Adakah pernah sebelum ini kita berfikir kenapa orang yang berjaya dalam kerjaya mereka boleh menjadi kaya, manakala setengah yang lain pula tidak berubah malah terus merosot dan menjadi semakin miskin?

Bagi yang berjaya, kita ingin mengetahui apakah faktor2 yang menyebabkan mereka ini telah berjaya?

  • Apa yang sebenarnya menjadikan motivasi kepada diri mereka? Berapa jam mereka bekerja? Dan apakah pegangan mereka sehingga mereka berjaya mencorak kehidupan yang berbeza daripada orang lain?
  • Kalau diperhatikan, orang yang berjaya mempunyai persamaan dalam beberapa ciri tertentu. Salah satu dari ciri yang terdapat pada orang yang berjaya ialah mereka ini merupakan pengurus masa yang baik.
  • Mereka menghabiskan masa di pejabat secara efisyen kerana mereka menyerahkan jiwa dan raga mereka hanya untuk bekerja. Mereka mencintai apa yang mereka lakukan.
  • Lazimnya lebih tinggi pangkat seseorang pekerja, maka lebih lamalah dia bekerja, ada sesetengahnya sehingga 60 jam seminggu berbanding 48 jam bagi pekerja biasa. Ada yang memulakan kerja pada awal pagi dan ada pula sesetengahnya memulakan kerja selepas sahaja sembahyang subuh. Mereka menggunakan jam untuk mengawal waktu bekerja.
  • Mereka hanya memerlukan waktu tidur yang singkat berbanding orang biasa yang memerlukan 8 jam. Walaupun masa tidur yang pendek, ia tidak menjejaskan kesihatan kerana mereka sihat dan bersemangat.
  • Ciri lain bagi orang bijak mengurus masa termasuklah sikap yang positif, berkeupayaan memberi lebih tumpuan kepada perkara yang berkepentingan tinggi bukan perkara yang remeh-temeh.

Tetapi terdapat beberapa halangan yang sentiasa mengganggu keberkesanan bekerja termasuklah gangguan sosialisasi, mesyuarat yang boleh dielakkan dan mengutamakan kerja2 yang kurang kepentingannya.

  • Bagi seseorang eksekutif yang bijak, mereka tahu bagaimana hendak menggunakan masa dengan berkesan. Mereka hanya melakukan sesuatu yang produktif dan memberi perhatian kepada aktiviti yang mempunyai kepentingan dan keutamaan yang tinggi.
  • Mereka juga akan memastikan semua rancangan berjalan dengan lancar dan orang bawahan menjalankan tugas penuh efisyen. Mereka juga menggalakkan orang bawahan menjalankan tugas mereka dengan cara tersendiri asalkan hasil yang dikehendaki tercapai. Mengurus masa dengan baik dalam waktu santai turut menjadi ciri penting eksekutif berjaya.
  • Mereka yang berjaya memilih sukan seperti golf, jogging dan tenis dan tidak kurang juga yang memilih untuk mengisi masa dengan membaca. Mereka yang banyak menggunakan masa untuk menulis pada waktu yang sama untuk mengurus syarikat akan membahagikan masa tertentu untuk kedua-dua tujuan tersebut.

Menurut Peter Drucker dalam bukunya ‘working Smart’, orang yang berjaya akan bertanya kepada diri mereka apakah yang diharapkan oleh orang lain darinya daripada memikirkan teknik atau cara untuk kakitangan menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberi.

  • Mereka membina kekuatan diri, begitu juga dengan kekuatan orang2 yang bekerja di sekeliling mereka. Apabila berlaku sebarang masalah kakitangan atau ketidakcekapan. Mereka lebih memberi fokus kepada peluang yang dicetuskan dan bukan menghabiskan masa untuk memikirkan mengenai masalah mereka.

Dengan memberi fokus kepada sesuatu yang utama bermakna mencari keadaan paling baik untuk menghasilkan produktiviti secara optimum. Susun dan pegang keutamaan2 itu dengan melakukan perkara yang utama dulu supaya kita mempunyai masa untuk memberi tumpuan kepada tugasan lain.

  • Dengan cara ini adalah mudah untuk kita memberi masa yang bekualiti kepada sesuatu projek yang sedang kita laksanakan. Membuat keputusan yang berkesan juga merupakan satu lagi ciri yang penting.

Pengurus yang berjaya boleh membuat keputusan dengan cepat dan berpegang kepadanya. Jika tersalah membuat keputusan, mereka belajar daripada kesilapan itu dan tidak membuang masa untuk membincangkan hal tersebut.

Ciri pengurusan yang berjaya

  1. Mengawal Kegagalan; UNTUK membina semangat kejayaan, adalah penting untuk kita menawan rasa takut kepada segala jenis kegagalan walaupun ianya hanya merupakan kegagalan yang kecil. Dengan berfikiran ‘mahukah mereka menerima idea saya’, merupakan seusatu yang hanya membuang masa. Lebih baik jika masa itu digunakan untuk memperbaiki idea tersebut.
  2. Mengekalkan kedamaian fikiran dan sentiasa terurus; URUSKAN tugasan harian dengan teratur berpandukan senarai tugasan yang hendak kita laksanakan. Jika kita mempunyai pembantu, biarlah pembantu kita menguruskan kerja2 harian seperti membuka surat atau membuat panggilan telefon.
  3. Tidak digalakkan mesyuarat; RAMAI eksekutif tidak gemar bermesyuarat kerana ia mengambil masa yang panjang. Gunakan telefon, emel atau bertemu secara tidak formal dengan orang bawahan atau kakitangan jika ada sesuatu yang ingin disampaikan.
Tagged with:
 
About The Author

hazlan

Blog ini ditulis kebanyakannya adalah perkongsian berkenaan Teknologi Maklumat, Networking, Software, Hardware, Web Development, Graphic Designer, Programming, Kreativiti, Motivasi dan Inovasi. Biasanya aku praktikkannya dahulu baru aku publishkan di sini untuk perkongsian. Janganlah segan silu atau teragak – agak untuk mengeluarkan apa sahaja pendapat, buah fikiran dan idea masing2. Terima kasih banyak2 atas segala keperihatinan dan sokongan selama ini.

26 Responses to cara berjaya dalam kerjaya

  1. Mr.Z says:

    pokok pangkalnya adalah masa..
    pengurusan masa amat penting dalam kehidupan kita..
    pengurusan yang teratur dalam kehidupan kita mampu improve kualiti hidup kita :)
    Mr.Z´s last [type] ..Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 53 Malaysia!

  2. Blinkky says:

    Kadang-kadang saya fikir, macam mana orang lain boleh berjaya. Kena sabar =)
    Blinkky´s last [type] ..21 Billion Tweets Made By Twitter Users

  3. ST says:

    Aku penah keje kat kompeni yg giler meeting. Pagi, petang sampai kadang2 hari minggu (sabtu) then yang paling best boleh kata masa tak cukup untuk satu2 kerja. Pada hal, masa habes buat meeting berjam2.
    ST´s last [type] ..Membaca suap masuk RSS denga Liferea

    • hazlan says:

      pernah jugak berlaku kat aku kerja dulu2.. meeting tak sudah2 tapi lingkup jugak… tak lama pun aku kerja situ 3 minggu je…

  4. zezebel says:

    Salam.
    Waaah. ni motivasi percuma ni. Saya suka baca motivasi macam ni. Hehehehe…
    Tapi macamana nak main golf kalau kat tempat saya takde pun padang golf? hehehehe…
    Gurau jer.
    zezebel´s last [type] ..Pro blogger play dirty

    • hazlan says:

      hahahaha… sebenarnya cerita main golf tu ibarat je… maknanya target biar mampu macam pemainan golf yang dah tentu beribu2 …

  5. hafidz says:

    Perlu kesabaran yang tinggi untuk berjaya dalam kerjaya :)
    hafidz´s last [type] ..Kord Gitar – The Times Tunjuk Perasaan

  6. suri says:

    nak berjaya perlu ada perancangan dan disiplin diri yang terancang. Insyallah pasti akn tercapai sgala apa yg diimpikan

  7. adamfaiz says:

    Ha..barulah boleh nak komen..pasal kerjaya ni,,memang betul yang ditulis di atas. Tapi ada juga ciri lain yang membuat seseorang berjaya seperti poyo, kecoh, jaga tepi kain, dan mengipas. Cuma atas kita, samada sanggup ke idak…my 10 cents
    adamfaiz´s last [type] ..Korban Mercun Melambung Ke Atas Pokok

  8. kulanz says:

    tertarik pasal tak galakkan mesyuarat tu..
    akupun tak suka mesyuarat.. bukan tak boleh, boleh juga cuma kadang lebih banyak masa terbuang untuk bincang perkara yang tiada kaitan.. lepas tu akhir mesyuarat, langsung xda apa2 keputusan
    kulanz´s last [type] ..Durian Juadah Berbuka Puasa

  9. wazy says:

    Bagus info ni
    kena lak saya baru je bekerja
    Thanks a lot bro
    wazy´s last [type] ..Antara Realiti Dan Fantasi

  10. mohdisa says:

    nak berjaya kena rajin berusaha, berani gagal, tidak mudah putus asa. :)
    mohdisa´s last [type] ..Hidup Aku Sebagai Seorang Blogger

    • hazlan says:

      untuk memudahkan macam berani untuk gagal dalam bercinta dan mencari cinta semula… huhuhuhu… lebih kurang samalah kan bro…

  11. AyieBlog says:

    Salam,bro mancai nice info,orang yang berjaya iaitu yang menghargai masa,kerana masa adalah penting dan tidak akan kembali ke belakang lagi,begitu jugak dengan usia kita :) ,nice sharing bro manci. Selamat hari kemerdekaan masih belum terlambat ayie rasa and selamat hari raya maaf zahir dan batin,kuih raya kalau ada lebih2 pos kat ayie,hehehe
    AyieBlog´s last [type] ..Sambutan Hari Kemerdekaan Kolej Komuniti Kemaman

    • hazlan says:

      penambahan yang betul2 aku setuju… terima kasih ayie… mintak maaf zahir batin banyak2 dan selamat hari raya kat ayie… kuih tengah dalam proseslah ayie… tahun nie tak beli yang dah siap… buat sendiri je…

  12. slimdiet2 says:

    setuju sangat.pengurusan masa memang penting sangat.semua orang dikurniakan masa yang sama iaitu 24 jam sehari.terpulang pada kebijaksanaan kita untuk mengaturnya
    slimdiet2´s last [type] ..TELAH BANYAK KAJIAN MENGENAI KOLOSTRUM DILAKUKAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge