Kalau sebelum ni kita sudahpun mengenali sejarah wordpress apa kata aku tune ke sejarah Joomla pulak.

Sejarah

Joomla! bermula apabila terjadinya pembangunan perisian daripada versi Mambo diantara Miro Corporation dari Australia, pemegang hak cipta Mambo pada masa itu, dan kesemua ahli pemaju pusat. Kedua-dua kumpulan berpisah pada 17 Ogos 2005. Miro Corporation menubuhkan sebuah yayasan dengan tujuan untuk menaja projek itu dan melindunginya daripada tindakan undang-undang. Pasukan pembangunan mendakwa bahawa banyak struktur yayasan berkenaan melanggari perjanjian yang dibuat oleh Jawatankuasa Mambo yang dilantik. Mereka juga mendakwa kurangnya perbincangan dengan pemegang saham utama dan melanggari nilai-nilai asas Sumber Terbuka.

Nama joomla! diambil daripada perkataan ‘Swahili‘ iaitu jumla yang bermaksud ‘mari bersama-sama’ atau ‘secara keseluruhannya’. Keluaran pertama Joomla ialah versi 1.0.0 telah diumumkan pada 16 September 2005. Sehingga kini, Joomla! telah keluarkan version terbaru mereka itu Joomla 1.5 untuk menggantikan Joomla 1.0.0 . Dianggarkan sehingga hari ini,ramai webmaster memilih Joomla! sebagai platform untuk membina laman web sama ada web personal, e – commerse atau sebagainya. Pasukan pembangunan asas menyatakan bahawa Joomla 1.5 adalah kod yang ditulis semula dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP 5.

Pasukan pembangunan mencipta sebuah laman web yang dipanggil OpenSourceMatters untuk mengedarkan maklumat kepada para pengguna, pemaju, pereka web dan komuniti secara amnya. Ketua projek pada waktu itu, Andrew Eddie, juga dikenali sebagai “MasterChief “, menulis sepucuk surat terbuka kepada komuniti, yang mucul di papan pemberitahuan di forum awam di mamboserver.com.

Menjelang keesokkan hari, 1000 orang telah menyertai laman forum opensourcematters.org dengan kebanyakan mesej menunjukkan perkataan-perkataan semangat dan galakan kepada Pasukan Pembangunan. Laman web berkenaan menerima komen dan artikel berita berhubung peristiwa berkenaan di newsforge.com, eweek.com, and ZDnet.com. CEO Miro, Peter Lamont, memberi respon awam di dalam artikel bertajuk Kontroversi Sumber Terbuka – 20 Soalan Bersama Miro.

Peristiwa ini telah mengakibatkan komuniti sumber terbuka berfikir semula tentang apa tafsiran “Sumber Terbuka”. Laman-laman forum di kebanyakan projek sumber terbuka dibanjiri dengan mesej-mesej menyokong dan menentang tindakan kedua-dua pihak berkenaan. Khabar-khabar angin dan tuduhan tentang kesilapan yang dilakukan oleh Miro dan Yayasan Mambo mula menjadi hangat.

Dalam masa dua minggu selepas pengumuman Eddie, pasukan2 mula disusun semula dan komuniti ini mula tumbuh. Pada 1 September 2005 nama baru diumumkan dengan sambutan berbeza oleh 3000+ penyokong setia Pasukan Pembangunan.

Kandungan Joomla!
Pakej Joomla mengandungi kepelbagaian bahagian berbeza yang dibina untuk menjadi sebagai sebuah modular jika boleh.Hal ini akan membolehkan peralatan tambahan dan integrasi dijalankan dengan senang dan mudah. Satu contoh berkenaan ialah sejenis benda yang dipanggil “Bot”. Bots ini adalah sebuah modul yang jika diaktifkan boleh menambahkan fungsi Joomla.

WikiBot, sebagai contoh, membolehkan pengarang kandungan Joomla menggunakan “Wikitags” dalam artikel-artikel Joomla, yang akan membina secara automatik pautan-pautan ke artikel-artikel Wikipedia apabila artikel ini diterbitkan. Beratus-ratus peralatan tambahan untuk Joomla juga dapat diperolehi melalui Direktori Peralatan Tambahan (plugin).

Komuniti

Joomla! mengekalkan komuniti aktif yang rasmi dan tidak rasmi. Terdapat lebih 100,000 tajuk forum, 500,000 pos daripada 60,000 ahli dalam 40 buah bahasa.Laman-laman tidak rasmi diterbitkan dalam bahasa-bahasa berbeza terutamanya dengan peralatan tambahan Joomla! yang spesifik kepada sesetengah kawasan. Sebagai contoh, teks-teks sampingan yang menyokong penggunaan Abjad Ibrani dan Abjad Arab dapat ditemui di laman komuniti pihak ketiga. Pemaju web tidak rasmi juga membina peralatan tambahan serta reka bentuk web yang dijual secara komersial. Rekaan bentuk oleh pereka web persendirian juga wujud.

Sejarah Pengeluaran
- 16 September 2005: Joomla! 1.0.0 [Sunrise] dikeluarkan (penjenamaan semula keluaran Mambo 4.5.2.3 yang
digabungkan dengan pembaikan keselamatan dan masalah pepijat)
- 21 September 2005: Joomla! 1.0.1 [Sunburst] dikeluarkan (Keluaran stabil)
- 2 Oktober 2005: Joomla! 1.0.2 [Sunset] dikeluarkan (Keluaran stabil)
- 14 Oktober 2005: Joomla! 1.0.3 [Sunlight] dikeluarkan (Keluaran keselamatan – Pembaikan ancaman peringkat sederhana)
- 21 November 2005: Joomla! 1.0.4 [Sundial] dikeluarkan (Keluaran keselamatan – Pembaikan ancaman peringkat kritikal)
- 21 Disember 2005: Joomla! 1.0.5 [Sunspot] dikeluarkan (Keluaran keselamatan – Pembaikan ancaman peringkat sederhana)
- 15 Januari 2006: Joomla! 1.0.6 [Sunscreen] dikeluarkan (Keluaran keselamatan – Pembaikan ancaman peringkat rendah)
- 15 Januari 2006: Joomla! 1.0.7 [Sunbolt] dikeluarkan (Keluaran keselamatan – Pembaikan ancaman peringkat kritikal)
- 26 Februari 2006: Joomla! 1.0.8 [Sunshade] dikeluarkan (Keluaran keselamatan – Pembaikan ancaman peringkat sederhana)
- 5 Jun 2006: Joomla! 1.0.9 [Sunshine] dikeluarkan (Keluaran keselamatan – Pembaikan ancaman peringkat rendah)
- 25 Jun 2006: Joomla! 1.0.10 [Sundown] dikeluarkan (Keluaran keselamatan – Pembaikan ancaman peringkat kritikal)
- 29 Ogos 2006: Joomla! 1.0.11 [Sunbow] dikeluarkan (Keluaran keselamatan – Pembaikan ancaman peringkat kritikal)
- 25 Disember 2006: Joomla! 1.0.12 [Sunfire] dikeluarkan (Keluaran stabil – Pembaikan ancaman peringkat rendah)
- 12 Oktober 2006: Joomla! 1.5 [BETA] dikeluarkan.
- 5 Mei 2007: Joomla! 1.5 [BETA-2] dikeluarkan.
- 21 Julai 2007: Joomla! 1.0.13 [Sunglow] dikeluarkan (Keluaran stabil – Pembaikan ancaman peringkat rendah)
- 21 Julai 2007: Joomla! 1.5 [Release Candidate] dikeluarkan.
- 22 Mac 2008: Joomla! 1.5.2 [Stable] dikeluarkan.
- 23 April 2008: Joomla 1.5.3 [Vahi] dikeluarkan. Pembetulan masaalah nama pengkalan data dengan versi sebelumnya.
Atas tujuan memberi peningkatan berterusan dan pembetulan pepijat serta peringkat kecil kepada pengguna jommla.
- 07 Julai 2008: Joomla 1.5.4 [Naiki] telah dikeluarkan.
- 28 Julai 2008: Joomla 1.5.5 [Manmi] telah dikeluarkan.Menyelesaikan masaalah penerbitan paparan tajuk dua kali pada versi yang sebelumnya.
- 12 Ogos 2008: Joomla 1.5.6 [Vusani] telah dikeluarkan.
Versi ini mengandungi peningkatan dan pembetulan kepada URLSEF bagi com_content yang penting untuk pembetulan pepijat.
- 10 November 2008: Joomla 1.5.8 [Wohnaiki] telah dikeluarkan.
- 01 Julai 2009: Joomla 1.5.12 [Wojmamni ama woi] dikeluarkan.
- 30 julai 2009: Joomla 1.5.14 [Wojmamni ama naiki] telah dikeluarkan

Joomla versi terkini adalah Joomla 1.5.15 [Wojmamni ama mamni] dikeluarkan pada 04 November 2009 dan versi akan datang Joomla 1.6 (dalam peringkat Alpha2 sewaktu tulisan ini dibuat)

Tagged with:
 
About The Author

hazlan

Blog ini ditulis kebanyakannya adalah perkongsian berkenaan Teknologi Maklumat, Networking, Software, Hardware, Web Development, Graphic Designer, Programming, Kreativiti, Motivasi dan Inovasi. Biasanya aku praktikkannya dahulu baru aku publishkan di sini untuk perkongsian. Janganlah segan silu atau teragak – agak untuk mengeluarkan apa sahaja pendapat, buah fikiran dan idea masing2. Terima kasih banyak2 atas segala keperihatinan dan sokongan selama ini.

16 Responses to Sejarah Joomla

  1. markjue says:

    wow thanks for the nice information. :)
    .-= markjue´s last blog ..Misery Haunted My Life.. =-.

  2. Faarihin says:

    tak sempat nak baca..
    sempat jenguk je.. pehabaq incek mancai..
    .-= Faarihin´s last blog ..Jenguk Sekejap =-.

  3. Joomla adalah CMS yg pertama aku pelajari dan gunakannya di aktechpage.com dr tahun 2006-2008. Tetapi di sebabkan terlalu byk plugin yg digunakan, loading menjadi lambat dan tidak sesuai utk blogging. Tetapi Joomla lebih sesuai di gunakan utk laman web korporat atau yg lebih profesional jika bijak menggunakan kelebihan yg ada pada Joomla.

    Pendek kata, Joomla mmg mudah digunakan jifa faham konsep penggunaannya.

    ps: Bro, jom exchange link
    .-= aktechpage.com´s last blog ..U-Print.com.my: Online Printing Malaysia =-.

    • hazlan says:

      memang aku setuju dengan ko… tapi korparat pun dah mula pakai wordpress sekarang ni… emmm aku rasa kerana mudah urus… jom2 exchange link tak derk hal…

  4. zik says:

    tak pernah gunakan joomla… nak try jugak la one day… dia punya applikasi best gak ..
    .-= zik´s last blog ..Futsal! =-.

  5. Ichigo says:

    thanks for sharing.. Ichi pnh guna joomla dan masih lagi menggunakan joomla tuk website kampeni.. apa yang best joomla ni antara cms yang paling laju loading dia dan byk fungsi dia, bila digabungkan dgn virtuemart bleh jd e-commerce sama dgn zen cart, magento, os-commerce dan segala bagai, juga boleh dijadikan platform blog. boleh dikatakan segala bagai la. Tapi platform yg paling best digunakan tuk blog semestinya wordpress la. Tuk kampeni bleh guna joomla
    .-= Ichigo´s last blog ..Maintenance Mode Plugin WordPress =-.

    • hazlan says:

      thanks banyak Ichigo, untuk kompeni sememangnya joomla dan lagi satu ialah drupal… yang pastinya wordpress adalah amat sesuai untuk blog untuk kampeni pun boleh jugak dah banyak themes pelbagai aturcara disediakan… ikutlah kesesuaian penggunaan… terpulang pada diri masing2 yang mana lebih serasi dengan jiwa… huhuhuhu

  6. AyieBlog says:

    salam,I like joomla senang nak create senang nak buat themple :D ,so nice info you give i keep :D

    • hazlan says:

      tul aku pun berminat… amat2 mudah tapi kena advance sikit daripada wordpress bagi yang baru2 nak belajar diluar sana….

  7. luth textile says:

    ermm nice.. panjang..
    suka aku.. nak belajar pasal jomla pulak.. :)
    luth textile´s last [type] ..Senarai 5 Kedai Char Kuey Teow Penang yang best! Part 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge