayieblog,apa yang ayieblog selalu amalkan cuba menjadi yang terbaik diantara terbaik :) ,kalau kita rasa hebat maka ingat ada lagi hebat,so dengan itu kita sentiasa mahu kehadapan,supaya tidak ketinggalan :) . nice tips bro mancai thank q :)

  12. Lorrrr…. aku ingatkan Gambar tu Paul Si Sotong Psikik… heheheh

    ps; Thx for sharing the tips
    aktechpage.com´s last [type] ..Kemuncak Demam World Cup 2010 The Final

  13. touya says:

    Benda yang paling asas sekali pada saya adalah fikiran positif atau optimis . Jika gagal sekalipun mereka yang berfikiran positif mencari punca kegagalan untuk dijadikan sumber rujukan tapi mereka yang negatif mencari punca kegagalan untuk dijidikan alasan .
    touya´s last [type] ..Feast memang best !

  14. ishak says:

    wah thanks bro satu entri yang penuh motivasi…..

  15. RozaniGhani says:

    no 3 tu anjakan paradigma @ paradigm shift. Tapi no 3 tu tetap best.
    RozaniGhani´s last [type] ..Percubaan Mengikut Tutorial Etomyam- Floating Social Bookmark Gaya Mashable

  16. suri says:

    tengok peta ni teringat peta minda masa sekolah menengah dulu hehehe..

    baik nota sejarah sains semua ada peta minda hehee

  17. chybee says:

    i need that motivation..skrg ni selalu rasa kurang semangat..taktau la kenape
    chybee´s last [type] ..We Pose He Shoots

    • hazlan says:

      mungkin tak cukup rehat kot… apapun terima kasih kerana melayan kat blog aku ni… semoga akan datang makin terus bersemangat…

  18. Mus says:

    terima kasih atas perkongsian tersebut~!

  19. Loq says:

    Im on the way bro.Cuma tahun ni merangkak sikit.SPM dah dekat maa :)
    Loq´s last [type] ..Joachim Loew korek hidung dan bau ketiak!

  20. wazy says:

    Terim kasih bro di atas info ni
    wazy´s last [type] ..Jana RM50 – RM150 Sehari Hanya Refer Kawan

  21. farez says:

    ter “motivate” diri aku sekarang. Tq bro.

  22. Azuan says:

    emm, bagus artikelnya.. mmg pembakar semangat.. semua nye berkaitan…
    Azuan´s last [type] ..Dapat Balik PR5 – Google Pagerank Sedang Update ke

  23. Riza says:

    Salam,
    Pe yang anda cite ni memang best! Tips berguna sangat..
    Aku tersangat2 la setuju dengan pendapat ko.
    Zaman sekarang ni takleh kaya makan gaji buta. Yang jutawan2 tu kaya sebab bisnes and usaha keras diorang. Jatuh je bangun balik.
    Sekarang ni, bisnes je yang boleh menampung hidup and jadik selesa dengan kehidupan harian.
    Jangan ingat orang jual keropok lekor @ air kat pasar malam tu tak loaded. Berkepuk duit beb.

    salamz.

  24. Riza says:

    Tarak hal,bro…kita sama2 bloggers, so sama2 kite jadik kawan,Tak gitu?
    Aku rasa lama2 kang kumpul duit bukak gerai van cendol dengan laksa jek hehehe. Loaded tuh! ;D

  25. Riza says:

    izinkan aku tukar2 link ngan ko bro.
    Riza´s last [type] ..Pencuri Motor Ditangkap…tapi…

  26. suri says:

    mak suri kata amalkan makn kismes 7 biji nd slwat pasti daya ingatan kita akn kuat :) heheee

  27. bujang3 says:

    satu artikel/tips yang menarik… Terima kasih !!!! Memang sikap memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan dan kegagalan sesatu perkara
    bujang3´s last [type] ..Syukur !!!! Hari yang ditunggu hampir tibaaaa !!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge