kenali Ethernet teknologi Local Area Network

By | December 16, 2010

LAN (Local Area Network) atau Rangkaian Kawasan Setempat adalah sebuah system yang mempunyai peranti (device) untuk berhubung di antara satu dengan yang lain di dalam rangkaian geografi yang agak terhad jaraknya. Ia hanyalah meliputi cuma untuk sebuah bangunan atau beberapa bahagian kawasan yang berdekatan. Keluasan sesebuah rangkain LAN selalunya hanya merangkumi radius 10km dan tidak memerlukan teknologi sambungan jauh yang biasanya disediakan oleh syarikat telekomunikasi.

LAN mempunyai beberapa teknologi yang agak popular seperti Ethernet, Token Ring dan FDDI. Setiap satu teknologi ini mempunyai cara kerja dan perkakasannya yang tersendiri. Namun di sini aku cuba hanya mengupaskan secara ringkas sahaja mengenai Enthernet kerana ia adalah salah satu teknologi LAN yang paling popular.

CSMA/CD

CSMA/CD adalah konsep yang di gunakan Ethernet iaitu Carrier Sense Multiple Access with Collision Detection ketetapan protocol ini dirujuk melalui IEEE 802.3. Rujukan di: Protokol Ethernet

CSMA/CD ini juga sebuah konsep teknologi pengurusan bagi penghantaran data oleh komputer/device secara serentak. Semua komputer boleh menghantar data pada bila2 masa tetapi sebelum penghantaran data dimulakan, ia akan cuba memerhati terlebih dahulu sekiranya ada komputer lain akan atau telah menghantar data. Jika ada, ia akan menunggu untuk seketika (random time) dan kemudian akan menghantar semula apabila berlaku kekosongan pada ruang talian.

Secara teknikalnya apabila komputer A sebagai contoh, lalu cuba menghantar packet tetapi terlebih dahulu ia akan melihat jika ada kehadiran signal digital pada talian tersebut. Jika clear (tiada signal ) maka penghantaran packet akan diteruskan. Jika ada signal (talian digunakan) maka signal “jam” akan dihantar supaya komputer A itu tadi berhenti menghantar packet tersebut. Jika cubaan hantar sebanyak 15 kali berlaku (collision) dan line masih sibuk , “time out” akan berlaku dan packet perlu dihantar semula.

Pilihan Medium

Ethernet menyediakan pilihan medium penghantaran yang berbeza iaitu dari segi kelajuan dari 1Mbps sehinggalah 1000Mbps. Antara medium tersebut adalah:-

  1. Thick coaxial cable (kabel sepaksi tebal) dipanggil jalur asas (baseband),thicknet atau 10Base5. Frekuensi:(500MHz)
  2. Thin coaxial cable dipanggil thinnet Frekuensi:(50MHz)
  3. Kabel Kategori 3- Cat 3 10BaseT Frekuensi:(16 MHz)
  4. Kabel Kategori 5 – Cat 5 10BaseT,100BaseT (Fast Ethernet)- Frekuensi:100MHz
  5. Fiber optik 1000BaseT atau Gigabit Ethernet. – Frekuensi tidak terhad.

Nota kaki: Kabel dari Kategori 4 (panggilan biasanya menggunakan nama singkatan Cat4,Cat5 dan sebagainya) twisted pair hanya digunakan untuk 16Mbps bagi rangkaian Token Ring. Dan jika dilihat penggunaan Cat 5 sebenarnya memudahkan kita kelak  jika ada perancangan untuk “upgrade” pada masa akan datang. Biasanya network akan diupgrade dari 10Mbps kepada 100Mbps atau terus menggunakan Fast Ethernet.

Lihat gambarajah contoh di atas. Pemilihan Gigabit Ethernet sebagai sambungan backbone antara hub , dan peranti lain menggunakan Fast Ethernet adalah berdasarkan beban yang dibawa masing2.

Full dan half duplex

Satu lagi yang perlu diberi perhatian adalah penggunaan full duplex pada NIC (Network Interface Controller). Full duplex membolehkan menghantar dan menerima frame dengan serentak. Andaikan dengan penggunaan full duplex penggunaan talian adalah seperti sebuah jalan raya dua hala dibandingkan dengan jalan raya sehala iaitu operasi normal ethernet dengan half duplex. Dengan full duplex, tiada perlanggaran berlaku dan operasi CSMA/CD tidak dipraktikkan di sini.

Jika NIC kita menyokong penggunaan full duplex maka ianya boleh digunakan tetapi perubahan setting perlu dibuat kepada kedua-dua belah pihak, jika tidak, sambungan tersebut pastinya akan menghasilkan banyak “error“. Perhatian perlu diberi iaitu full duplex hanya boleh digunakan pada sambungan kepada switch dan router sahaja. Hub tidak boleh menggunakan full duplex ianya Auto-negotiation.

40 thoughts on “kenali Ethernet teknologi Local Area Network

    1. hazlan Post author

      mungkin tak berapa paham hari ini… tiba masanya nanti ia akan datang tu.. insya-Allah…

      Reply
        1. hazlan Post author

          nampaknya separa berat nak paham sesi ni …. lepas ni cari sesi normal balik… huhuhu

          Reply
  1. Mohd Shahrul Hafizi

    Bagaimanakah caranya kalau kita nak protect IP Address kita dari digunakan oleh PC/laptop lain yg turut menggunakan LAN ni ya? Selalu sangat kat tempat kerja berlaku ID conflict. Huh.

    Reply
    1. hazlan Post author

      id conflict ke ip conflict tu bro? kalau ipconflict biasanya user guna auto ip… kena set manual ip setiap satu pc kat opis tu…kalau id conflict tu nama pc pasti ada yang sama….

      Reply
      1. Mohd Shahrul Hafizi

        Eh! Silap tulis plak. IP. Hehehe. Kita tak boleh ke nak protect IP kita supaya takda orang yg curi? Sebab di tempat kerja saya, cuma ada satu PC. Yg lain bawak laptop masing-masing. Kadangkala ada orang main tukar-tukar IP.

        Reply
        1. hazlan Post author

          biasanya banyak company asingkan untuk yang guna wireless dengan cable… senang nak protect… atau gunakan ip yang paling besar dan guna ip orang tak pernah terpikir… contohnya: 192.168.1.319. tapi kalau ada orang guna tak boleh nak halang melainkan kena setkan ip ni dalam router tu sendiri untuk kita… macam network printer tu…

          Reply
    1. hazlan Post author

      biasanya contractor dah letak tanda kat cable tu… tapi derang kekadang belasah je… kita juga yang kena buat manual sendiri… nak detect 1 kabel bukannya senang…

      Reply
        1. hazlan Post author

          serial no tak la, tapi no yang sama antara cable yang sama… jadi senang nak tau punca masalah cable nanti, kalau salah satu user ada masalah… manalah tau masalahnya cable longgar jer… boleh cabut dan cucuk semula… kalau tak semua kepala cable tu nanti kena try…

          Reply
    1. hazlan Post author

      tengah belajar mencari ayat2 yang mudah difahami jugak ni… kena ayat2 teknikal nanti tak ada pulak yang paham lansung… harap2 dapat la nanti ni…

      Reply
        1. hazlan Post author

          aku bukan orang kelas sastera jadi agak berterabur la sikit ayat2… tengah belajar buat ayat lagi ni… huhuhu

          Reply
  2. dnoBiz

    Thank Bro, kau dah banyak bagi maklumat yang selama ni aku hanya tahu sebut je tapi tak tahu makna sebenarnya 😀

    Reply
  3. Norizwan

    Aku pernah buat kerja ni…nak cari ip address dia memang pecah paler hohoho…lagi best aku buat kerja PABX jerk…pasang wayar sambungan telefon…walaupun serabut mudah nak pasang….

    Setelah bro terangkan maklumat baru aku paham bro heheh….terima kasih memberi info yang mudah difahami ini…:)

    Reply
  4. MR.Z

    dah macam belajar data com pulak.. hehe..
    teringat pula dengan rangkaian lain seperti WAN dan MAN..

    Reply
    1. hazlan Post author

      oh rangkaian lain mungkin akan di ketengahkan kemudian… Insya-Allah

      Reply
    1. hazlan Post author

      batul2 macam2 boleh modified… kekadang tak ikut law pun, ikut kepala sendiri je huhuhu…

      Reply
    1. hazlan Post author

      samalah.. pasal masa aku dulu banyak teori dari praktikal… tak nampak depan mata… tu yang blur je

      Reply
    1. hazlan Post author

      aku nak ingat jadikan lagu je…. tapi kadang2 terkantoi juga kalau time buat cross cable

      Reply
  5. suri

    dulu ada belajar LAN sikit sb masa tu bljar bab teori ttg mengenali komputer anda..pastu dah terus bljar bhgian HR sb mmg masa study amik kos tu huu..

    beljae kena ada minat klu tak mmg tak menjadi kan bro 😉

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… betul2 kena ada minat… kalau tak memang sangkut…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *