Bagaimana kita mendapatkan akses internet selain dail-up ataupun streamyx  jika kita tinggal di kawasan pendalaman yang jauh daripada kabel telefon bagi subcriber line (DSL) dan tiada kabel televisyen.

DSL merupakan teknologi yang menyediakan transmisi data digital melalui rangkaian telefon. Oleh itu pengaksesan internet satelit mungkin amat berguna kerana ia sesuai bagi kawasan penggunaan internet luar bandar yang memerlukan akses jalur lebar ini.

Internet satelit tidak menggunakan talian telefon atau sistem kabel bagi komunikasi data dua hala (muat turun dan muat naik). Hala tuju muat naik adalah kira2 satu persepuluh daripada halaju muat turun iaitu  500 kilobit persaat (kbps)

Kabel dan DSL mempunyai halaju muat turun lebih tinggi tetapi sistem satelit adalah kira2 10 kali ganda lebih pantas berbanding modem biasa. Menariknya tiada sebarang gangguan akan di terima oleh kita dengan penggunaan satelit internet ini. Berbanding dengan penggunaa kabel DSL yang kerap kali mengalami beberapa gangguan.

Namun kos ini jika digunakan oleh perseorangan mungkin agak tinggi. Contoh yang paling hampir dan ketara  boleh kita lihat adalah syarikat2 besar seperti stesyen2 minyak dan lapangan2 terbang juga jabatan2 kerajaan seperti pertahanan dan kajicuaca.

Syarikat yang menawarkan internet satelit dua hala ini termasuklah Starband, Pegasus Exspress, Teledesic dan Tachyon. Perkhidmatan Tachyon boleh didapati di Amerika Syarikat (AS), Eropah Barat dan Mexico. Pelan pemasangan memerlukan kawasan jelas ke selatan yang bermakna 5,000 saluran komunikasi boleh didapati daripada satelit tunggal dengan serta-merta.

Pemilihan pelbagai (multitasking) IP menghantar data dari satu hujung ke beberapa kawasan (pada masa yang sama) dengan menghantar data dalam format yang telah dimampatkan bagi saiz dan jalur lebar. Biasanya sistem terestrial bumi mempunyai had lebar jalur bagi menghalang pemilihan pelbagai magnitud berkenaan.

Tagged with:
 
About The Author

hazlan

Blog ini ditulis kebanyakannya adalah perkongsian berkenaan Teknologi Maklumat, Networking, Software, Hardware, Web Development, Graphic Designer, Programming, Kreativiti, Motivasi dan Inovasi. Biasanya aku praktikkannya dahulu baru aku publishkan di sini untuk perkongsian. Janganlah segan silu atau teragak – agak untuk mengeluarkan apa sahaja pendapat, buah fikiran dan idea masing2. Terima kasih banyak2 atas segala keperihatinan dan sokongan selama ini.

26 Responses to bagaimana satelit internet beroperasi

  1. zoul says:

    Perghh.. terima kasih bro.. aku suka blog yang berilmu macam ni…
    zoul´s last [type] ..Tukar Theme Dapat RM Tiga Ratus

  2. Aku rasa kt Malaysia ni kat Sabah & Sarawak byk pakai yang satelit internet ni.
    Jadi Satelit internet ni lebih laju & stabil drpd kabel la spt streamyx???
    aktechpage.com´s last [type] ..Makan Dengan Tangan Itu Sunnah

  3. AyieBlog says:

    Salam,wa bro mancai thank q baru je ayie kena siap kan assigment pasal rangkaian internet wan and man,thank q sedikit sebanyak membantu ayie bro.. :) .
    AyieBlog´s last [type] ..Your Short Url Kontotkan Url Anda

  4. hafidz says:

    Agaknya la berapa harga pakej satelit internet ni? =d
    hafidz´s last [type] ..Minggu Keempat Ramadhan

  5. zik says:

    wahh info yang menarik nie bro… kiranya lebih stable dari guna cable yang kadang2 ada problem… kelajuan mana lagi better bro??? cuma on cost gakla …
    zik´s last [type] ..Tahniah kepada 10 pemenang contest hidup seorang blogger!

    • hazlan says:

      tu la tu dan tentu satelit internet ni lebih laju… parabola plus modem plus bayaran bulanan berapa la agaknya… broadband pun ada kekadang sesangkut bayar… huhuhu

  6. wazy says:

    salam bro
    waaa bertambah lagi satu ilmu yang bermanfaat
    tq tq bro
    wazy´s last [type] ..Pemandu Tak Boleh Rakam Gambar

  7. kulanz says:

    dapat lagi ilmu yang baru.. thanks bro rajin kongsi info macam ni
    kulanz´s last [type] ..Kaedah penetapan tarikh hari raya puasa

  8. Dulu adik aku keje dia setting satelit internet untuk comp dia. Comp dia bisnes lembu dan kawasan ternakan agak jauh dari luar. Jadi pilihan yg ada pakai internet satelit.
    Azizi Zulkefli´s last [type] ..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

  9. botak says:

    ni kalau hujan jadi ape ni bro??
    mcm astrto ke nt jadinya?
    botak´s last [type] ..sampai bila

  10. syahrilhafiz says:

    alangkah bagus nya kalau streamyx tak pakai wire telepon tu lagi..hehe
    kg kabel kena kebas, so nak bubuh tak ble la..
    broadband je boleh nya =)
    syahrilhafiz´s last [type] ..Firefox 40 Beta dalam Ubuntu

    • hazlan says:

      kg aku pun wire selalu kena kebas.. tapi bila wujudnya rukun tetangga ok laa tak ader aper2.. tapi rukun tetangga tak jalan jadi lagi… rasanya org2 kg ni jugak… ish2 derang ni…

  11. suri says:

    baik ada satelit ni jika tidak pasti kita agak sukar utk berhubungn dg org luar kan..huhu..

  12. dnoBiz says:

    Benda ni boleh share ramai ramai ke ? atau untuk peribadi je ?
    dnoBiz´s last [type] ..‘Kami mahu keadilan’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge