Nano berasal dari perkataan Greek yang bermakna kerdil atau tersangat kecil sudah tentu ianya tidak dapat dilihat oleh mata kasar kita kerana ia seratus ribu kali lebih kecil dari saiz sehelai rambut dan dalam dunia telefon bimbit juga komputer riba, pengecilan saiz ini adalah contoh sebuah teknologi nano.

Nanoteknologi ialah satu cabang sains yang menumpukan kepada jirim2 pada saiz antara 1 hingga 100 nanometer (1 nm = 10-9 meter). Pada dasarnya, nanoteknologi ialah peluasan sains2 yang sedia ada ke skala nano. Salah satu aspek skala nano yang terpenting adalah bahawa semakin objek2 menjadi kecil, semakin besar nisbahnya antara luas permukaan dengan isi padu. Fenomena ini telah memungkinkan penciptaan bahan2 yang menarik serta penggunaan2 yang baru. Umpamanya, bahan2 yang legap menjadi lut sinar (tembaga); bahan-bahan yang stabil menjadi bahan boleh bakar (aluminium); pepejal menjadi cecair pada suhu bilik (emas); dan penebat menjadi konduktor (silikon). Kejayaan2 cemerlang dalam nanoteknologi telah menghasilkan alat2 solek dan losen-losen pelindung cahaya matahari yang lebih baik, serta seluar kalis air dan macam2 lagi.

Struktur-struktur nano terdiri daripada tiga jenis, berdasarkan bilangan dimensinya:

  • Satu dimensi: permukaan objek antara 0.1 dan 100 nm;
  • Dua dimensi: nanotiub yang mempunyai diameter antara 0.1 dan 100 nm;
  • Tiga dimensi: zarah dengan saiz antara 0.1 dan 100 nm.

Nanoteknologi ialah satu bidang sains gunaan yang menumpukan kepada reka bentuk, sintesis, pencirian, dan penggunaan bahan2 dan peranti2 pada skala nano. Nanoteknologi ialah satu subklasifikasi teknologi dalam sains koloid, biologi, fizik, kimia, dan bidang2 saintifik yang lain, sebagaimana yang ditakrifkan oleh laman web Inisiatif Nanoteknologi Nasional Amerika Syarikat.

Takrifnya ialah “pemahaman dan pengawalan jirim2 pada dimensi sebanyak lebih kurang 1 hingga 100 nanometer yang mana fenomena unik membolehkan penggunaan baru”.

Nanosains ialah kajian untuk fenomena dan pengolahan bahan2 pada skala nano. Pada dasarnya, bidang ini merupakan peluasan sains2 yang sedia ada ke dalam skala nano. Nanosains ialah dunia atom, molekul, makromolekul, titik kuantum, serta himpunan makromolekul, dan dikuasai oleh kesan-kesan permukaan seperti daya tarikan Van der Waals, ikatan hidrogen, cas elektron, ikatan ion, ikatan kovalen, kehidrofoban, kehidrofilan, dan penerowongan mekanik kuantum.

  • Bagaimanapun, nanosains tidak merangkumi kesan2 skala makro seperti gelora dan inersia. Umpamanya, nisbah antara luas permukaan dengan isi padu yang amat dinaikkan membuka kemungkinan2 baru untuk sains berasaskan permukaan, seperti pemangkinan. Keaktifan bermangkin ini juga mengakibatkan risiko2 berpotensi daripada saling tindak dengan biobahan.

Pencarian peminiaturan yang berlangsung telah menghasilkan alat2 seperti mikroskop daya atom (AFM) dan mikroskop penerowongan imbasan (STM). Bergabung dengan proses2 halus seperti litografi alur elektron, peralatan2 ini membenarkan nanostruktur untuk dimanipulasikan dan dihasilkan dengan sengaja. Bahan-bahan nano tereka bentuk, baik melalui pendekatan atas bawah (suatu bahan pukal dikurangkan saiznya kepada pola nanoskala) mahupun pendekatan bawah atas (struktur2 yang lebih besar dibina atau ditumbuh secara atom demi atom ataupun molekul demi molekul), melampaui hanya satu lagi langkah dalam proses peminiaturan.

Ahli2 sains telah menempuh pelbagai rintangan di  mana pengkuantuman tenaga bagi elektron2 dalam pepejal menjadi relevan. Apa yang digelarkan “kesan saiz kuantum” memerihalkan fizik untuk sifat2 elektron pepejal yang mengalami pengurangan hebat saiz zarahnya. Kesan ini tidak terjadi ketika mengurangkan saiz elektron dari dimensi makro ke dimensi mikro, tetapi menjadi dominan ketika julat saiz nanometer dicapai. Bahan2 yang diturunkan ke skala nano boleh tiba2 menampilkan sifat2 yang amat berbeza berbanding dengan sifat2 yang ditampilkan pada skala makro. Umpamanya, bahan2 legap menjadi lut sinar (tembaga); bahan2 lengai menjadi mangkin (platinum); bahan2 stabil menjadi bahan boleh bakar (aluminium); pepejal2 menjadi cecair2 pada suhu bilik (emas); penebat2 menjadi konduktor2 (silikon).

Aspek skala nano yang kedua terpenting adalah bahawa semakin zarah nano menjadi kecil, semakin besar nisbahnya antara luas permukaan dengan isi padu. Struktur elektroniknya juga berubah secara hebat. Kedua-dua kesan ini menyebabkan keaktifan bermangkin menjadi lebih baik, tetapi juga boleh mengakibatkan kereaktifan kimia yang agresif.

Keterpesonaan terhadap nanoteknologi terdiri daripada fenomena2 kuantum dan permukaan ini yang unik yang ditampilkan oleh jirim pada skala nano, dan memungkinkan penggunaan baru serta bahan2 yang menarik.

Bermula dan teori unsur dibina dan susunan atom, saintis meluaskan kajian dan kini atom bukan lagi teori. Malahan saintis sudah mengenal pasti kandungan atom. Suatu ketika dahulu, kita sekadar dapat melihat unsur seni ini tetapi kini kita mampu mengubah struktur seni tersebut untuk kepelbagaian penggunaan dan telah di kenali sebagai nanoteknologi.

Richard Philips Feynman berasal dari Amerika Syarikat telah bertanggungjawab menawarkan dunia tentang dimensi nano ini. Secara amnya, teknologi nano boleh di gambarkan sebagai mengubahsuai struktur asas suatu bahan. Nano adalah ukuran yang dipakai dalarn fizik yang berdimensi satu per bilion meter.

Hasil2 dari kajian nanoteknologi telah pun digunakan hari ini. Di Jepun contohnya, mereka telah mencipta satu papan tanda jalan yang berubah-ubah tulisannya mengikut peredaran musim. Ini berlaku kerana mereka telah mengubahsuai struktur nano bahan tersebut untuk berubah mengikut suhu.

Nanoteknologi memberikan banyak penggunaan dan manfaat kepada manusia melaiui perubatan, komunikasi, pembuatan dan semua aspek kehidupan masyarakat moden. Cuba kita bayangkan satu hari nanti semua maklumat yang terdapat dalam ensiklopedia mampu disimpan dalam komputer sebesar jam tangan, baju yang terkoyak bercantum sendiri dan cat rumah yang berubah warna pada masa tertentu.

Di negara maju lain pula, mereka telah mencipta baju yang hanya sebesar tapak tangan tetapi boleh dipakai oleh orang dewasa. Baju itu akan berubah saiz apabila direndam ke dalam air. Ini semua adalah hasil dan kemampuan kita untuk mengakses dunia yang kecil ini. Teknik ini boleh digunapakai dalam semua bidang dan tidak lama lagi, dunia ini akan dipenuhi dengan hasil dari nanoteknologi.

Di Malaysia juga tidak ketinggalan melibatkan diri dalam arus perkembangan nanoteknologi ini dengan pelancaran pusat lnisiatif Nanoteknologi Nasional (INN) pada 19 September 2006 oleh Timbalan Perdana Menteri (Masa Itu), Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggariskan penggunaan nanoteknologi dalam pembangunan sains, teknologi, industri dan ekonomi yang mampan.

Nanoteknologi adalah merupakan satu bidang yang amat luas merangkumi subjek kimia, fizik dan bioiogi, yang perlu difahami lebih mendalam fungsi dan aplikasinya dimana bahan yang ditambah secara nanoteknologi akan mengurangkan berat dan diikuti dengan bertambahnya kestabilan dan kegunaan.

Sejarah ringkas nanoteknologi

  • Nanoteknologi melangkaui lewat abad ke-19 apabila sains koloid mula2 berakar umbi. Walaupun tidak dirujuk sebagai “nanoteknologi” ketika itu, teknik2 yang sama masih di terimaguna pada hari ini untuk mensintesiskan banyak daripada bahan2 pada saiz nanometer.
  • Sebutan pertama bagi sesetengah konsep nanoteknologi (tetapi sebelum penggunaan nama itu) adalah dalam “Masih Terdapat Banyak Ruang di Bawah” (“There’s Plenty of Room at the Bottom)”, sebuah ceramah yang disampaikan oleh ahli fizik Richard Feynman kepada Persatuan Fizikal Amerika di Caltech pada 29 Disember 1959.
  • Istilah “nanoteknologi” ditakrifkan buat pertama kali oleh Norio Taniguchi, Profesor Universiti Sains Tokyo, pada tahun 1974 dalam kertas kerjanya, “Mengenai Konsep Asas ‘Nanoteknologi’,” sebagai berikut: “‘Nanoteknologi’ terdiri terutamanya daripada pemprosesan bahan2 melalui pemisahan, penyatuan, dan pencacatan bentuk oleh sebiji atom atau sebiji molekul.”
  • Pada dekad 1980-an, idea asas untuk takrif ini diperiksa dengan teliti oleh Dr. Eric Drexler. Beliau mempromosikan keertian teknologi untuk fenomena2 dan peranti2 skala nano melalui ucapan2 dan buku-bukunya, “Enjin2 Penciptaan: Era Nanoteknologi Yang Akan Datang” (Engines of Creation: The Coming Era of Nanotechnology) dan “Sistem2 Nano: Jentera Molekul, Pengilangan dan Pengiraan” (Nanosystems: Molecular Machinery, Manufacturing, and Computation, ISBN 0-471-57518-6) dan disebabkan beliau, istilah itu digunakan sehingga sekarang.
  • Nanoteknologi dan nanosains bermula pada awal 1980-an dengan dimajukan dua perkara: kelahiran sains kelompok dan penciptaan mikroskop penerowongan imbasan (scanning tunneling microscope – STM). Kemajuan ini mendorong kepada penemuan fuleren pada 1986 dan nanotiub karbon beberapa tahun kemudian. Mikroskop daya atom dan mikroskop terowong imbasan merupakan dua versi pertama pengesan yang mula2 memperkenalkan nanoteknologi.

Risiko nanoteknologi boleh diluaskan kepada tiga bahagian:

  • Risiko kepada kesihatan dan persekitaran yang berpunca daripada zarah dan jirim nano
  • Risiko yang disebabkan oleh pengilangan atau penghasilan molekul (atau teknologi nano lain)
  • Risiko yang datangnya daripada masyarakat sendiri.
Tagged with:
 
About The Author

hazlan

Blog ini ditulis kebanyakannya adalah perkongsian berkenaan Teknologi Maklumat, Networking, Software, Hardware, Web Development, Graphic Designer, Programming, Kreativiti, Motivasi dan Inovasi. Biasanya aku praktikkannya dahulu baru aku publishkan di sini untuk perkongsian. Janganlah segan silu atau teragak – agak untuk mengeluarkan apa sahaja pendapat, buah fikiran dan idea masing2. Terima kasih banyak2 atas segala keperihatinan dan sokongan selama ini.

69 Responses to apa itu nanoteknologi

  1. pawaka19 says:

    “mereka telah mencipta baju yang hanya sebesar tapak tangan tetapi boleh dipaka1 oleh orang dewasa. Baju itu akan berubah saiz apabila direndsm ke dalam air”

    menarik tu..macam magik lak..

    “Jam Terbesar Di Dunia ,Mecca Royal Clock Hotel Tower”

  2. Mr Fathi says:

    terima kasih atas info…topik nanotech ni mungkin masuk ramalan soalan Pengajian Am STPM…terima kasih atas segalanya…hanya Allah saja dpt membalas jasa anda…
    Mr Fathi´s last [type] ..Siapa mau babycall aku sekarang!!!

  3. Bidang nanoteknologi memang menarik dan sangat berguna. Malangnya saya tidak minat bidang ini. Saya bercenderung ke arah bidang biologi tulen. Peace! :)
    Mohd Shahrul Hafizi´s last [type] ..Mereka mencurah- aku menyedut

  4. man kuchai says:

    Salam,

    Baru ada sedikit kefahaman tentang nano ni,selama ni coklat nano tau le he3..
    man kuchai´s last [type] ..Jumaat yang berlainan

  5. hafidz says:

    First time aku dengar nanoteknologi ni kat produk pencuci baju kalo tak silap, huhu :P
    hafidz´s last [type] ..Minggu Pertama Ramadhan

  6. suri says:

    sesungguhnya dunia saintis ini begitu luas kan..

    sekcil2 bahan sampilah sebasar teknologi smua blh kita gunakan utk kebaikan manusia bersama..

  7. Faarihin says:

    baca ni sket2.. teringat masa sekolah dlu..
    Faarihin´s last [type] ..Wahai Perut Tahanlah

  8. kulanz says:

    Sekarang ni teknologi nano makin berkembang.. tapi aku sebenarnya kurang jelas sangat pasal tu.. bagus juga bro kongsi info ni, sekurang-kurangnya boleh tambah ilmu..
    kulanz´s last [type] ..Singgah di Pasar Ramadhan Kota Marudu

  9. etomyam says:

    first time aku dengar nanotechnology masa main game dulu-dulu, lepas baca artikel ni baru dapat gambaran sebenarnya huhu, thanks bro :D
    etomyam´s last [type] ..Bagaimana Remaja 16 Tahun Menjadi Jutawan

  10. zezebel says:

    Time belajar dulu rasanya saya ada terbaca pasal nanoteknologi ni tapi yang ni ringkas dan padat. Saya suka. Hehehehe…..
    zezebel´s last [type] ..How my dad catch his tokek

  11. wazy says:

    Nano tech ni masih baru juga
    Kalau ramai yang rajin explore
    insya Allah satu hari nanti nanoteknologi berkembang dengan pesat
    wazy´s last [type] ..OST Epilog Syurga Cinta Fida-Ku Memohon Padamu

  12. farez says:

    Salam bro….makin mendalam nih.
    farez´s last [type] ..Good Morning Sunrise

  13. zik says:

    lama tak dengar term nanotechnology nie… ada belajar gak..tapi sikit jela..
    zik´s last [type] ..Mercun oh mercun!

  14. Blinkky says:

    Memang betul-betul canggih teknologi kini =)
    Blinkky´s last [type] ..Text To Speech Movie Maker With Xtranormal

  15. titan says:

    artikel-artikel ko ni, memang penuh mengagumkan. banyak benda aku tak tahu. lagi2 pasal nanoteknologi ni..
    titan´s last [type] ..Tips untuk menulis artikel yang menarik

  16. 1st time dengar apa itu Nanoteknologi…
    Lepas habis baca baru ku tau apa itu nanoteknologi
    1 artikel yg agak berat tp penuh dengan ilmu…
    Thx bro… :)
    aktechpage.com´s last [type] ..Aku Blogger Yang Terdesak

  17. Wan says:

    haruskan diperluaskan lagi teknologi nano di negara kita
    ada info kongi jugak bidang astronomi
    minat bidang ni

    • hazlan says:

      astronomi aku pun minat jugak cuma istilah2 dia tu mungkin agak sukar nak di fahami… nanti aku godek2 pasal astronomi ni… insya-Allah

  18. adamfaiz says:

    perghh detail betul descriptionnya…kaca mata aku ketinggalan dah..
    adamfaiz´s last [type] ..Aksi Terlampau Di Khalayak Ramai

  19. x-po says:

    aku fail bab kimia dgn fizik huhu

  20. Ali ridha says:

    teknologi semakin cepat membangun.sama2 kita guna utk
    kebaikan bersama………..
    Ali ridha´s last [type] ..Apabila web design sering beri alasan

  21. ishak says:

    fuhhh ini yang best ni..kalau ada baju sebesar telapak tangan..pastu direndam dalam air dan boleh dipakai dewasa..dapatlah kita pergi melancong ke apa ke..tak payah bawak beg berat kan best gitu
    ishak´s last [type] ..Konflik antara amerika dan kumpulan hujan

    • hazlan says:

      bawak beg sandang dah cukup tu.. kalau pempuan muslim tak sesuai kot.. kena cipta tudung, seluar, kain dan baju untuk derang ni…

  22. Muhd Suhaily says:

    Terima kasih berkongsi teknologi sains yang jarang dipaparkan secara terperinci oleh kebanyakan blogger…bolehlah baca mengenainya. TQ

  23. Mr.Z says:

    membuatkan saya tetiba teringat balik pada kimia..
    tapi ini jauh lebih kompleks..hehe
    Mr.Z´s last [type] ..Pentingkan Kesihatan Dalam Pemakanan

  24. Mentol Bulat says:

    Harap mancai dapat menguasai ilmu ini sebab zaman kegemilangan Islam di Istanbul dah berakhir harap mancai salah seorang cendikawann baru dunia sains islam…
    Mentol Bulat´s last [type] ..Cara Memeluk Pasangan…

  25. syahrilhafiz says:

    fakta yang menarik..
    nano teknologi kat malaysia pun skank dah nampak hasil kn??
    syahrilhafiz´s last [type] ..Perkara Di Bulan Ramadan

  26. RozaniGhani says:

    teringat pula pada nota aku time degree dulu, Advanced Material, chapter nanotech.
    RozaniGhani´s last [type] ..Projek RG Bulan Ramadhan 2010

  27. anuarkarimz says:

    baru tahu makna teknologi nano, sebelom ni org sibuk psl nanoteknologi tapi kurang faham, thanks bro

  28. atiqah says:

    Salam.. ada shja nanoteknologi ini d Malaysia kini.. Sy bkerja d salah 1 syarikat yg mgunakan teknologi ini.. salah 1 R&D kami ada d Korea juga. Bidang yg menarik utk dterokai.

    Sila lawati http://www.nanopac.com.my.
    Syarikat kami berada di Puchong, Selangor.

    • hazlan says:

      oh ada di puchong selangor… aku berminat nak mengatahui dengan lebih mendalam bidang ni… mana2 boleh aku dapat informasi berkenaan ni dengan lebih lagi?

  29. liz says:

    best blog nie..penuh maklumat :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge