Kedua-dua belah otak manusia mempunyai fungsi yang cukup berbeza. Otak dominan hemispera kanan lebih cenderung kepada kreativiti, imiginasi, intiusi, konseptual dan empati. Dimana hemispera kanan pula bekerja secara tidak berstruktur, melihat sesuatu itu dalam gambaran yang sangat meluas dan berfikir secara menyeluruh. Antara pekerjaan yang banyak menggunakan hemispera kanan adalah di dalam industri hiburan dan fesyen.

Hemispera kiri pula lebih cenderung kepada kecerdasan analitikal, logik, matematik dan sainstifik. Mereka yang dominan himespera kiri mampu berfikir secara sistemetik dan terperinci. Mereka ini mudah untuk memahami perkara2 yang kompleks serta memerlukan maklumat yang sangat terperinci. Jurutera, Pustakawan, Kaunselor, Pengaturcara Komputer adalah diantara pekerjaan yang banyak menggunakan otak kiri. Keadaan ini tidak juga membawa madsud bahawa sebagai manusia kita hanya menggunakan sebelah bahagaian otak sahaja tetapi kita perlu akur bahawa manusia mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Contohnya dalam soal melukiskan sesuatu gambar, ramai di antara kita yang hanya mampu melakar dan mengimiginasikan sesuatu lukisan tetapi tidak ramai yang berkemahiran untuk melukis apa yang diimiginasikan.

Namun manusia tetap dengan kekurangan ini, gabungan antara mereka yang dominan hemispera kiri dan hemispera kanan amat diperlukan di dalam mana2 organisasi yang ingin perniagaan mereka berjaya terutama sekali dalam melaksanakan pembaharuan yang berterusan.

Secara tradisinya, pemimpin dominan hemispera kiri tidak dapat membezakan di antara inovasi yang bernas dan tidak bernas. malah mereka tidak begitu menghargai kemahiran yang diperlukan untuk membina dan mengekalkan budaya kreatif dan rekacipta yang berterusan. Pemikiran menyeluruh iaitu penggunaan kedua belah hemispera amat perlu dalam memastikan sesebuah organisasi itu terus relevan dalam dunia perniagaan dengan menghasilkan pembaharuan secara berterusan. Perbezaan antara pemimpin dominan hemispera kiri dan hemispera kanan boleh dilihat dari gaya dan kaedah mereka mengurus dan mentadbir organisasi mereka.

Gaya Mengurus Dominan Hemispera Kiri Gaya Mengurus Dominan Hemispera Kanan
  • Tidak menggalakkan idea2 baru
  • Idea baru dan kreatif amat dialu-alukan
  • Organisasi tersebut tidak menitik beratkan soal keperluan luaran atau pelanggan
  • Organisasi memfokuskan kepada kehendak pelanggan
  • Menyelesaikan masalah merupakan tumpuan utama
  • Mengambil berat ke atas peluang2 baru
  • Organisasi tersebut sangat menghargai kestabilan dan pengalaman
  • Motivasi dan inovasi merupakan nilai yang amat dihargai
  • Kejayaan organisasi lebih diutamakan berbanding kejayaan individu
  • Matlamat organisasi dan matlamat individu adalah selari
  • Mengarah dan mengawal adalah proses utama
  • Semua kakitangan diberikan kuasa dan ruang untuk berkarya
  • Sukar untuk mengubah minda dan pemikiran mereka
  • Minda dan polisi berubah mengikut keadaan
Tagged with:
 
About The Author

hazlan

Blog ini ditulis kebanyakannya adalah perkongsian berkenaan Teknologi Maklumat, Networking, Software, Hardware, Web Development, Graphic Designer, Programming, Kreativiti, Motivasi dan Inovasi. Biasanya aku praktikkannya dahulu baru aku publishkan di sini untuk perkongsian. Janganlah segan silu atau teragak – agak untuk mengeluarkan apa sahaja pendapat, buah fikiran dan idea masing2. Terima kasih banyak2 atas segala keperihatinan dan sokongan selama ini.

39 Responses to cara dan kaedah otak manusia berfikir

  1. [...] This post was mentioned on Twitter by Koperasi Dymium. Koperasi Dymium said: cara dan kaedah otak manusia berfikir http://nblo.gs/c79Na [...]

  2. dnoBiz says:

    kalau boleh kawal dua dua ni, memang hebat la
    dnoBiz´s last [type] ..Budak Sekolah – Video Budak Sekolah digilis kereta

  3. Faarihin says:

    betullah.. kalau dapat imbangkan dua2 memanglah sangat seronok.. =]

    saya kuat berimaginasi maknanya terlalu banyaklah menggunakan otak kanankan… hehehe….
    Faarihin´s last [type] ..Sahabat

  4. Faarihin says:

    rasa macam ada komen tadi..

    tapi hilang pula dah.. hehehe..

  5. Faarihin says:

    betul lah.. memang best kalau dapat imbangkan kedua2nya skali kan…
    Faarihin´s last [type] ..Sahabat

  6. MR.Z says:

    kedua2 bahagian nampak macam saling berkait ye.. hehe
    MR.Z´s last [type] ..Aku Masih Diberi Nafas

  7. zik says:

    rasanya otak kanan… kira2 nie tak berapa sangat… hadoi… kira keuntungan suka..hehe
    zik´s last [type] ..Televisyen 3D pertama didunia keluaran Toshiba dilancar di Jepun!!

  8. rodes says:

    slm knl bro…. piss
    rodes´s last [type] ..Sperma Sedikit- Apa Sebabnya

  9. alif says:

    aku mmg suka bc bloq ko ni mmg byk ilmu yg boleh dipelajari…tq bro

  10. tian says:

    aku lebih dominan pake otak kanan. aku suka seni, ^^
    tian´s last [type] ..Main Sudoku Epic Yuk!

  11. adele says:

    thanks,nice info..hari tu blaja subjek otak ni dlm inggeris, tp sy dpt terjemahannya di sini.ehehe.sy rsa sy mrupakan pengguna otak kiri dan kanan :D
    adele´s last [type] ..WhatsApp Application untuk Smart Phone Pengerat Hubungan

  12. Ali ridha says:

    orang tangan kanan
    befikit guna
    hanya sebelah otak kanan.
    Ali ridha´s last [type] ..Tukar tema wordpress ke premium

  13. Norizwan says:

    steady la bro..kebanyakan kita ni menggunakan otak kanan jer kan…kalau boleh kawal dua2 gempak ler tu…
    Norizwan´s last [type] ..Cara kreatif upload gambar di facebook

  14. Alhamdulillah. Otak saya aktif dua-dua tetapi kadangkala jadi pening/blur sebab kehendak kedua-dua bahagian ni bercanggah. Macam sekarang nilah. Hurmmm.
    Mohd Shahrul Hafizi´s last [type] ..Harimau Malaya mengaum hebat!

  15. anuarkarimz says:

    baru tahu fungsi otak kiri dan kanan, informasi yg berguna…thanks bro

  16. artikel yang menarik, sangat memberikan pengetahuan buat saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge