CSS

Selain PHP, Bagi sesebuah script atau koding yang wajib untuk sesebuah laman web adalah CSS. Kat sini aku kongsikan sama2 dengan korang apakah yang dimaksudkan dengan CSS?

Pada tahun 2002 kita mula terpegun dengan kecanggihan laman web yang berbentuk flash yang dikendalikan oleh syarikat gergasi siapa tak kenal Adobe kan? Tak nak pandang dah laman web yang guna table dan juga grafik2 yang agak statik.

Mengikut pembacaan saya ada juga diantara pembangun laman web lain tak pandang langsung Flash masa tu. Atas alasan mengikut piawaian yang telah ditetapkan W3C. Piawaian itu adalah berbentuk web standards.Baca berkenaan piawaian web standard kat sini: http://www.webstandards.org

Salah satu teknologi yang ditetapkan oleh W3C masa itu ialah penggunaan StyleSheet di dalam dokumen HTML untuk tujuan penggayaan (Styling). Bermula dengan versi CSS 1.0, CSS 2.1, dan kini sudah mencapai versi CSS 3 (walaupun belum semua pelayar web menyokongnya). Untuk pengetahuan, CSS dicipta oleh Håkon Wium Lie, yang kini sedang berkerja sebagai CTO di Opera. Opera ialah sebuah syarikat yang membangunkan pelayar web Opera.

Baiklah kita mulakan….

  • CSS adalah singkatan dari Cascading Style-Sheet iaitu sebuah pengembangan atas kod HTML yang sudah ada sebelumnya.Ianya merupakan mekanisma untuk menyusun dan menetapkan aturan setiap objek atau blok dalam laman HTML. Dengan CSS, kita boleh menentukan sebuah struktur dasar halaman web secara lebih mudah dan cepat.
  • CSS ialah teks ASCII yang mengandungi arahan-arahan untuk memformat dokumen laman web. Ia memudahkan penggunaan bagi membuat rekabentuk dan persembahan laman web seperti penggunaan font, saiz font, warna latar dan lain-lain.
  • Penggunaan dalam HTML 4.0. Kebanyakan elemen HTML sudah tidak digunakan lagi. Sungguhpun begitu, pelayan web atau web browser masih lagi menyokong kepenggunaanya.Pihak World Wide Web Consortium (W3C) menegaskan mereka tidak akan berterusan menggunakan sokongan HTML. Sebagai alternatif, Pereka laman web perlulah menggunakan CSS sebagai ganti.
  • Mengapa tidak menggunakan sahaja HTML untuk memformat dokumen? Sebenarnya salah satu alasan mengapa perlunya pengetahuan tentang Cascading Style Sheets ialah ia membolehkan penggunaan memformat elemen dengan mudah dan cepat.
  • Apabila perubahan dibuat pada fail itu ia akan mempengaruhi semua fail html yang terlibat. Ini akan menjimatkan masa jika terdapat banyak fail html. Erti kata tidak perlu mengedit satu persatu agar keseluruhan laman web menjadi seragam dan untuk lebih konsisten.

Kelebihan koding CSS

  • Pengendalian yang pantas
  • Kepantasan loading untuk sesebuah laman web, lebih pantas berbanding flash.
  • Muat turun arahan yang cepat
  • Lebih baik dan mesra SEO (searh engine optimization)

Modul

  • Gaya dan corak arahan  untuk ruang halaman yang banyak
  • Ketetapan rekaan
  • Mudah dikendalikan

Kelebihan capaian lain

  • Tidak perlu menyalahgunakan tags (cth., <blockquote> for formatting)
  • Tidak perlu menetapkan posisi gambaran yang tidak kelihatan
  • Pengaturcaraan pengguna boleh mengesampingkan pengaturcaraan pengubah (author)
Tagged with:
 
About The Author

hazlan

Blog ini ditulis kebanyakannya adalah perkongsian berkenaan Teknologi Maklumat, Networking, Software, Hardware, Web Development, Graphic Designer, Programming, Kreativiti, Motivasi dan Inovasi. Biasanya aku praktikkannya dahulu baru aku publishkan di sini untuk perkongsian. Janganlah segan silu atau teragak – agak untuk mengeluarkan apa sahaja pendapat, buah fikiran dan idea masing2. Terima kasih banyak2 atas segala keperihatinan dan sokongan selama ini.

7 Responses to apakah CSS?

  1. Faarihin says:

    Masih lagi kena belajar banyak perkara untuk saya mendalami css ni.. makin lama makin pening.. huhuhu.. (^__^)

  2. Aku pun masih lagi godek2 CSS, selalunya ambik yg sedia ada…lps tu modified secukup rasa…
    .-= aktechpage.com´s last blog ..fuhyooFM.com: Radio Internet Yang Lebih Berilmu & Berinformasi =-.

  3. [...] kod XML, XHTML dan CSS yang standard dan diterima pakai [...]

  4. lepas ni kuiz pasal css & html…
    study dulu…. nota tak cukup…

    info kat web ni mmg membantu…
    Khel Khaliesah´s last [type] ..Anda memang berani…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge